Wednesday, December 28, 2011

Bau busuk nak muntah

Tadi aku ada singgah solat di masjid. Dalam keadaan tenang dan aman cuba untuk khusyuk selepas angkat takbir tiba-tiba diganggu oleh bau yang kurang menyenangkan.

Rupa-rupanya orang sebelah kiri aku tu agak berbau mungkin dia baru lepas kerja. Tidak syak orang lain sebab sebelah kanan aku tiada sesiapa.
Kalau boleh lain kali jangan buat macam tu la sebab kita berada di masjid dan diri tu hendaklah bersih dan tidak berbau. Sebabnya boleh mengganggu orang lain beribadah. Paling teruk bau itu buat aku terasa nak muntah. Aku pun tak tahu apa kerja yang dia buat sebelum tu.

Kalau rasa tak sempat nak mandi dan pentingkan solat berjemaah maka bawalah pewangi sekurang-kurangnya. Pakai pewangi tu bagi orang lain tak bau badan kita yang busuk itu. Aku harap dia ada baca blog ni. Huhu..

2 comments:

Wadi AR said...

yeke encik? hahaha. mungkin beliau tak perasan kot bau badan beliau

Alan Rizque said...

Takkan tak perasan kot sebab kuat betul bau dia..