Monday, May 9, 2011

Jakim tarik sijil halal Lucky Food

Kalau dalam akhbar memang susah nak bagitau nama syarikat yang kena tarik balik sijil halal. Akhirnya kena bukak laman web Jakim jugak untuk dapat kepastian.

Aku hairan sepatutnya benda macam nilah untuk disebarkan supaya masyarakat Islam berhati-hati dan bagi  malu sikit syarikat yang menjual makanan ada DNA atau gelatin babi ni.

Nama penuh syarikat itu ialah Lucky Food Processing Sdn Bhd yang mengeluarkan daging, sosej dan bebola daging telah ditarik balik sijil halalnya kerana terdapat Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk mereka. 

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk kat sini.

12 comments:

♥.::cintabunga™blogspot::.♥ said...

jom singgah :)
Gempa sedang melanda, jom pakai sit belt.. heheh :P

Hadiah buat Mak, bukan mendera okeh. hehehe

Unknown said...

pergh..pasni kena cek label mknn lebih teliti ni

terbaru : Keputusan Terkini BPL 9 Mei 2011

Alan Rizque said...

Ya phycrewz, kalau boleh cek pengeluar, pengedar atau pengilang kat paket untuk setiap jenama.

Anonymous said...

tu la pelik tp benar..nape la susah sgt nak announce nama company tu..setakat umum tak halal tp tak tahu company wat ape? supaya stok kt kedai tu abis dulu, then baru tahu..

Alan Rizque said...

Tu la..kadang-kadang geram gak..

burhan al-hilmi said...

kejap.. Lucky food ni apa?..ada ke jual kat hypermarket?..
tak pernah dgr pun..

Alan Rizque said...

Dengar citer dia ni pengedar ke restoren dan hotel-hotel..

Citer lain pulak dia ni pengeluar kepada jenama-jenama lain..kalau perasan setiap jenama ada tertera kilang pengeluar..kena cek kat paket masa kita beli sosej..

Dah try google pun maklumat takde sangat..

Shafiza said...

Good information. Kena hati2 la lpasni tapi kalau makan kat kedai or hotel2 mana nak tau dia guna product apa sebab dah dapat kat kita yang siap masak.

Takkan nak tanya kot kat orang tu pakai product apa? =.=''

Unknown said...

erkkk..ni mncuakkan kte..rs cm takut jeh produk lain mgkn sme cmnih..hishhh

Alan Rizque said...

kalau kat hotel tak perlu risau kot Shafiza, sebabnya mungkin Jakim dah emelkan kepada semua mereka untuk tidak ambil bekalan kat situ..

Ya Finaz jaafar. Kalau Jakim bagi lagi detail tentang syarikat tu dan maklumkan kepada orang ramai lagi bagus kan.

zonn aku said...

lucky food ni pa ?

terokai seni said...

napa jakim tak tunjuk je logo syarikat ke produk dia ke... terpaksa surf pulok nok carinya