Sunday, May 8, 2011

Fitnah lagi?

Aduh, tak habis-habis dengan fitnah. Tak cukup dengan liwat, tuduhan zina pula. Tak cukup lagi, timbul pula isu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Malaysia.
Kalau ahli parlimen sekarang ini majoritinya orang Melayu Islam macam mana nak tukar agama rasmi? Kalau pembangkang memerintah sekalipun memang orang melayu Islam tetap jadi majoriti dalam parlimen. Jadi dimana logiknya?

Kalau betul kita mahu menjaga Islam, tutup pusat hiburan, tutup pusat judi, hadkan tempat menjual arak, hapuskan program hiburan melampau. Semua itu membantu dalam proses merosakkan pegangan agama Islam muda mudi.

Tidak perlulah kita terlampau bersangka buruk dengan agama lain di Malaysia ni. Ingat yang Allah akan jaga agama Islam jika kita ikut suruhannya. Kalau betul Kristian merancang menguasai Malaysia, ingatlah yang Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah terbaik.

Jadi, perbetulkan diri kita dulu. Jaga muda-mudi kita. Bagi pemahaman Islam yang sebenar. Jangan cepat melatah dan menfitnah seperti Utusan Malaysia jika perpaduan kaum yang kita mahukan. Siasat, bertenang dan berwaspada. Jangan pula terlebih sudu dari kuah.
-----------------------------------------------------
Sumber:
Malaysiakini

3 comments:

Unknown said...

hanya sekadar fitnah politik je tu.. kadang2 pening dengan ahli politik masa kini..

Sila lawat: Kaoshi Troll

dilazfamily said...

macam-macam terjadi kat dunia sekarang nie.
tak tahu mana nak percaya

Alan Rizque said...

Ya Kaoshi, politik sekarang agak teruk..sebab mungkin dah terdesak..

Percaya kat diri sendiri je dilazfamily..hehe