Tuesday, December 6, 2011

Politik itu kotor

Pernah dengar tak orang cakap macam ni:

"Malas la aku nak join politik. Bazir masa dan mengarut jer."

"Aku tak suka ambik tahu hal politik ni. Semua parti teruk dan mengarut jer."

"Daripada aku cerita pasal politik baik aku tengok movie. Lagi best dan tak sakit hati."

Ini antara luahan hati mereka yang muak dengan permainan politik yang dilihat sangat kotor. Yelah, sekejap tuduh sana sekejap fitnah sini. Naik pening fikir mana yang betul.
Sedar tak kita yang sebenarnya golongan rakyat yang muak dengan politik inilah yang parti politik korup mahukan. Sebabnya semakin kuat rakyat berfikir dan mencari kebenaran semakin mereka terdedah dengan kemusnahan. Kalau boleh mereka mahukan rakyat buta minda, buta mata dan tidak ambil cakna lansung dengan politik. Kalau tak nak keluar mengundi pun takpe, mungkin lagi bagus.

Aku tak kisah kalau tak nak join mana-mana parti politik pun tetapi sekurang-kurangnya kita kena ambil tahu dan cakna dengan politik semasa. Sebabnya masa depan negara bukan terletak pada tangah pengundi tetapi pemimpin yang dipilih oleh pengundi.

Jika kita salah pilih pemimpin silap hari bulan negara akan huru-hara dan tergadai. Bukannya payah pun nak hancurkan negara. Suburkan budaya rasuah dan korupsi dari pihak atas sampai bawah. Lama-lama hancurlah negara.

Jika kita tidak keluar mengundi pun mereka tidak kisah. Berlambak pengundi import yang boleh ganti tempat kita. Jadi mahu tidak mahu kita kena ambil tahu. Kalau tidak tanah tempat kita tinggal ini mungkin tidak akan selamat.

9 comments:

Wadi AR said...

sy tak sabar nak ngundi encik alan

Alan Rizque said...

Bagus-bagus..saya pun..

mknace unlimited said...

^_^
Terbaeekkk!!!!
I'm back
Singgah dari mknace unlimited

Alan Rizque said...

Mknace - hehe..

Muhammad Naim Abdullah said...

Jangan macam tu bro.bukan ka kita generasi akan mengantikan pemimpin sedia ada.

parti di malaysia tak sama. Manhaj mereka berbeda..

:)

jom baca tulisan Naim:-
http://pemudattbc.blogspot.com/2011/12/bukan-mudah-memahami-satu-perjuangan.html

http://pemudattbc.blogspot.com/2011/12/doa-diberi-pemimpin-yang-soleh.html

ada hubung kait dari entri bro..

Salam alaik..

take care bro.

Alan Rizque said...

Salam Naim, terima kasih sudi berkongsi..mungkin boleh buka minda saya..

Affan Ruslan said...

Salam. setuju dgn entry ni.
Kita yg pilih pemimpin untuk memimpin kita, kalau kita silap pilih pemimpin, nanti jgn pulak dok bising2 hehe

Alan Rizque said...

Betul tu Affan Ruslan. Jangan nanti nasi sudah jadi bubur baru menyesal.

burhan al-hilmi said...

so undi la PAS