Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Friday, May 27, 2011

1001 alasan untuk rakyat

Kalau kita membaca buku motivasi, kita akan dilarang sama sekali mencari alasan untuk gagal. Tetapi kita akan disuruh mencari jalan dan alasan untuk berjaya.

Ya, orang yang berjaya ialah mereka yang mencari 1001 alasan dan jalan untuk berjaya.
Apa yang aku nak bagitau sebenarnya ialah perasaan aku yang naik muak dengan sikap kerajaan BN. Mereka suka memberi 1001 alasan kepada rakyat untuk naikkan barang dan tarik subsidi (kebajikan).

Antara yang termasyhur ialah negara akan bankrup.

Mereka malah memperlekeh kalau pembangkang memberi seribu satu janji untuk menumpukan lebih banyak dana negara untuk rakyat.

Kalau dah tak mampu nak urus dana dan khazanah negara lebih baik berundur. Malaysia bukannya negara miskin. Tanah subur, hasil bumi banyak dan tiada bencana alam yang besar.

Kerajaan BN memberi 1001 alasan untuk menarik kebajikan rakyat.
Pakatan Rakyat memberi 1001 alasan untuk menjaga kebajikan rakyat.

Aku memang mengidamkan Malaysia jadi macam negara maju yang selamba jer tukar kerajaan. Biar ahli politik ni sedar yang kuasa sebenar ditangan rakyat. Aku harap Malaysia ni tak jadi macam negara Islam yang lain kebanyakannya dipegang kelompok yang sama sekian lama. Akibatnya, tiada ketelusan dan banyak kebocoran dalam menguruskan dana negara.

10 comments:

MaiRa QuEeN said...

http://ctqueen.blogspot.com/2011/05/jom-join-bloglist-penceloteh-comel.html

jemput join ye..

Wadi AR said...

aku sokong anda encik alan. 100 percent!

Alan Rizque said...

Macam tu nasib kita ni Wadi AR..

burhan al-hilmi said...

baru-baru ni Najib datang ke Oxford untuk sampaikan talk.. dia cakap subsidi ni seperti candu kepada rakyat Malaysia.. dan perlu dikurangkan..(terjemah la sendiri ye)

masalah dengan subsidi Malaysia ini ialah rakyat makin bertambah marah apabila subsidi untuk rakyat dikurangkan tapi subsidi untuk syarikat2 besar ditambahkan..baru2 ini, mengenai Lynas, Lynas dapat 12 tahun perlepasan cukai dari kerajaan..ewah2, kita baru kerja gaji ciput da kena cukai, diorang senang2 je dapat 12 tahun xperlu cukai..

lagi satu, subsidi sebenarnya xbaik untuk eknomi negara kerana boleh menambkan consumer expenditure, dan seterusnya boleh meningkatkan govt deficit..kita cuma hrp, bila local economics makin ok, kerajaan dpt tingkatkan balik subsidi..walaupun sebenarnya agak mustahil dari sudut ekonomi..

Alan Rizque said...

Kalau kerajaan pun berjimat takpe jugak Burhan Al-Hilmi..Ini tidak..selalu plak ke luar negara..lepas tu kuat membazir sana sini..

APAN said...

tah ar...malas gak nak maki hamun bab2 politik ni...
masing2 berlakon...haha...

mykhalis said...

subsidi candu?? berapa ramai rakyat yg mabuk kerana candu subsidi??

Orang Kampung said...

subsidi kata candu utk rkyat..
rasanya rasuah lgi betoi klu d sebutkan candu..

Dorris Angel said...

adakah kerajaan da parahhh???...hhmmm..

NormaLiza Mah said...

hai.. hari ni saya meluangkan masa membaca blog follower saya dan klik2 iklan yang ada...
moga terus berjaya dgn nffng..
sama kunjung2 n klik2......
terima kasih krn kekal menjadi follower....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...