Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Monday, May 9, 2011

Kena la jadi diri sendiri

Aku sebenarnya betul-betul serius mengemaskini blog ni bermula bulan lepas sebabnya saja nak berkongsi apa yang ada dalam kepala ni.

Blog ini aku daftar tidak silap tahun lepas. Akan tetapi sebab kesibukan berkerja ditambah pula aku sesat dalam informasi di internet jadi aku tidak aktif sangat mengemaskininya. 

Blog ini pula taku buat untuk berkongsi pandangan aku terhadap sesuatu isu sebab aku memang suka olah isu mengikut persepsi sendiri.

Setelah aku berjalan dan meneroka alam internet untuk belajar daripada rakan-rakan blogger yang memang otai maka kesimpulan paling penting dan utama yang aku boleh buat ialah kalau nak berjaya dalam apa-apa bidang sekalipun contohnya blogging, vlog, bisnes online, affiliate. Tidak dapat tidak kita kena jadi diri sendiri.

Semua mereka yang berjaya dan otai sebab mereka jadi diri sendiri. Apabila anda dah berjaya jadi diri sendiri dalam bidang yang diceburi maka keunikan akan terserlah. Disitulah orang akan mula suka dengan kita.

Ramai orang ada blog dan bisnes tetapi yang berjaya adalah mereka yang tidak segan dan tidak takut untuk jadi diri sendiri.

Aku sendiri pun masih mencari identiti dan kelebihan diri sendiri. Yang penting kita suka, tidak jemu, tidak cepat putus asa, berani mencuba dan berani gagal dalam bidang yang diceburi.

Aku juga berpandangan tidak payahlah nak terkejar beli bermacam-macam informasi yang menjanjikan seribu satu kejayaan sebab kalau info didalamnya tidak kena dengan jiwa kita maka tidak kemana hasilnya.

Lepas kita berjaya jadi diri sendiri barulah boleh jika mahu membeli produk informasi yang memang kita tahu kita perlukan untuk memahami dan menguasai kemahiran tertentu.

Ini hanya pandangan peribadi aku. Kalau silap tolong perbetulkan.

5 comments:

Wadi AR ツ said...

anda tepat encik alan

Alan Rizque said...

Terima kasih Wadi Ar..

APAN said...

oh...klau macam tu selamat maju jaya la dlm blog ni ye...
aku ni pun x kejar sngat mende tu semua...
kalau dapat kira rezeki la tu...
dulu2 buat memang nak kejar trafic la, nuffnang la...dll...
tpi skang kalau dah de membe blog da ckup dah...
ada gak orang baca post kita...
:)

Alan Rizque said...

Ya betul Apan..semoga berjaya juga..

Manja (let it be my sweet name) said...

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...