Thursday, April 14, 2011

Pelakon bantu Polis


Gambar diatas menunjukkan seorang pelakon membuat lakonan semula aksi jatuh dari tingkat 3 bangunan SPRM Wilayah Persekutuan untuk membantu siasatan dalam kes kematian Penolong Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed.

Pelakon tu melakukan 4 terjunan dengan 4 kamera diletakkan pelbagai sisi. Doktor bedah siasat mangsa juga berada di tempat kejadian untuk membandingkan dengan laporan bedah siasat.

Mula-mula aku ingatkan pelakon tersohor rupa-rupanya pelakon lagak ngeri, hehe..

Polis telah mengupah pelakon lagak ngeri yang mempunyai berat badan dan bentuk badan yang hampir sama dengan Arwah. Begitu teliti siasatan polis. Ada sama macam siri CSI yang aku tengok dalam TV.

Sebelum ni aku terdengar yang polis Malaysia ni antara yang cekap dan cepat dalam melakukan siasatan. Tetapi tak tahulah macam mana mereka buat kan. Berita ni membuatkan aku tahu betapa telitinya mereka menyiasat.

Diharapkan agar polis melakukan siasatan dengan telus sebab aku ada dengar yang mangsa ni seorang yang baik dan kehidupannya stabil jadi agak mustahil dia bunuh diri. Apa pun kita tunggu hasil siasatan Polis.

p/s: Sumber Berita Harian

2 comments:

Arpiiz said...

sampai macam tu polis tu buat siasatan.. lepas ni pelakon lagak negeri ada kerja overtime lah ye..^^

Alan Rizque said...

Kalau makin banyak kes macam ni bertambahlah rezeki diorang..hehe