Friday, November 4, 2011

Libya - Kenapa perlu dibela pengkhianat?

Jika diberi amanah untuk menjaga harta negara tetapi dia khianati dengan menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

Jika diberi kuasa untuk menjaga keselamatan rakyat awam tetapi dia menangkap malah sanggup membunuh rakyat yang menegurnya.

Apakah selayaknya digelar insan sebegini? Cukupkah dengan dia melaungankan untuk membela bangsa dan negara disaat gerombolan pemerintahannya mula jatuh maka kita terus ampunkan dosanya?
Inilah yang berlaku di Libya. Aku sebenarnya agak pelik juga apabila ada seorang rakan facebook berkongsi artikel memuji pemerintah Libya yang menjaga rakyatnya melebihi negara lain. Malah ada yang komen menuduh rakyat Libya melebih pula apabila dikatakan "orang bagi betis nak peha".

Ya betul! Secara teorinya memang betul itu yang dikatakan dan dijanjikan pemimpin Libya satu ketika dahulu dalam Buku Hijaunya. Memang dia menjanjikan seribu satu kemudahan untuk rakyat selepas dijatuhkan pemimpin Beraja Libya sebelumnya.

Tetapi lama kelamaan segala kemewahan hasil bumi Libya membuatkan dia hilang punca apabila agama tidak diletakkan sebagai matlamat tetapi melebihkan kebangsaan.

Jadi kenapa perlu dipuji orang yang mengkhianati rakyatnya sendiri? Secara bertulis semua orang boleh buat tetapi praktikalnya? Itu yang pemerintah Libya gagal menyebabkan rakyatnya bangkit menuntut supaya digantikan pemerintah yang lebih adil dan amanah dalam menguruskan khazanah negara dan hal ehwal kebajikan rakyat.

2 comments:

burhan al-hilmi said...

dia telah banyak menggunakan kekayaan kerajaan untuk kesenangan rakyat Libya,
tp dalam masa yang sama pernah menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan diri sendiri..

tapi bagi aku cara kejatuhan beliau lah yang wajar menjadi tanda soal,
adakah beliau benar2 dijatuhkan oleh kebangkitan rakyat?atau ditaja oleh pengaruh luar..sbb NATO secara terang-terangan menjadi tulang belakang kejatuhan Gaddafi..

tp sekarang berita mengenai kemungkinan israel akan menyerang iran pula..kita tunggu dan lihat..

Alan Rizque said...

Nato dan barat memang suka mengambil peluang ke atas negara Islam. Mereka akan beralih sokongan kepada golongan yang disukai rakyat.

Semasa rakyat Libya membuat demonstrasi tanpa senjata untuk menuntut hak mereka, kenapa kerajaan Libya Gaddafi menggunakan senjata malah mengepung dengan kereta kebal dan membunuh rakyat sendiri?

Di saat Rakyat Libya dizalimi oleh kerajaan mereka dimana negara Islam lain yang berjiran? Kenapa mereka enggan menolong?

Usah dipersoalkan kenapa Rakyat Libya sanggup terima bantuan Nato tetapi persoalkan kenapa negara Islam yang berjiran tidak membantu?

Kes Libya ini bukan seperti Iraq dan Afghanistan tetapi kesan kebangkitan di Mesir dan Tunisia.