Friday, April 15, 2011

Cinta lama kembali berputik

Semalam sambil lepak depan TV maka tertontonlah rancangan Semanis Kurma. Kadang-kadang kena tengok jugak rancangan agama ni (padahal tengok sebab takde cerita yang best semalam =).

Tajuk perbincangan ialah Cinta Lama Kembali Berputik. Apa yang aku nak kongsikan ialah ada 2 cerita daripada penonton yang mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada kita.

Cerita Pertama:

Seorang adik telefon bagitau yang kakaknya telah berkahwin dengan seorang lelaki. Sebelum kahwin lelaki ni pernah ada hubungan dengan perempuan lain sampai dapat anak. Lepas dapat anak perempuan itu terus menghilangkan diri.

Kakaknya berkahwin dengan lelaki ni dalam keadaan mengetahui lelaki ni ada anak luar nikah dan sanggup menjaganya macam anak sendiri. Besar betul pengorbanan kakak dia.

Selepas 5 tahun, perempuan tu kembali muncul dengan alasan nak tengok anak sedangkan dia seolah-olah macam nak rampas suami kakak ni. Yelah, kalau betul rindukan anak kenapa sampai 5 tahun sanggup tak jumpa? Mengikut adik tu kemungkinan besar kekasih lama abang iparnya itu ada mengamalkan ilmu guna-guna.

Penyelesaian yang diberikan oleh ahli panel ialah supaya selalulah berdoa agar Allah lindungi keluarga dan amalkan ayat dalam Surah al-Hasyr:  ayat 21-24.

Cerita Kedua:

Pemanggil seterusnya ni bernama shidah yang mengadu tentang cinta pertamanya gagal dengan seorang lelaki dan ex-boyfriend dia tu telah pun berkahwin. Oleh kerana isteri kepada ex-boyfriend dia tu tinggal jauh dengan suami dia sebab kerja, maka si lelaki tu tinggal seorang diri kat KL ni.

Nak dijadikan cerita pulak, Shidah ni tinggal di rumah tidak jauh dengan ex-boyfriend dia. Malah ex-boyfriend dia selalu jugak telefon dan sms bagi ayat power dan janji manis malah pernah cakap sanggup ceraikan isteri dia untuk kembali semula kepada Shidah.

Shidah pula dah ada calon suami dan akan berkahwin tahun depan. Shidah risau takut dia tertewas dengan pujuk rayu lelaki ni. Maklumlah cinta pertama dia.

Penyelesaian yang diberikan oleh ahli panel ialah dengan tidak melayan telefon mahupun sms lelaki itu. Setiap kali datang perasaan terhadap lelaki itu cepat-cepat beristighfar. Sebabnya kalau dia layan lelaki itu kemungkinan besar akan merosakkan rumah tangga orang lain. Lagipun dia dah ada calon suami. Jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Semoga cerita ini dapat menjadi teladan kepada kita semua.

2 comments:

Unknown said...

Minta dijauhkan dr perkara mungkar..

Alan Rizque said...

Ya, kadang-kadang perkara ni sukar dijangka..hanya doa jer boleh jauhkan benda-benda macam ni..