Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Tuesday, May 3, 2011

Kenapa jenazah Osama dikebumikan di Laut?

Aku bertambah pelik bila terbaca berita hari ni yang mengatakan mayat Osama dikebumikan di laut. Kenapa?

Bukankah amalan biasa yang dibuat ialah jenazah penjenayah selepas dikenal pasti dan selesai bedah siasat akan diberikan kepada keluarga mangsa?

Antara alasan yang aku terfikir ialah:
  • Osama ni adalah penjenayah yang paling bahaya yang perlu ditanam di dasar laut yang bersuhu sangat sejuk macam dalam filem Transformers.
  • Tidak mahu orang cari, jumpa dan tahu kewujudan Osama yang sebenar macam juga filem Transformers. Yelah, laut kan luas dan dalam.
  • Mungkin juga jenazah yang didakwa Osama itu bukan orang yang beragama Islam pun.
  • Mungkin juga jenazah Osama itu tidak wujud sama sekali.

Ini adalah antara alasan yang boleh difikirkan. Tetapi aku tetap merasakan berita ini adalah rekaan semata-mata. Sebabnya, Amerika ingin menutup malu jika mereka nanti dianggap lemah dan gagal menangkap Osama walaupun selepas 10 tahun berlalu.

Untuk memastikan mereka tetap gah dan berjaya, tirai filem Osama Bin Laden dan 9/11 perlu ditutup maka watak Osama pun dimatikan dan Amerika menang seperti dalam kebanyakan filem mereka.

THE END

19 comments:

deDetz said...

saya pun masih meragui kematiannya

Haz said...

betul2..
pelik jugak bila pikir kenapa mayat osama dikebumikan di laut.
selain x de video atau gmbr bdn mayat osama..

jamiey writes said...

Dont believe everything from the US :P LOL

Fauzie Jasmani said...

Sumer macam citer transformers? byk tgk citer transformers ni..hahaha

UpProfits Latest Entry : Osama Laden masih hidup?

Alan Rizque said...

Ya deDetz..tindakan mereka meragukan..

Haz..semua itu rekaan..

Lagikan sejarah mendarat ke bulan boleh tipu jamiey writes, inikan pula cerita macam ni.

Fauzie Jasmani memang aku minat giler cerita tu..bukan kartun punya tapi filem..haha

fairus said...

tu la pasal.. amerika ni siot betullah..

Alan Rizque said...

Itulah bijaknya mereka dalam konspirasi ni..sebab itu dunia mereka kuasai..

cik kodok said...

Cemana nak kebumi kat laut?
Campak mcm tu je ke?
@ tanam di dasar laut? Motif? Alasan?
Ragu lah jgk sbb mcm tak logik.

Kalau betul2 terbunuh,
tunjuk lg lah gambar2.
Setakat 1 gambar yg blh di claim photoshop.. kurang percaya la hehe.

Teja Suraya said...

haha...lawak..mcam transformer ye...ekekke...

US terpengaruh dgn ceta senirik..hahaha

Alan Rizque said...

Cik Kodok, kalau dalam Islam semasa pelayaran rasanya mayat akan dikafankan dan disorongkan kelaut..Kalau orang putih mungkin diorang masukkan dalam keranda dan sorongkan dalam laut. Takde nak tanam kat dasar lautnya..

Ya Teja Suraya kebanyakan cerita orang putih kalau diperhatikan memang banyak menceritakan amalan yang mereka buat. Cuma kita ingat cerita tu rekaan padahal ada yang betul mereka buat.

Tanakwagu said...

semoga aman di dunia yang lain

Alan Rizque said...

Kalau berada di pihak yang benar maka amanlah mereka..

FzaIbrahim said...

i'm curious too!
tapi tu ah. rasanya mmg bukan mayat osama pun.
nmpk sgt tipunya gmbo dia yg tersebar tu. huu

nelly said...

jadi tanda tanya ~~~
ish2 !!

folo ^^

Wafiy Suzly said...

baru nak buat entri gini tpi dah ade ni, hehe, betul! mereka nak tutup cerita tuu

Alan Rizque said...

Ya FzaIbrahim nampka sangat photoshopnya..

nelly, hanya yang berfikir akan bertanya..dah follow back..thanks..

Wafiy Suzly tulislah jugak..isi mesti tak samanya..

[sutera kasih] said...

betul tu.info2 yg diperkatakan oleh pihak US tu byk sgt mencurigakan

Alan Rizque said...

Curiga sebab mereka tidak kemukakan bukti dan memang penipu..hehe

FaFa Remina said...

For me , OSAMA BIN LADEN tu x pernah wujud, sebab Barat gagal mengemukakan bukti kukuh pada dunia ttg 'kewujudan ' osama nie.

Lar.. mcm la korg xtaw, barat kan PENIPU !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...