Monday, August 1, 2011

Alamak terlupa niat

Semasa bersahur tadi ada berbincang sedikit tentang persoalan niat. Macam mana kalau kita terlupa niat sedangkan kita telah bersahur tadi?

Jadi aku teringat seorang uztaz yang pernah berceramah dalam TV tentang niat puasa ni. Dia kata jangan anggap niat ini susah. Sebenarnya apabila kita bangun bersahur itu sebenarnya dah dikira niat puasa. Sebabnya tujuan apa kita bangun sahur kalau tidak kerana hendak puasa esoknya kan?

Malah jika kita berbual-bual selepas solat terawih dengan keluarga kita tentang menu bersahur esok maka itu juga sebenarnya dah dikira niat. Sebabnya kalau tidak kerana hendak puasa esok maka tiada perbincangan tentang menu sahur kan?

Jadi, niat tu sebenarnya apa yang kita rancang hendak buat dalam hati. Tetapi jika mahu lebih kuat maka bolehlah untuk dilafazkan seperti ayat di atas sekali.

Oleh itu jika anda bangun sahur tetapi lupa untuk lafazkan ayat niat puasa maka jangan risau sebab anda sebenarnya dah dikira telah berniat untuk puasa.

Begitu juga jika anda telah rancang untuk bangun sahur tetapi terlepas dan tidak melafazkan niat puasa maka jangan risau sebab anda sebenarnya telah berniat ketika anda rancang untuk bangun bersahur lagi.

Lain pula ceritanya jika selepas berbuka puasa anda lansung tidak terlintas dalam fikiran dan hati tentang puasa esok malah tidak sentuh tentang bersahur pun dan tidak juga bangun sahur maka kemungkinan besar anda tidak berniat puasa. Wallahu'alam..

3 comments:

Wadi AR said...

yg bwh skli tu dah kategori lain mcm encik alan. heee

SiS NaD said...

Salam...

Wah, macam tu pun dah kira berniat ye... Tapi Sis memang pernah dengar perkara2 macam tu... Contohnya kalau kita dah berniat nak sedekah, walaupun sekadar niat kita tetap mendapat pahala... (Err... rasanya Sis dah lari konsep... Huhu!~ )

P/S :Seawal puasa pertama Sis sudah diuji... Jom baca kalau nak tahu... :(

Alan Rizque said...

Hehe..betul Wadi AR..

Sis Nad yang tu memang ada kaitan..