Saturday, May 7, 2011

Ada jugak doktor kelas tiga?

Semasa aku berblog walking beberapa laman maka terjumpa blog seorang bakal doktor yang resah dengan kerajaan Malaysia yang ingin menghentikan kursus baru perubatan di IPT sehingga 30 April 2016. Aku hairan kenapa dia resah.

Seperti dia, aku juga tersilap faham selama ni. Aku ingat yang kerajaan Malaysia akan membekukan pengambilan pelajar kedoktoran yang baru selama 5 tahun di semua IPT. Aku juga ingat kerajaan tidak mahu membuka cabang kursus baru perubatan sebab ada pelbagai kursus pelik-pelik namanya kat IPT. 

Rupa-rupanya kerajaan hanya ingin membekukan jika ada IPT yang nak buka fakulti atau kursus perubatan yang baru. Maknanya kalau ada IPT yang baru nak buka kursus perubatan atau fakulti perubatan sekarang dah tak boleh.

Jadi masih ada banyak peluang untuk lepasan SPM yang nak jadi doktor. Tapi hanya yang berkualiti sahaja.
Alasan kerajaan buat macam ni adalah untuk mengelakkan lambakan doktor kelas tiga di pasaran. Pertama kali aku dengar istilah ni. Sebelum ni aku ingat semua doktor tu kelas pertama dan hebat dan genius tetapi ada jugak yang tak genius nak jadi doktor asalkan ada duit untuk bayar kos pengajian.

Ramai yang bercita-cita nak jadi doktor tetapi ramai yang lupa tanggungjawab doktor itu berat. Jangan dah jadi doktor nanti selalu mengeluh dan pentingkan duit daripada rawat pesakit.

Nisbah doktor dan pesakit di Malaysia sekarang ni 1:1000
Pada tahun 2020 akan jadi 1:400

2 comments:

Ze_Mhis said...

sebab tu perlu ramai doktor skang. bagus jugak rancangan kerajaan tu. nak jumpa doktor yang berkualiti skang memang agak payah.



terbaru:
1. MAK, KENAPA ORANG BANYAK BULU????
2. KONDOM ITU BUKAN UNTUK DIMAKAN
3. MAKAN ITU SEDAP

Alan Rizque said...

Doktor sekarang tak berkualiti ker Piah Becok?