Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Sunday, July 31, 2011

Apabila Jais memberi arahan

Alhamdulillah sekejap tadi aku baru sahaja selesai solat tarawih. Walaupun masjid yang aku pergi tu buat sampai 20 rakaat tetapi aku mampu buat sampai 8 rakaat jer malam ni. 

Seperti biasalah malam pertama ni memang sangat ramai orang dan kanak-kanak. Masjid yang aku pergi tadi rupanya bawah Jais sebab aku ingatkan bawah Jawi memandangkan kedudukannya dengan bandar KL agak dekat.

Jadi sebelum sembahyang tarawih pengerusi masjid ada memberi sedikit pengumuman dan tazkirah. Katanya tahun ini Jawi telah mengarahkan kepada setiap masjid di Selangor untuk memberi tazkirah sebelum solat terawih selama 10-15 minit.

Bagi aku bagus juga sebab boleh rehat sekejap sebelum sambung tarawih. Yelah sebab mesti masa berbuka nanti kita akan makan tak ingat banyaknya. Sampai nak terkeluar balik pun ada (macam pengalaman jer..hehe).

Jadi biarlah perut tu hadam sikit makanan berbuka tadi dan bagi peluang rohani pulak untuk makan melalui tazkirah bulan puasa ini.

Selamat beribadah dan bersahur pagi esok!
Baca lagi >>

Selamat datang Ramadhan Karim

Sekejap lagi akan masuk waktu maghrib dan bermulalah bulan baru dalam kalender Islam iaitu Ramadhan.

Salam banyak-banyak bulan masa aku kecik bulan puasa ni paling meriah. Kalau hari raya hanya 2-3 hari jer meriah lepas tu takde rasa apa-apa dah. Tapi bulan Ramadhan ni lain sikit, sebulan boleh jadi meriah.

Dengan malamnya ada solat terawih, waktu berbukanya, waktu beli juadah berbuka kat bazar ramadhan malah waktu bersahur pun boleh jadi meriah.

Kadang-kadang bulan ni jugak saudara-mara berkumpul. Bestnya bulan Ramadhan.

Kali ini aku berazam untuk mengandakan sikit amalan berbanding bulan lepas. Baca Al-Quran banyak sikit. Solat Terawih banyak sikit. Hehe..

Tetapi, sering kali juga aku mudah tertewas dengan nafsu sendiri.

Sebulan sebelum Ramadhan sangat kurang orang sebut tentang bulan mulia ini kecuali iklan penjual kurma kat TV Yusof Tayyub. Tetapi masuk jer bulan Ramadhan akan ada banyak iklan sambutan hari raya, lagu raya dan segala berkaitan hari raya. Padahal sebulan lagi nak raya.

Peliknya..Semoga aku termasuk dalam golongan gembira dengan kehadiran Ramadhan dan sedih dengan pemergian Ramadhan.
Baca lagi >>

Saturday, July 30, 2011

Kena pandai pilih affiliate

Bercakap tentang affiliate aku rasa dah ramai orang tahu dan mahir tentang ini. Kali ini aku nak kongsi perasaan tidak puas hati berkenaan sesetengah kaedah yang dibuat.

Semoga perkongsian ini dapat membantu aku dan kalian dalam bisnes ini.
Apa yang aku perhatikan ada sesetengah laman produk affiliate meletakkan satu borang untuk masukkan emel bagi mendapatkan ebook percuma.

Selepas masukkan emel maka pemilik produk akan terus follow up pemilik emel itu untuk membeli produk itu daripada link yang diberikan pemilik itu.

Cuba bayangkan kalau kita memperomosikan laman affiliate itu melalui link affiliate kita? Selepas itu bakal pelanggan kita itu sudah semestinya akan mengisi emel itu untuk dapat produk percuma tersebut. Maka bakal pelanggan kita itu akan mendapat emel selanjutnya daripada pemilik produk dan seterusnya membeli daripada link pemilik produk itu.

Dengan kata lain secara sedar atau tidak, pemilik produk tadi akan memintas atau mencuri pelanggan daripada ejen affiliate mereka. Jika tidak mencuri pun maka pemilik produk akan bersaing pula dengan ejennya dalam emel follow up sedangkan emel itu sumbernya daripada ejen tadi.

Jika pelanggan tadi terus membeli produk selepas kita promosi takpe juga tetapi bagaimana kalau dia tunggu 2-3 hari untuk membeli produk itu dan seterusnya tertarik dengan emel yang dihantar pemilik produk?

Jadi, aku rasa tidak patut perkara ini terjadi.

Untuk itu, memang aku akan berhati-hati dalam memilih produk untuk dipromosikan. Antaranya:
  • Tiada meminta sebarang emel di laman utama produk supaya pelanggan kita tidak dicuri.
  • Kalau ada emel pun mesti ada jaminan pemilik produk yang sebarang emel yang didaftarkan melalui link kita maka kita akan terus mendapat komisyen jika pelanggan tadi membeli walaupun selepas 2-3 hari.
Sepatutnya pemilik produk memberi terus link download produk percuma tanpa meminta emelnya. Ataupun boleh meminta emel tetapi tidak menghantar sebarang emel follow up kecuali selepas seminggu atau emel itu dikumpulkan untuk tujuan promosi produk seterusnya.

Ini supaya ejen mereka sedikit terjamin untuk mendapat komisyen dan seterusnya bersemangat untuk mempromosikan produk mereka.
Baca lagi >>

Friday, July 29, 2011

Tewasnya sang Harimau Malaya

Ucapan tahniah aku ucapkan buat beberapa orang pemain Harimau Malaya yang bersungguh-sungguh seperti Apek dan Safee Sali. Apek memang 'World Class' semasa menjaga gol.

Yang paling aku geram ialah barisan pertahanan yang memang lemah tahap apa tak tahu nak cakap. Lepas tu pulak strategi pelik K Rajagopal tetap pertahankan barisan pertahanan yang sama.

Aku bukan nak kata dia tu tak bijak tapi sayang sebab Malaysia ada ramai lagi pemain yang berpotensi kenapa beberapa orang tu jugak yang dia nak bagi peluang?

Akhirnya Malaysia tewas jugak. Aku harap lepas ni boleh ganti dengan jurulatih lain sebab dia ni payah nak dengar nasihat orang. Aku bukan apa, sakit hati tengok barisan pertahanan bermain semalam. 

Jangan jadi buta sebab keegoanmu wahai K Rajagopal.
Baca lagi >>

Sunday, July 24, 2011

Ujian Hacker GaySec

Hari ini aku ada terbaca beberapa isu berkenaan Hacker yang digelar GaySec. Menariknya Hacker ini ada niat baik untuk menguji keselamatan laman web tersohor di Malaysia yang ada banyak pengkalan data pengguna seperti nuffnang, gengblogger dan advertlets.

Niatnya untuk memastikan pembangun laman web di Malaysia melangkah lebih kehadapan dalam membina laman web yang lebih selamat seperti negara maju lain.

GaySec ini tidak mengacau sistem laman web tersebut tetapi cuma mencuri data pengguna daripada laman web yang digodamnya.

Katanya maklumat seperti nama, alamat, no.telefon dan password dapat dicuri daripada laman web tersebut. 

Jika anda ada akaun di laman web tersebut maka lebih baik terus tukar password sebagai langkah berjaga-jaga. Macam laman web gengblogger aku hanya remove aplikasi daripada facebook aku.

Patut pun ada seorang pembaca mengadu beberapa hari lepas yang setiap kali masuk laman web ni terpaksa masukkan username dan password untuk gengblogger. Jadi aku terus buang widget gengblogger baru ok. Rupanya website tu dah kena godam.
Baca lagi >>

Saturday, July 23, 2011

Malaysia vs Singapore 3-5

Akhirnya Malaysia tewas di tangan Singapore 3-5 untuk pusingan pertama. Bagi aku ok la kot sebab bekalan yang dibawa Malaysia agak kuat memandangkan gol ditempat lawan sebanyak 3 gol. 

Malaysia hanya perlu menang dengan 2-0, 3-1 atau 4-2 di Bukit Jalil untuk memastikan layak ke peringkat seterusnya. Pun begitu jika menang 5-3, Malaysia masih juga ada harapan memandangkan penentuan penalti akan diadakan. Jika yang berlaku sebaliknya maka lain kali boleh cuba lagi. 

Pada separuh masa pertama aku memang kecewa cara pertahanan dan penjaga gol Malaysia bermain. Macam takde semangat jer. Lebih kuat pertahanan skuad olimpik masa lawan Chealsea baru-baru ni.

Apapun tahniah kerana saingan yang diberikan skuad Harimau Malaya.
Baca lagi >>

Mitos umur lelaki?

Selama aku hidup ni ada 2 cerita atau mungkin mitos bagi sesetengah orang tentang umur lelaki yang pernah aku dengar.

Pertama: Lelaki akan merasa masa lambat berlalu sebelum mencapai umur 32 tahun. Selepas umur itu masa dirasakan sangat cepat berlalu. Sedar-sedar anak dah besar, umur dah 40-an, lepas tu dah pencen pun.

Kedua: Lelaki dikatakan berada di kemuncak apabila umurnya masuk 40-an. Mereka dikatakan makin kacak, segak, stabil dari segi emosi dan ekonomi.

Kalau nak kira semua itu bagaikan motivasi bagi aku sebab umur aku baru 20-an. Yelah sebab kadang-kadang aku dah rasa diri ini tua sebab umur muda bagi aku dalam linkungan 19-22 tahun. Aku rindukan zaman awal 20-an itu.

Masalah pun tak banyak, hidup selalu jer happy masa tu. Hehe..

Tapi cerita atau mitos ni agak merbahaya juga sebab aku rasa masih ada banyak masa lagi untuk main-main sebab jauh lagi nak capai kemuncak iaitu 40-an. Jadi sekarang masih boleh enjoy lagi!

p/s: Mitos tentang umur wanita aku tak pernah dengar lagi.
Baca lagi >>

Thursday, July 21, 2011

Fitnah drama Tahajjud Cinta

Drama dan filem yang berbentuk Islamik sekarang ini sudah menjadi trend selepas kemasyhuran Filem Indonesia Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. 

Sepatutnya fenomena ini sangat bagus memandangkan secara tidak lansung drama atau filem ini akan mempromosikan keindahan Islam. Tetapi lain pula jadinya dengan drama Tahajjud Cinta yang menerima kritikan hebat oleh sesetengah penonton.

Semalam aku juga mengambil peluang menonton 2 episod drama ini di tonton.com. Aku juga pernah menonton filem Indonesia Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih sebelum ini.

Perbezaan yang aku boleh buat ialah 2 filem Indonesia itu mempromosikan cara hidup Islam dan keindahan Islam dengan baik melalui lakonan dan skripnya tetapi drama Tahajjud Cinta ini memberi gambaran buruk tentang penganut Islam. Malahan mungkin sesetengah orang akan memandang cara hidup islam itu teruk.

Banyak slot berdua-duaan bukan mahram seperti drama melayu biasa. Cuma bezanya mereka berpakaian serban dan purdah. Siap berpegang tangan walaupun pakai sarung tangan. Apa mesej tersiratnya? Setahu aku dalam 2 filem Indonesia itu sangat jauh perbezaan sikap si pelakon. Malah institusi pondok juga disindir dalam filem ini.

Kenapa ini terjadi?

Pertama:
2 Filem Indonesia itu pengisiannya ditulis oleh penulis yang betul-betul mengamalkan cara hidup Islam dan pengalaman hidupnya sendiri. Manakala drama itu ditulis oleh pemerhati yang mungkin tidak pernah merasai kehidupan pondok dan kehidupan orang yang bersungguh mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Kedua:
Kebanyakan pelakon filem Indonesia itu dipilih berdasarkan cara hidup sebenar pelakon diluar set lakonan manakala drama itu mengambil pelakon drama melayu yang tersohor.

Ini apa yang aku rasa selepas menonton 2 filem Indoesia itu:
  • Aku rasa seronoknya dan tenangnya hidup mengamalkan Islam. Indahnya ayat suci Al-Quran. Indahnya percintaan dalam konteks Islam.
  • Sikap mereka yang belajar agama sungguh menenangkan dan berjiwa besar. Aku nak jadi macam mereka!
Ini pula apa yang aku rasa selepas menonton 2 episod drama itu:
  • Wah teruk dan tertekannya hidup mengamalkan islam seperti di pondok. Tak romantik lansung panggil 'ustaz' dan bukan 'abang' kepada suami. Teruknya sampai tahap 4 orang isteri itu takut betul kepada suami.
  • Takpe berpegangan tangan asalkan pakai sarung tangan.
  • Skrip perbualan lansung tidak menenangkan malah lebih kurang macam drama biasa jer.
  • Kalau macam nilah hidup orang yang belajar agama dan dipondok memang tak best.
Ya, walaupun pengarah dan penulis skrip drama ini ingin membela nasib wanita yang terperangkap oleh lelaki yang mengaku ada ilmu agama tetapi ingatlah jangan sampai nanti menjadi ejen yang memburukkan nama Islam.

Penganut islam memang banyak kelemahannya tetapi kenapa yang buruk perlu diketengahkan sebegitu rupa. Tunjukkan kecantikan Islam itu biar sampai penonton terasa sangat ingin mengamalkan Islam sebagai cara hidup.

Pilihan ditangan kita sebabnya kita nanti yang perlu berhadapan dengan Allah di akhirat kelak. Apa yang kita ingin jawab bila ditanya apa yang engkau buat untuk agamamu? Adakah jawapan kita memburukkan agama atau membela agama Islam?
Baca lagi >>

Menentang atau sayangkan negara?

Salahkah untuk bersuara dan berhimpun secara aman? Kenapa perlu dilabel penentang negara?Pembelot?

Bersih 2.0 adalah perhimpunan yang mengumpulkan pelbagai kaum malah tidak ada satu laporan kebakaran rumah kedai mahupun kereta orang awam dan polis. Adakah ini dikatakan mereka benci negara? Adakah ini dikatakan mereka mahu menghancurkan negara?

Malah huru hara yang berlaku disebabkan gas pemedih mata dan semburan air kimia. Memang patut pun kalau Ratu Elizabeth II  memakai baju kuning semasa PM membuat lawatan rasmi ke Britain.

(Untuk pengetahuan Ratu Elizabeth II memang tersangat jarang memakai baju warna kuning terang untuk majlis rasmi sebabnya kuning bukan warna rasmi Raja seperti di Malaysia)
Sebabnya sikap yang ditunjukkan pemerintah memang tidak cool dalam berhadapan rakyat yang tidak berpuas hati. Malah siap menangkap mereka yang berpakaian kuning dan melabelkan mereka penentang negara di TV sebelum perhimpunan lagi.

Cukuplah dengan mentaliti lapuk. Hanya BN boleh perintah negara. Siapakah penentang negara yang sebenarnya? Duit rakyat setiap hari dirompak sampaikan segala kebajikan rakyat berbentuk subsidi ditarik sedikit demi sedikit. Itu dikatakan pembela negara? Jangan sampai dana negara dah habis dan hutang bertimbun dengan IMF baru rakyat nak sedar. Pada masa itu semua sudah terlambat.
Baca lagi >>

Tuesday, July 19, 2011

Kategori pemimpin

Sejak akhir-akhir ni aku suka menulis tentang politik dalam blog ni. Yelah, sebab politik ni boleh melibatkan masa depan negara dan rakyatnya. 

Kalau semua orang muda tak ambil kisah dan malas ambil kisah tentang politik maka itulah peluang untuk musang berjanggut (perompak) membolot harta negara.

Dalam pemerhatian aku tentang pemimpin maka aku suka kategorikan mereka melalui 4 kategori ini:
  1. Pemimpin yang baik dan bijak.
  2. Pemimpin yang baik dan bodoh.
  3. Pemimpin yang jahat dan bijak.
  4. Pemimpin yang jahat dan bodoh.
Paling bagus kalau sebuah negara memiliki pemimpin kategori pertama. Nasib rakyat memang terbela. Masa depan negara lebih cerah. Kebajikan rakyat diutamakan. Dana negara digunakan sebaik mungkin.

Untuk kategori kedua negara diambang bahaya. Biasanya pemimpin ini selalu dipergunakan tangan-tangan hitam di belakangnya. Rakyat jelata masih lagi tidak dizalimi walaupun kebajikan rakyat sedikit sebanyak terhakis.

Pemimpin kategori ketiga ini paling licik dan biasanya umur pemerintahannya kekal lama sebab kejahatannya bijak disembunyikan. Secara diam negara dirompak tetapi kebajikan rakyat tetap terjaga. Kadang-kadang berlaku kezaliman kepada kelompok tertentu yang mungkin orang lain tidak tahu. Dia bijak menyembunyikan tangannya.

Bagi aku, golongan keempat ini paling bahaya. Mana tidaknya, disebabkan kebodohannya segala kejahatannya terbongkar. Dalam pada masa dia ingin sembunyikan kejahatannya, rakyat terus dizalimi secara terbuka. Bahkan segala kebajikan rakyat ditarik balik. Kepentingan diri sangat jelas nampak. Harta negara secara boros digunakan dan dirompak siang dan malam.

Inilah empat kategori yang aku selalu gunakan untuk menilai pemimpin jenis mana yang patut aku undi. Hehehe..
Baca lagi >>

Sunday, July 17, 2011

Kalau betul penyokong Bersih bencikan keamanan

Aku kadang-kadang naik hairan apabila pihak media kerajaan dan beberapa pihak lain mendakwa perhimpunan Bersih ini boleh bawa huru hara kepada negara. Jadi polis terpaksa menghuraikan perhimpunan itu dengan cara tersebut.

Apa yang aku nampak para penyokong Bersih ini sebenarnya sukakan keamanan melalui beberapa sebab:
  • Kalau mereka nak buat huru hara mereka tidak akan tunggu hari perhimpunan tetapi buat secara senyap dengan mengebom tempat awam. Tetapi Bersih ini siap buat pengumuman dan jaminan untuk tidak buat huru hara.
  • Kalau betul ada botol berisi minyak dan parang yang ditemui pihak polis seperti laporan berita dalam TV kenapa pada hari kejadian tidak ada seorang pun penyokong Bersih yang ditangkap kerana senjata tersebut malah mereka ditangkap hanya kerana membawa garam dan memakai baju kuning.
  • Tiada satu laporan pun tentang kebakaran kereta mahupun premis di KL akibat perbuatan penyokong Bersih.
  • Walaupun ada anggota polis yang menyepak dan menerajang orang ramai yang tiada senjata tetapi tiada tindakan balas daripada penyokong Bersih yang ramai. Kalau nak kira perbezaan bilangan antara kedua pihak, apalah sangat dibandingkan dengan bilangan anggota polis yang sedikit. Sebabnya mereka ini tidak mahu cari gaduh dan sukakan keamanan.
Semua tindakan penyokong Bersih membuat perhimpunan secara aman malah tidak melawan balas tindakan kejam sesetengah anggota polis ini membuktikan mereka memperjuangkan kebebasan demi keamanan negara untuk generasi masa depan.
Baca lagi >>

Saturday, July 16, 2011

Mimpi dan realiti yang sama

Pernah tak anda bermimpi sesuatu barang jatuh dan bila tersedar memang benda itu jatuh. Peliknya barang itu jatuh bukan berpunca daripada anda kerana ia berada jauh daripada anda. 

Mimpi ini dah banyak kali aku lalui. Sampai sekarang aku rasa pelik dengan mimpi itu kerana masa kejadian dalam mimpi adalah sama dengan masa berlakunya realiti.

Pernah juga berlaku semasa aku tidur dengan adik aku dan aku bermimpi ada orang ingin pukul aku. Tangan aku dengan sendirinya memegang tepat tangan adik aku yang ada disebelah. Peliknya tangan adik aku itu seolah-olah ingin memukul aku dan mujurlah sempat aku pegang tangannya melalui petunjuk mimpi.

Keesokan harinya apabila aku tanya adik aku apa yang dimimpikannya semalam sampai ingin pukul aku, dia menjawab yang dia sebenarnya bermimpi jumpa ular dan ingin memukulnya.

Pelik tapi benar dan sehingga kini aku mencari jawapan kepada keajaban ini iaitu mimpi dan realiti yang selari dan berlaku serentak.
Baca lagi >>

Thursday, July 14, 2011

Bestnya jadi polis


Biasanya tindakan pukul, tendang dan kekasaran lain dikaitkan dengan aktiviti samseng. Apa yang menarik semua itu boleh dilakukan jika anda menjadi polis Malaysia walaupun pihak yang mereka hadapi itu tidak mempunyai sebarang senjata.

Itulah bestnya jadi polis Malaysia. Apabila aku tengok beberapa video dan gambar demonstrasi tempoh hari aku rasa sangat marah dengan tindakan polis. Seolah-olah mereka ini tidak profesional dan kejam. Bapa saudara aku yang pencen sebagai polis juga marah dengan tindakan polis ini.

Bukan semua tetapi hanya segelintir sahaja polis yang malampau.

Ada beberapa sebab yang aku boleh fikirkan kenapa sesetengah polis sanggup menjadi samseng, antaranya:
  • Mereka ini sengaja buat macam itu supaya imej polis dan kerajaan jadi makin buruk.
  • Sesetengah mereka ini secara rahsia diarahkan buat kekejaman itu dan dijanjikan pangkat.
  • Mereka memang penyokong BN yang tegar dan geram dengan kehadiran rakyat yang ramai. Jadi inilah peluang membantai penentang BN.
  • Mereka ini telah biasa memakan benda haram hasil rasuah dan hati mereka memang bencikan kebaikan dan suka melakukan kejahatan. Lagipun kalau BN tidak lagi memerintah maka mereka tidak dapat rasuah lagi.
Setahu aku, kebanyakan polis yang aku temui memang baik dan bencikan kekejaman kecuali memang mereka samseng sebelum ni.

Sepatutnya polis yang profesional menurut arahan pihak atas tanpa menyakiti pihak yang lain. Buat biasa-biasa sudah, jangan lebih-lebih masa nak huraikan perhimpunan.
Baca lagi >>

Wednesday, July 13, 2011

Kenapa perlu takut?

Sudah lama aku tidak menulis di blog ini memandangkan sibuk dengan urusan pemindahan tempat tinggal. Akhirnya, semuanya selesai dan aku boleh mula menulis lagi.

Suka untuk aku menyentuh tentang isu BERSIH. Sebenarnya timbul rasa pelik dalam benak fikiran aku kenapa kerajaan seolah-olah TAKUT dengan BERSIH?


Kenapa SPR dan kerajaan seolah-olah takut untuk menerima tuntutan BERSIH?

Bagi aku jika beberapa tuntutan itu diambil perhatian oleh SPR dan dilaksanakan seperti:
  • Bersihkan senarai undi
  • Ubah sistem undi pos
  • Gunakan dakwat kekal
  • Akses media yang bebas dan adil
Maka semua pihak yang mengambil bahagian dalam pilihanraya akan mendapat untung kecuali si PENIPU sahaja yang rugi. 

Apa yang aku nampak BN seolah-olah takut kalah jika bermain secara adil. Tindakan kerajaan BN dan SPR seolah-olah membuktikan yang mereka dah sebati dengan pilihanraya kotor dan takut kalah jika mengubah kepada sistem yang lebih adil.
Baca lagi >>