Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Monday, January 30, 2012

Perubatan moden vs tradisional

Berita di TV Al-Hijrah tadi telah menambah harapan baru dalam dunia perubatan di Malaysia. Kalau sebelum ini jarang dan sukar untuk kita tengok perubatan moden dan tradisional duduk semeja.

Hospital Raja Perempuan Zainab kota Bharu telah menyediakan ruang khas untuk pesakit mencuba cara perubatan tradisional seperti mengurut. Ini sebenarnya memberi satu alternatif baru kepada pesakit untuk mencuba.
Malaysia sebenarnya kaya dengan cara perubatan tradisional kampung yang digunakan turun temurun. Tetapi kedua bidang ini dilihat seolah tidak dapat duduk semeja. Antaranya ialah, perempuan akan disuruh berpantang dan makan makanan tertentu dalam sebulan lepas melahirkan anak. Tetapi kalau kita lihat makanan untuk perempuan selepas melahirkan anak di hospital tidak ikuti aturan berpantang.

Alasan yang diberikan adalah amalan berpantang tidak dibuktikan secara saintifik dan kalau perempuan itu sakit sebab makanan maka mereka boleh makan ubat di hospital.
Alangkah baik kalau dua bidang ini diamalkan bersama. Di Korea, dunia perubatan moden dan tradisional berkembang bersama malah pengamal perubatan tradisional hendaklah mengambil kursus perubatan moden sebelum boleh menjadi pengamal yang sah. Dengan cara ini, perubatan tradisional terus perkembang dan mungkin dapat dibuktikan secara saintifik di masa hadapan.

Mereka saling mengiktiraf malah menampung mana yang terkurang. Kalau ini berlaku di Malaysia rasanya tiada pihak yang rugi.
Baca lagi >>

Monday, January 16, 2012

Hukum bina jalan berTOL

Aku ada tengok satu video di Youtube tentang isu Tol ni. Selepas tengok tu ada terbaca komen kat bawah dan aku tertarik dengan satu komen ni yang menyentuh tentang isu hukum jalan raya berTOL.
Begini petikannya:

Kata Ustaz Hasrizal, "Di tahun 1995 semasa mengambil Subjek Fiqh Jinayaat, kami bertanyakan pensyarah tentang hukum membuat jalanraya yg ada TOL. Arab susah sikit nak gambarkan ketika itu sebab negara mereka tiada tol. Kata pensyarah kami, tidak salah membuat jalanraya bertol, asalkan jalan alternatif masih ada dan praktikal untuk digunakan. Yakni, jalan bertol hanya pilihan, bukan paksaan. Tetapi jika rakyat dikepung dengan jalanraya yang kena bayar TOL, ia sudah termasuk dalam isu HARABAH. Rompakan jalanan!

Kalau orang tak biasa kat KL ni dan datang KL terus ikut signboard, mereka mesti akan kena tol banyak kali. Kalau orang yang dah biasa mungkin dapat elak tol sikit. Untuk elak sepenuhnya agak mustahil kot.

Kita memang dikepung oleh tol. Perniagaan paling best ialah menguruskan tol kot. Susah untuk rugi dan stabil je duit masuk. Aku tak kisah la orang nak berbahas tentang kebaikan tol bla..bla..bla..Tetapi alangkah indah jika Malaysia terutama KL ni tiada tol.
Baca lagi >>

Sunday, January 15, 2012

Resepi kejayaan paling penting

Kebanyakan orang lupa dalam mengejar kejayaan hidup ni tentang satu resepi ni. Mungkin ramai orang dah bagitau tetapi untuk buat belum tentu.

Tambahan pula bila mak dan ayah cakap macam ni:
"Mak dan ayah bukan mahukan duit kau nak, cukuplah engkau berjaya dalam hidup dan datang jenguk mak dan ayah sesekali."
Apabila mak dan ayah cakap macam tu maka dalam bajet bulanan kita tiada terselit potongan duit gaji untuk diberikan kepada emak dan ayah.

Ya betul emak dan ayah kita mungkin sudah kaya dan banyak harta tetapi kalau kita ingin berjaya amalkan resepi ini insyaAllah berjaya, hidup berkat dan rezeki datang melimpah.

Resepi kejayaan paling penting yang aku maksudkan ini ialah peruntukkan duit untuk emak dan ayah setiap bulan. Tidak kira sedikit atau banyak jika anda ingin dapat rezeki berkat dan melimpah cuba amalkan resepi ini.

Tanda rezeki berkat ialah duit kita sentiasa cukup walau gaji sikit. Pernah dengar kan orang gaji banyak tapi tak pernah cukup. Itu tanda rezeki tak berkat. Apabila cukup maka boleh kita menyimpan jika ada lebih.

Ada jugak orang naik pangkat saban tahun dan apabila ditanya resepi kejayaan, dia cakap jangan lupa untuk bagi duit kat mak dan ayah setiap bulan.

Kalau kita mampu potong duit gaji untuk rumah dan kereta setiap bulan kenapa tidak boleh potong untuk mak dan ayah di kampung? Ini sebenarnya untuk pelaburan dunia dan akhirat!
Baca lagi >>

Saturday, January 14, 2012

Jika aku ada anak

Pernah terfikir tak apa yang korang nak daripada anak-anak sendiri satu hari nanti. Walaupun aku takde anak lagi sekarang tapi aku selalu gak la terbayang macam mana nak didik dan bentuk diorang. Kihkih..
Antara topik yang aku terbayang ialah bab keputusan peperiksaan samada UPSR, PMR dan SPM kalau ada lagi la. Aku plan tak nak marah diorang jika dapat keputusan rendah. Bagi aku keputusan peperiksaan tidak semestinya menjamin masa depan diorang nanti. 

Apa yang penting dalam pendidikan anak-anak aku ialah potensi diri mereka. Aku kalau boleh nak cungkil sejak dari kecil lagi potensi, minat dan kecenderungan diorang sebab benda nilah yang akan menjamin masa depan mereka.

Aku mahu mereka tahu kemana hala tuju mereka sebaik sahaja habis belajar peringkat menengah. Kalaupun diorang ingin melawan arus aku akan sokong. Kalau mereka ingin mengikut arus aku juga akan sokong.

Aku mahu mereka ada personaliti hebat sejak muda lagi hasil daripada aku tidak menekan mereka dengan sistem peperiksaan dan tidak memaksa mereka untuk mengikut arus tetapi lebih kepada membantu mereka mengenal diri sendiri.

Besar kan impian aku. Hehe..
Baca lagi >>

Friday, January 13, 2012

Kes pembaca berita tersasul

Cerita ni dah lama tapi aku baru teringat nak ulas sikit pasal ni. Kisahnya berkenaan seorang pembaca berita wanita di TV3 yang tersasul. Nama dia Jay Jamalina.
Lebih kurang macam ni ayat dia masa baca berita:
"Di Johannesburg, wartawan Lukman Hamidi melaporkan, lawatan Datuk Seri Anwar... Datuk Seri Mohd Najib itu dijangka..."

Haha..macam dia nak iktiraf Datuk Seri Anwar ni bakal PM Malaysia. Kalau melibatkan orang pangkat kecik takpe la tapi ni melibatkan mereka yang berprofil tinggi, PM lagi tu.

Memang malu la kan. Tapi Jay Jamalina sendiri telah memohon maaf sebab dia tak sengaja. Mungkin dalam kepala dia tu banyak tersogok cerita pasal Anwar Ibrahim sebab tu tersasul.

Ataupun adakah dia tu penyokong tegar Anwar Ibrahim? Hehe..Harap dia masih boleh baca berita lagi lepas ni. Kesilapan kecil je..
Baca lagi >>

Thursday, January 12, 2012

Bahaya mandi malam

Amalan aku sejak daripada dulu lagi ialah elakkan diri daripada mandi pada waktu malam. Sebabnya, beberapa orang bagitau aku kalau amalkan mandi pada waktu malam boleh sebabkan penyakit paru-paru berair.
Sehinggalah aku terbaca artikel ini yang mengatakan sebaliknya malah menggalakkan mandi waktu malam untuk bersihkan diri dari kotoran.

Lagi teruk artikel itu mengatakan bahaya mandi malam ni hanya larangan orang tua zaman dulu untuk mengelakkan bahaya sebabnya dulu kalau nak mandi kena guna telaga yang agak jauh dari rumah dan tiada bekalan elektrik macam sekarang,

Huhu..sudah sekain lama aku percaya dan tertanam dalam minda sampai aku rela tidur dengan badan bau busuk, jadi aku rasa sangat sukar untuk ubah kepercayaan ini walau dibuktikan karut. Sikit-sikit pemikiran kita diperbetulkan.
Baca lagi >>

Wednesday, January 11, 2012

Kata-kata akhir jadi nyata

"Jika kamu teruskan cara pemerintahan ini, kamu nanti bukan dijatuhkan oleh Ikhwanul Muslimin (Gerakan Islam di Mesir) tetapi akan dijatuhkan oleh rakyatmu sendiri (rakyat Mesir)."

Itulah antara kata-kata terakhir As-Syahid Hassan Al-Banna kepada pemerintah Mesir pada waktu itu.
Imam Hassan Al-Banna yang mati syahid
Sekarang kita boleh lihat kata-katanya itu menjadi kenyataan. Malah bukan sahaja terjadi kepada Mesir tetapi juga kepada negara-negara Islam timur tengah yang lain. Sudah semestinya negara Islam yang menerima nasib yang sama dengan Mesir itu mempunyai pemimpin yang sejenis pemerintah Mesir.
Baca lagi >>

Monday, January 9, 2012

Kemalangan pecah kepala depan mata

Hari ini hari isnin dan merupakan hari yang indah. Nak dijadikan cerita pagi tadi aku ada kerja di Selayang, dalam perjalanan pulang tiba-tiba jalan sesak dan sepatutnya pada waktu itu tidaklah sesak sebegini.

Beratur punya beratur aku ternampak ada orang suruh elakkan laluan tengah jalan depan pasar selayang menuju ke KL. Dari jauh aku ternampak kelibat orang meniarap atas jalan. "Kemalangan rupanya", terdetik dalam hati.
Sebaik sahaja aku sampai dekat mangsa atas jalan tu punyalah terkejut! Buat pertama kali aku lihat mangsa kemalangan pecah kepala. Segala isi dalam kepada iaitu otak semua terburai dan tinggal rongga kosong dalam kepala. Dasyat betul!

Aku tidak sempat ambil gambar dan kalaupun sempat aku memang tak tergamak nak ambil dan kongsikan dalam blog ni. Huhu..

Aku tak pasti macam mana ia berlaku tetapi kawasan ni memang terkenal dengan kes orang lintas jalan tanpa gunakan jejantas lepas tu kena langgar dengan kereta laju.

Ngeri sungguh dan mujurnya aku tak termuntah kat situ. Benda macam ni aku memang kurang sikit. Tak biasa la katakan.
Baca lagi >>

Thursday, January 5, 2012

Tiada minyak masak dijual

Sejak akhir-akhir ni bekalan minyak masak di kedai-kedai runcit asyik habis jer. Walaupun aku jarang-jarang memasak tetapi perlu jugak kadang-kadang untuk goreng telur.
Mula-mula aku ingatkan peniaga kedai runcit dah mula buat hal dengan menyembunyikan minyak masak sebab harga akan naik. Aku juga ingat pengilang dah mula keluarkan dalam kuantiti sedikit untuk tunggu harga naik. Tetapi selepas dua tiga minggu asyik tiada je minyak masak kat kedai runcit ni aku mula syak mesti ada sesuatu tak kena ni.

Nak dijadikan cerita masa aku beli barang di kedai runcit tadi aku ada terdengar tuan kedai merungut tentang sikap pembekal minyak masak ni yang mula tak terima hutang. Kalau nak minyak masak mesti kena bayar dulu.

Kedai runcit ni pula memang sudah sedia maklum yang memang akan ambil hutang dulu barang-barang jualan ni. Jadi sebab itulah minyak masak di kebanyakan kedai runcit tiada. Sebabnya pekedai ni tak boleh ambil hutang. Dahla untung tak seberapa lepas tu tak boleh ambil hutang pulak. Kalau ambil stok pun mesti kuantiti sedikit dan mesti cepat habis.

Patut pun bekalan minyak masak tiada di kedai runcit sekarang. Mentang-mentanglah minyak masak ni barang keperluan, ikut suka hati dia je buat hal pembekal ni ya.
Baca lagi >>

Tuesday, January 3, 2012

3 kisah pentingkan diri sendiri

Kisah ni berlaku di depan mata aku sendiri la. Apabila manusia pentingkan diri sendiri dan dia fikir nak mudah je tanpa hiraukan akibat pada orang lain.
 
Kisah 1
Sedang aku bawa motor ke tempat kerja tiba-tiba aku terbau asap rokok dan ada sedikit debu berterbangan ke arah aku. Rupa-rupanya abang yang bawa motor depan aku hisap rokok dan abu rokok dijentik-jentik tanpa memikirkan orang belakang.

"Ini orang tak guna akal patut pun badan gempal", marah aku dalam hati.

Kisah 2
Jalan tu ada 2 laluan untuk sehala. Tiba-tiba kereta depan aku berhenti betul-betul depan kedai runcit dan menghalang satu laluan. Dia fikir cukuplah satu laluan digunakan untuk semua kereta yang sesak di belakang. Satu laluan lagi untuk dia parking depan kedai. Padahal berlambak ruang kosong untuk parking kalau dia ke depan sikit jer.

Tapi sebab nak paking depan kedai punya pasal aku peduli apa kan? Kalau boleh dalam kedai aku nak masuk dengan kereta.

"Kereta besar tetapi otak letak kat kepala lutut", sumpah aku dalam hati.

Kisah 3
Di tengah kota KL aku hairan bila melihat satu jalan ni sesak bukan main dan lansung tidak bergerak. Lama pulak tu. Kesesakan di KL ni perkara biasa tetapi kereta akan bergerak sikit demi sedikit. Ini lansung tidak bergerak.

Mujurnya aku dengan motor dan aku dapat lihat di hujung jalan cabang tiga ada satu lori kecik parking betul-betul depan cabang tu. Nak dijadikan cerita ada sebuah lori besar tak lepas nak belok sebab lori kecik ni paking depan cabang tiga.

Punyalah lama sampai aku pun tersekat sebab lori besar ni asyik ambik side je nak corner. Akhirnya polis datang dan marah-marah kelindan lori. Pemandu lori entah pergi mana. Aku rasa memang kena saman mamat tu. Ada ke dia parking ikut suka hati je kat KL. Waktu tu pulak masa orang ramai balik kerja.

Ini adalah sedikit himpunan kisah manusia yang pentingkan diri sendiri. Bab kata kawan aku orang macam ni memang tak lama. Satu hari nanti akan terkena gak kat batang hidung dia.
Baca lagi >>

Monday, January 2, 2012

Tips tidur nyenyak

Dulu ada orang kongsikan tips dengan aku tetapi aku tak ingat siapa. Dia bagitau aku kalau nak tidur nyenyak amalkan perkara ini sebelum tidur. InsyaAllah tidur itu tidak akan ada mimpi ngeri dan buruk melainkan mimpi indah sahaja.
Sebelum tidur tu kebas tempat tidur dengan kain dan hempukkan bantal supaya segala debu dan kotoran hilang dari tempat tidur. Dia kata perkara ini dapat membuatkan kita selesa tidur dan menghindarkan gangguan syaitan yang suka tinggal kat tempat kotor.

Setakat ni aku amalkan ok la sebab setiap kali aku terus tidur atas katil tanpa buat benda ni mesti akan alami mimpi buruk dan ngeri. Huhu..

Jangan lupa juga baca doa sebelum tidur ya.
Baca lagi >>

Sunday, January 1, 2012

Permulaan tahun baru 2012

Untuk kita memulakan tahun yang baik maka kena jadikan hari pertama itu baik dan indah. Walaupun ada beberapa peristiwa kecil yang mengganggu keseronokan hari itu kita kena ketepikan dan bayangkan yang indah-indah belaka.
Itu adalah tips yang selalu diberikan oleh pakar motivasi. Atas kertas nampak mudah tapi nak laksanakan bukan main payah. Apa-pun kita kena cuba dan terus positif.

Aku tiada azam baru pun tahu ni cuma nak perkemaskan azam dan cita-cita tahun lepas je. Hari ni merupakan hari terbaik bagi aku (ayat nak sedapkan diri je) dan aku dapat rasa tahun ini merupakan tahun bersejarah buat aku (ayat ni pernah aku cakap tahun lepas).

Apa yang penting bagi aku ialah usaha dan tidak berputus asa. Tercapai atau tidak itu bergantung kepada kuasa Ilahi. Ustaz pernah cakap Allah tidak melihat kepada hasil kerja seseorang hamba tetapi melihat kepada usaha yang telah dilakukan mereka.

Selamat tahun baru 2012!
Baca lagi >>