Friday, May 6, 2011

Syahidkah Osama Bin Laden?

Kali ini aku menulis sebab terkesan dan sedih dengan khutbah jumaat yang aku dengar tadi ada menyentuh tentang kematian Osama Bin Laden.

Khatib menyamakan Osama dengan pejuang yang mati Syahid seperti Tok Janggut, Syeikh Ahmad Yasin dan beberapa individu yang aku lupa namanya.

Syaikh Ahmad Yassin
Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi
Persoalan aku ialah Syahidkan Osama? Seorang individu yang tidak begitu jelas latar belakangnya dan sejarah hidupnya. Maklumat yang ada pun tidak jelas dan ada percanggahan sumber yang berlainan.

Bagi aku Osama (kalau betul wujud) sangat berbeza dengan pejuang Islam yang lain seperti Syeikh Ahmad Yasin, Dr. Abdul Aziz Ar-Rantisi, Hassan Al-Banna malah Tok Janggut sekalipun. Kenapa? Apa yang membezakan mereka?
  • Osama latar belakangnya tidak jelas sepertimana mereka yang lain, malah individu yang dekat  dengan Osama pun kabur tidak sepertimana yang lain.
  • Gambar, pengebumian dan penglibatan pihak berkuasa tempatan, penduduk tempatan (dekat tempat kejadian) seolah-olah tidak jelas dan tidak wujud bukan seperti mereka yang lain. Lagikan Saddam Hussein pun jelas hukuman dan kematian beliau kenapa Osama amat kabur?
  • Cara pendekatan 'jihad' mereka sangat lain. Osama lebih kepada menyerang orang awam dan aku memang tidak bersetuju. Aku rasa Agama Islam dan Nabi pun tidak ajar benda macam ni. Dan inilah permainan Amerika yang mahu masyarakat dunia anti-Islam.
Jadi, sangatlah sedih bila khatib menyamakan Osama sebaris dengan pejuang Islam yang lain. Kita sebagai orang Islam sepatutnya jelas dengan permainan musuh Islam. Jangan mudah mengikut rentak mereka.

Kalau kita sokong dan yakin dengan kewujudan Osama dan Al-Qaeda maka sepatutnya kita rasa bersalah sebab kita sebenarnya terpengaruh dengan permainan Amerika.

Kalau ada orang tanya aku tentang Osama aku akan jawab:
"Osama tidak wujud!"
------------------------------------------------------
Filem Osama bin Laden dan Al-Qaeda
Osama, Afghanistan dan Pakistan
Disebalik kematian Osama Bin Laden

4 comments:

mukminmari said...

memang hairan dgn osama...adakah rekaan usa?
http://al-mukmin.com

burhan al-hilmi said...

i'm fully agree with u brother..

osama sebenarnya adalah anak kepada seorang saudi tycoon.. Kalau saudara pernah pegi ke Mekah, saudara pasti akan terjumpa Bin Laden Company, sebuah syarikat construction terbesar di Saudi yang dimiliki oleh bapa Osama..

Yang bahaya bukan la Osama, tapi pegangan Wahabi yang dipegang Osama.. Ingat lagi kejadian pengeboman di Indonesia mahupun di Pakistan?.. Kumpulan ekstremis wahabi secara terang-terangan mengaku terlibat.. Dan hampir majoriti perampas kapal terbang semasa kejadian 9/11 berasal dari Saudi(negara asal Mazhab Wahabi)..

btw, Laden sebenarnya bukan lah nama bapa osama tapi nama moyang..

Alan Rizque said...

Ya mukminmari..watak itu adalah rekaan US..

Thanks burhan al-hilmi info yang menarik terutama tentang Wahabi..
Ya syarikat Bin Laden memang wujud..Tetapi pernahkah kita terfikir yang sesebuah syarikat itu senang jer diwujudkan kalau nak terima tajaan US..mungkin untuk menampakkan lebih real kewujudan Osama.
Aku juga pernah terfikir yang Orientalis selalunya ditaja oleh barat..Mungkin juga fahaman yang terpesong ditaja oleh barat termasuk Wahabi..
Sebab bagi pandangan aku, orang Islam ni tak semuanya jujur..Ada yang munafiq ada yang fasik..mereka ini memudahkan kerja musuh Islam..

Kalau betul Osama wujud dan dia mengaku bertanggungjawab dengan serangan 9/11..berbanggakah kita mengaku dia sebagai pejuang Islam?

inni akhafullah said...

usama sebenarnya tidak wujud..ia hnyalah rekaan yahudi..