Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Monday, March 28, 2011

Fakta menarik tentang bunuh diri

Baru-baru ini ramai blogger berkongsi cerita tentang cubaan bunuh diri gadis di Kelantan.


Jadi di sini aku ingin berkongsi beberapa fakta menarik tentang bunuh diri diceduk daripada beberapa laman web:
  • Kematian sebab bunuh diri lebih banyak 2 kali ganda berbanding kematian disebabkan HIV AIDS.
  • Di China, cubaan bunuh diri berlaku setiap 2 minit.
  • Di Amerika. setiap satu minit berlaku 1 cubaan bunuh diri.
  • Antara individu terkenal yang membunuh diri ialah: Sigmund Freud, Cleopatra, Mark Antony, Brutus, Judas Iscariot, Hannibal, Nero, Virginia Wolf, Adolf Hitler, Ernest Hemmingway, Sylvia Plath, Vincent van Gogh, Jack London, Dylan Thomas, Judy Garland, Rudolph Hess, Pontius Pilate, Socrates, and possibly Tchaikovsky, Elvis Presley, and Marilyn Monroe. (Tak sampai separuh yang aku kenal)
  • Pada tahun 2008, 140 orang askar Amerika membunuh diri diikuti tahun 2009 seramai 270 orang.
  • Mengantung leher adalah cara utama bunuh diri di dunia.
  • Di Amerika pula, cara paling tersohor untuk bunuh diri ialah dengan senjata api.
  • Walaupun cubaan bunuh diri dikalangan wanita 3 kali lebih banyak daripada lelaki tetapi yang berjaya bunuh diri 3 kali lebih banyak di kalangan lelaki.
  • 10 september ialah hari pencegahan bunuh diri sedunia.
  • Sejak jambatan Golden Gate dibuka pada 1937, lebih daripada 1200 orang telah berjaya bunuh diri dengan terjun di situ. Ini menjadikannya tempat tersohor untuk bunuh diri di dunia.
  • 35% mereka yang bunuh diri menulis nota terakhir.
  • Seorang mangsa bunuh diri dengan terjun daripada jambatan Golden Gate meninggalkan nota yang mengatakan: "Saya akan berjalan menuju ke jambatan, jika ada seorang yang senyum kepada saya dalam perjalanan ke sana, maka saya tidak akan bunuh diri."


Baca lagi >>

Sunday, March 20, 2011

Iktibar disebalik bencana Jepun

Bermula gegaran sangat kuat dengan 8.9 skala ritcher, mereka MASIH BERTAHAN
Diikuti arus deras Tsunami; KURANG TAHAN
Letupan reaktor nuklear & radiasi, SUKAR BERTAHAN
Akhirnya, salji pula turun diketika tiada rumah, pakaian, makanan dan elektrik. Itulah ujian yang melanda Jepun. 



Aku sangat bersimpati dengan nasib yang menimpa rakyat Jepun.
Aku juga menginsafi dengan kehebatan kuasa Allah menguji hambanya dengan bencana yang tidak mampu diatasi oleh manusia paling bijak dan bertamadun di Asia iaitu Jepun.



Ya! rakyat Jepun memang hebat. Kebanyakan teknologi terkini semuanya datang daripada Jepun. Kereta Malaysia Proton pun sampai sekarang menumpang teknologi jepun (Proton Inspira). Kreatifnya rakyat mereka sampai kebanyakan bidang mereka ceburi dan kuasai. Mereka adalah rakyat yang tekun, tidak cepat mengalah dan rajin berusaha.

Tetapi, mungkin mereka tidak sedar yang ada lagi kuasa yang lebih hebat daripada mereka iaitu PENCIPTA otak dan tubuh badan mereka. Itulah Allah..

Bencana yang hebat sebegitu rupa bukan saja-saja Allah berikan. Tetapi, ada iktibar disebaliknya. Kita manusia jangan angkuh dengan pembangunan dan teknologi yang kita ada. Maksiat berleluasa seperti zina dan bahan lucah yang tersebar luas dikalangan rakyat juga mungkin menjadi punca ujian ini melanda Jepun.

Kebebasan kita sebagai manusia ada hadnya kerana kita sebenarnya adalah HAMBA. Ya, kita boleh melaungkan kebebasan berfikir dan membuat keputusan tetapi itu hanyalah hubungan antara manusia. Dengan PENCIPTA kita sebenarnya terikat dengan peraturan yang ditetapkan.

Peraturan itu jika dikaji bukan untuk menaniayai manusia tetapi untuk membantu manusia hidup aman bahagia. Hanya PENCIPTA yang tahu mana baik dan buruk untuk sesuatu yang diciptanya.
Baca lagi >>

Saturday, March 19, 2011

Keyword lucah untuk tarik trafik

Ada satu perkara yang bermain di fikiran aku sejak menulis blog iaitu berkenaan dengan tarik trafik ke laman web dengan menggunakan keyword tertentu.

Kenapa perlu tarik trafik yang banyak? Sebab utama biasanya nak dapat duit daripada iklan yang disiarkan.

Paling aku ragui ialah sesetengah daripada penulis blog yang beragama Islam menggunakan perkataan lucah sebagai umpan untuk orang ke blognya. Memang kadang-kadang mereka ni hanya menggunakan tajuk jer atau huraian tentang keyword jer. Kalau isinya mengajak ke arah kebaikan dan menginsafkan ok lagi. Tetapi, paling teruk ada juga yang letakkan gambar tak senonoh.

Aku terfikir sejenak, halal ker duit hasil daripada iklan yang trafiknya hasil daripada keyword lucah?

Bagi aku lebih baik elakkan sebab perkara ini sangat diragui. Allah berikan kita akal dan banyak pilihan keyword yang lain. Jadi jangan sampai terdesak sangat sampai ketepikan halal dan haram. Biar dapat sikit asal berkat.

Peringatan untuk diriku..

Baca lagi >>

Thursday, March 3, 2011

KPI

KPI adalah singkatan untuk Key Performance Indicator.


KPI ini boleh membantu kita jejaki perkembangan prestasi kerja kita seharian. Kita sepatutnya buat untuk diri kita sendiri walaupun di tempat kerja kita tiada KPI.

Caranya senang sahaja iaitu kita senaraikan semua perkara yang perlu kita buat setiap hari untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Tanda apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat dalam senarai itu setiap hari.

Pada hujung minggu kita akan dapat lihat dan mungkin berkata: "Oh, patut pun sampai sekarang aku tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, rupanya banyak benda yang aku tidak buat".

Itulah KPI yang akan membantu menilai prestasi anda. KPI juga boleh berubah mengikut perkembangan diri anda. Jangan statik kepada senarai yang sama sahaja.

Buatlah KPI untuk pastikan anda terus berjaya. Saya pun dah buat.
Baca lagi >>