Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Thursday, May 5, 2011

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Aku ada terbaca berita yang mengatakan Sultan Kelantan atau dikenali sebagai Sultan Muhammad V akan berkahwin tak lama lagi. Mesti dah ada calon. Semoga Baginda dipermudahkan.
Aku mula berminat pasal kesultanan Kelantan ni lepas mendapat cerita daripada kawan yang berasal daripada Kelantan tentang sikap rendah diri Sultan ini dan mudahnya Baginda dekati rakyat.

Sejak itu aku mula mendapat pelbagai cerita enak dan kurang enak tentang institusi raja Kelantan. Antara yang aku tahu ialah Sultan Kelantan sekarang ni sebenarnya pernah berkahwin dengan calon yang dipilih ibunya Tengku Anis yang berasal daripada Patani. Nama bekas Isterinya ialah Tengku Zubaidah Tengku Norudin.

Sayangnya, Sultan dan bekas isterinya saling tidak mencintai dan boleh dikatakan kahwin paksa. Kalau korang perasan memang tiada liputan mahupun gambar perkahwinan mereka. Yelah, kalau dah masing-masing bermuka masam atas pelamin, macam mana nak ambil hebohkan gambar kan?

Jodoh mereka tidak lama dan tidak sempat menimang zuriat. Jadi, menbujanglah Sultan sampai sekarang. Aku rasa hanya Sultan Kelantan jer yang tiada pasangan hidup antara Sultan dan Raja Melayu ni.

Memang elok sangatlah kalau Baginda mahu berkahwin. Semoga Allah permudahkan.
-----------------------------------------------------------------
Sumber:

13 comments:

Abu Talib said...

Semoga dipermudahkan

Hakim LoLx said...

insyallah.semoga berkekalan

Alan Rizque said...

Ameen..

leyzajamil said...

saya kan ada, patik yang hina.

Alan Rizque said...

No komen leyzajamil..haha

leyzajamil said...

takde chatbox eh dlm blog ni..takpe lah nak ajak join GA sy da tag awak..

http://leyzajamil.blogspot.com/2011/05/magnolia-pert-giveaway.html

Alan Rizque said...

Ya, takde chatbox sebab ada blogger cakap kalau nak suh orang komen kat post kita kena buang chatbox..huhu..

Dah tengok dah..terasa macam nak join ni..

Messoul Trw said...

Buat pengetahuan semua...Sultan Muhammad ke V ni dah pun kahwin sebelum dikahwinkan lagi oleh ibundanya..So, takde isu kawin lain pun..Isteri pertama beliaulah yang mengubah kehidupan baginda Sultan. Tak ada maklumat @ biodata tentang isteri oleh sebab tidak didedahkan kepada umum...Harap2 faham...

Mashithah Adnan said...

Iinsyaallah...akan dipertemukan jodoh Tuanku dengan calon isteri yang bukan sahaja bijak tetapi manis budipekerti penuh didikan agama...memang yang terbaik..Dari segi kelayakan akademik ada segulung ijazah dunia dan akhirat.. boleh mempertahankan Tuanku sebagai Pemerintah...fasih bahasa ibunda inggeris dan arab dgn baik...Semua ini dlm angan2 dan doa patik..Moga Allah perkenankan dan Masin lah mulut patik...

khairul ibrahim said...

Nak tahu cerita pelisss.. Siapa isteri pertama? Sekarang siapa isterinya?

Tony Moentana said...

Salam
Isteri pertama Yang Di-Pertuan Agong ialah Tengku Zubaidah berasal dari Thailand

Silver Blue said...

Bagus juga la Tuanku Sultan Muhammad V melepaskan isteri pertamanya...ini kerana Baginda tidak pernah mencintainya.Dan pendapat peribadi saya....Baginda manusia istimewa.dan sesungguhnya Allah akan menemukan jodoh terbaik buat Baginda..satu satu nya Raja Melayu yg tidak pernah mengutamakan PROTOKOL.hanya mdemetingkan hidup bersama rakyat yang hina.....Allahuakbar...

nor bari'ah said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...