Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Tuesday, November 20, 2012

Pendapat Wardina dalam isu boikot McD

Suka untuk saya berkongsi komen menarik daripada Wardina Safiyyah di Facebook page beliau tentang isu boikot McD.
"Entahlah.. tapi saya memang dah dua tahun tak jejak dan makan Mc'D. Tak de apa pun hilang dan kurang dalam hidup ni. :) Tak rugi apa pun. (Ni personal choice yang suka makan jangan marah-marah saya ok) Yes I CAN live without eating McD :) I LIVE healthier too actually. Amna dengan Azra pun tak nak jejak kaki...

Teringat kata Sheikh Hamza Yusof, makanan segera yang dicipta untuk MENGAUT KEUNTUNGAN merosakkan manusia. Kaya dengan garam, lemak, pewarna dan gula disediakan TANPA kasih sayang cuma mahu WANG, WANG , WANG.. Inilah salah satu punca manusia makin 'keras' hatinya. Penuh dengan dengki, busuk hati dan sebagainya. Makanan mereka tidak segar dan berkhasiat."

Ada banyak alasan untuk tidak makan McD lagi. Namun begitu, kita juga boleh membina seribu satu alasan untuk makan McD. Pilihan di tangan kita dan setiap pilihan kita itu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah kelak.
Baca lagi >>

Monday, November 19, 2012

Gold chips untuk Palestin

Kisah yang akan membakar semangat untuk kita membantu apa yang kita ada.

Pagi ini, pejabat Aman Palestin Negeri Sembilan telah dikunjungi oleh seorang lelaki yang tidak mahu dirinya dikenali. Ini adalah kunjungan kali ke 2 beliau untuk sekali lagi menyerahkan beberapa 'gold chips' (pelaburan peribadinya) untuk disumbangkan kepada perjuangan membela umat Islam di bumi Gaza, Palestin.
Subhanallah, betapa luhurnya hati lelaki ini yang begitu peka dengan saudara seaqidahnya yang dizalimi.

"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang meluaskan (pemberian rezeki), dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan."

(Surah al Baqarah ayat 245)

Baca lagi >>

Saluran derma untuk Palestin

Mungkin ada diantara kita yang tercari-cari saluran untuk menderma kepada Palestin. Banyak atau sikit bukan jadi ukuran yang penting kita terlibat sama dalam usaha membantu mereka. Kalau bagi sikit seorang ramai-ramai nanti jadi banyak juga.

Saluran Pertama
Anda boleh menderma atas nama Pertubuhan Viva Palestina Malaysia di akaun Maybank 564324601324.

Saluran Kedua

Juga boleh menderma atas nama Aman Palestin di akaun bank berikut:
  • Bank Islam: 12029010047880
  • Maybank : 562263010787
  • CIMB Islamic : 12150001242107 
  • Bank Muamalat : 12070005133717
Jika perlukan resit pengecualian cukai maklumat lanjut ada di sini.

Buatlah semua ini kerana Allah kerana tanggungjawab kita sesama manusia akan dipersoalkan Allah kelak.
Baca lagi >>

Monday, November 5, 2012

13 sikap buruk orang kita

Senarai 13 sikap buruk orang kita ini saya ambil daripada status Facebook penceramah agama terkenal melalui blognya zaharuddin.net

Mungkin ada orang bersetuju dan tidak bersetuju dengan perkongsian ini tetapi saya sebenarnya tiada niat lain melainkan untuk kita sama-sama memperbaiki segala kelemahan yang ada pada diri.

13 sikap buruk yang disenaraikan ialah:
  1. Masih bermentaliti rendah.
  2. Malas bekerja.
  3. Mencari pelbagai alasan untuk banyak berehat.
  4. Banyak curi tulang waktu kerja.
  5. Tiada usaha untuk memantapkan ibadah dan ilmu.
  6. Masih 'gilakan' skim mudah dapat untung(skim cepat kaya).
  7. Mudah membuat konklusi tanpa fikir dan analisa sederhana.
  8. Terlalu berharap bantuan kerajaan untuk berjaya.
  9. Terlalu asyik bergaduh dan berdebat bab politik kepartian.
  10. Mentaliti mesti beri rasuah untuk berjaya.
  11. Malas mencari maklumat yang sohih.
  12. Malas mengisi borang yang diperlukan.
  13. Malas membantah kepada pihak yang betul(sebalik hanya mengomel di FB).
Semoga senarai ini dapat dijadikan muhasabah untuk kita jadi insan yang diredhai Allah di dunia dan akhirat.

"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka"
(Al-Baqarah : 201)
Baca lagi >>

Friday, November 2, 2012

10 perkara asas hebatkan Ikhwan Muslimin

Kehebatan ahli Ikhwanul Muslimin memang tidak dapat dinafikan melalui buku-buku yang diterbitkan menjadi rujukan pendakwah dan cerita-cerita yang didengar tentang pengorbanan mereka.

Kisah kejayaan mereka memenangi pilihanraya Mesir membuktikan lagi yang kumpulan ini bukan calang-calang dan telah membuka mata ramai orang termasuk diriku untuk mengetahui lanjut tentang mereka.

Tuan Abdul Latip yang membuat kajian untuk menyiapkan buku terbaru beliau sempat berkongsi kunci kehebatan dan kejayaan mereka.
Berikut adalah 10 perkara yang asas yang dipegang oleh ahli Ikhwanul Muslimin yang menjadikan mereka hebat:
  1. Akidah yang bersih (Salimul aqidah).
  2. Ibadah yang benar (sahihul ibadah).
  3. Tenaga yang kuat (qawwiyul jismi).
  4. Akhlak yang kukuh (matinul khuluq).
  5. Wawasan yang luas (mutsaqaful fikr).
  6. Urusan yang rapi ( munazhaman fi syu’unihi).
  7. Bersungguh sungguh terhadap diri sendiri ( Mujahidan li nafsihi).
  8. Mampu mencari nafkah sendiri (qadiran alal kasbi).
  9. Mengurus waktu dengan teratur (harishun al waqtihi).
  10. Bermanfaat pada orang lain (nafian li gharihi).
Dipetik daripada Facebook penulis novel sejarah terkemuka tanah air Tuan Abdul Latip.
Baca lagi >>