Tuesday, May 10, 2011

Pandangan pemikir tentang Osama

Di sini aku terjumpa video tentang pandangan Dr.Maza bekas mufti Perlis tentang Osama. Penerangan yang diberikan agak kena dengan pandangan aku tentang Osama. Sama-sama kita saksikan:


Bila kita dengar nama Osama dan Al-Qaeda? Daripada siapa kita dengar dan tahu nama itu? Semuanya daripada barat. Al-Jazeera sendiri tersohor selepas Al-Qaeda muncul. Siapa Al-Jazeera?

Osama tidak seperti As-Syahid Hassan Al-Banna, Syeikh Ahmad Yassin dan lain-lain yang kita kenali mereka daripada mulut-mulut orang Islam sendiri. Kita kenal mereka sebelum media mereka kenal. Kita kenal mereka daripada buku-buku tulisan orang Islam.

Tapi lain pula dengan cerita Osama dan Al-Qaeda. Cerita mereka kita dengar daripada barat. Barat yang memperkenalkan mereka.

Mungkin lepas ni watak lain pula yang barat perkenalkan untuk serang negara Islam yang lain. Fikirkan-fikirkan..

4 comments:

Unknown said...

part ni aku sokong..

burhan al-hilmi said...

walaupun kadangkala ada pendapat Dr Maza aku tak setuju..tp kali ni ak setuju dengan dia..

tp jgn lupa, Dr Maza pernah keluarkan statement mengatakan pejuang2 yang meletupkan diri di Indonesia sebagai 'sahabat2' kita..cara perjuangan ekstremis di Indon adalah sama dengan Al-Qaeda..

Alan Rizque said...

A'IM ada logik jugak kan..

Burhan Al-Hilmi tak tahulah plak dia pernah cakap macam tu.

Mataku said...

Sesapa saja yang buat baik atau salah... Selagi syahadah adalah ucapan tauhid dia, Maka memang benarlah dia adalah sahabat dan saudara kita.

Sesama Islam itu adalah bersaudara...