Saturday, April 9, 2011

Tak perlu signal kereta pun

Apa perasaan anda jika berada di belakang sebuah kereta kemudian kereta di hadapan anda itu membelok tanpa memberikan lampu signal?


Petang tadi semasa memandu di KL duduk la belakang seorang mamat ni pakai kereta yang agak mahal dan mewah. Tetapi sayangnya, bila nak belok ke kiri lansung tak bagi signal menyebabkan aku terpaksa brek mengejut.

Dalam hati aku ni punyalah menyumpah seranah. Tapi tak bagi hon pun. Walaupun nampak macam kesalahan kecil jer tetapi kalau silap haribulan boleh terlanggar belakang kereta dia.

Apa yang aku tak faham ialah kenapa susah sangat nak petik atau kuis batang signal kat tepi stering kereta? Takde pulak nak kena guna tenaga banyak sangat.

Tambah-tambah lagi kalau guna kereta mahal. Kereta punyalah canggih dan selesa tapi sayangnya pemandu tak nak guna pun kemudahan.

Pesan aku ialah, kalau nak buat kesalahan pun jangan sampai menyusahkan orang lain. Kalau kita selalu fikir tak nak menyusahkan orang lain, InsyaAllah orang lain pun tak akan menyusahkan kita.

2 comments:

haryzkhairuddin said...

setuju sangat. aku selalu kena. kalau kete aku tu leh jadi transformers, nak je aku tembak sesekor. nyusahkan orang tol.. ingat ada kuasa psikik la leh tau dorang nak gi mana kan?

Alan Rizque said...

Huhu Haris Khairuddin..aku pun pernah terfikir macam tu gak..