Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Sunday, May 26, 2013

10 Orang Wanita Dirogol Setiap Hari

Utusan Online dalam Facebook meraka mengatakan purata 10 orang gadis bawah umur dirogol setiap hari. Kenyataan ini amat mengejutkan kerana angka itu begitu besar bagi sebuah negara yang majoriti penduduknya Islam dan negara dalam keadaan aman.
Jangan anggap perkara ini kecil kerana setiap minda yang diset akan perkara itu tidak serius akan meningkatkan lagi kadar jenayah kerana kita tidak bertindak untuk menyelesaikannya.

Ayat seperti:

"Alah biasalah jenayah zaman sekarang."

"10 orang sehari tu sikit je sebab setahun baru 3 ribu lebih mangsa. rakyat Malaysia hampir 30 juta."

"Takkan polis nak pantau semua rakyat. Berapa ramai anggota polis seluruh malaysia jika dibandingkan dengan bilangan rakyat. Mana cukup."

Cakap-cakap seperti ini ialah cakap yang tidak elok untuk masa depan negara. Sebagai negara aman dan majoriti beragama Islam kita kena berfikir secara proaktif.

Penyelesaiannya untuk masalah ini sebenarnya sudah ada iaitu kita kembali kepada Islam. Ibu bapa perlu kembali kepada Islam dan terapkan nilai islam kedalam diri anak-anak sejak dari kecil. 

Biasanya kes rogol ini terjadi disebabkan perkara berikut:
  • Ibu bapa tidak hiraukan aktiviti anak seharian. Balik rumah pukul 1 pagi pun tidak mengapa.
  • Ibu bapa yang tidak pentingkan agama. Ada yang tidak pernah solat. Solat ikut suka hati. Baca Quran pun tak pandai atau lancar.
  • Ibu bapa selalu gaduh depan anak sebab tekanan kewangan ditambah pula iman kurang.
  • Ibu bapa tidak pentingkan pelajaran agama untuk anak sebab mereka fikir ilmu agama tiada masa depan. Malah galakkan anak untuk berhibur dan berfesyen tidak patuh syariah. Anak tidak solat pun tak kisah. Tidak pandai mengaji pun tidak mengapa.
  • Serahkan 100% untuk guru mendidik anak. Kalau anak bermasalah terus salahkan guru.
  • Terlampau manjakan anak sampai cikgu pun sanggup marah di sekolah. Terlampau mewahkan anak.
Mungkin ada banyak lagi senarai untuk kita fikirkan demi masa depan generasi muda. Segala punca ini perlu diteliti untuk diterapkan kepada setiap rumah keluarga yang ada di Malaysia ini. Jika mahu tahu perangai anaknya tengoklah ibu bapanya.
Baca lagi >>

Monday, May 20, 2013

Negara Ini Bapa Dia Yang Punya

Walaupun berpuluh universiti ada di Malaysia dan semakin ramai rakyat yang sudah berpendidikan tinggi tetapi sungguh sayang apabila masih ada pemimpin yang tidak berpolitik secara matang.

Mereka lebih suka berpolitik secara emosi dan seolah-olah ala diktator. Sesiapa yang tidak suka dengan pemimpin dihalaunya keluar negara. Inikah negara demokrasi?

Saya setuju dengan pandangan Profesor Mohammad Agus Yusoff:
Saya terkejut apabila DS Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari.
Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini? Apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada? Apakah perlembagaan negara kita menghalangnya? Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan. Tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik. Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur.
Sebagai menteri, DS Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegini. Sebagai menteri DS Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan. 
Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama. Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama.
- Profesor Mohammad Agus Yusoff -
Jangan bercakap seolah-olah negara ini bapa dia yang punya sebab gaji dia pun dibayar oleh hasil negara milik rakyat.

Jika mahu bercakap pasal halau menghalau ini saya setuju pula dengan Tazkirah Uztaz Azhar Idrus. Kalau kita tidak mahu ikut hukum Allah maka keluarlah daripada bumi Allah ini kerana Dia yang mencipta alam ini. Kalau kita suka buat kejahatan seperti menipu rakyat, rasuah dan korupsi silalah keluar daripada bumi Allah dan cipta bumi sendiri kalau rasa diri itu hebat sangat.
Baca lagi >>

Saturday, May 18, 2013

Hidup dengan fakta dan hidup dengan fitnah

Memang sudah jadi lumrah sesetengah orang suka sangat percaya dengan cerita karut berunsur fitnah walaupun di depan mata memang jelas ada kejahatan di pihak lain.

Biasanya golongan ini kurang pendidikan. Ini tidak bermaksud mereka perlu ada kelulusan universiti baru dikatakan berpendidikan. Cukuplah dengan suka membaca buku, memerhati dan berfikiran logik berasaskan fakta yang ada dan bukan cerita karut yang tiada bukti.

Video di bawah ini menunjukkan perbezaan antara orang yang hidup dengan fakta dan mereka yang percaya bulat-bulat dengan fitnah.

Antara jawapan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari untuk 2 soalan panas dalam video di atas:
“Kebebasan media tidak bermakna ada kebebasan untuk memfitnah,” ujarnya menerangkan kenapa Utusan Malaysia tidak dijemput membuat liputan sidang akhbar Kerajaan Negeri terutamanya oleh Ketua Menteri.
“Sudah cukup fitnah yang disiarkan Utusan Malaysia,” katanya sambil memberitahu bahawa akhbar milik UMNO itu terlalu kerap disaman fitnah oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
“Lim Guan Eng saman Utusan, Lim Guan Eng menang. Karpal Singh saman Utusan, Karpal Singh menang, Azan Ismail pun saman Utusan, Azan menang. Malah apabila dibuat rayuan pun Utusan kalah dalam rayuan itu,” katanya, disambut sorak sorai penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke wacana itu, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
Malah, menurutnya lagi, fitnah pemansuhan DEB seperti yang dibangkitkan penyoal kedua itu pun adalah antara saman terhadap Utusan Malaysia yang dimenangi Guan Eng.
“Saya rasa penyumbang dana terbesar untuk Pakatan Rakyat dalam PRU kali ini ialah Utusan Malaysia,” ujarnya berseloroh.
Inilah akibat apabila dunia penyiaran tidak bebas dan kerja mereka hanyalah penyebar fitnah. Dengan kata lain Agenda pembodohan rakyat berskala besar. Apabila TV dan Radio mampu menyediakan cerita dari kedua belah pihak maka rakyat akan jadi lebih cerdik dan ini yang pemerintah kapitalis yang mementingkan untung maksimum takut. Mereka takut rakyat cerdik.

Alhamdulillah aku dilahirkan dalam Islam dan kerja seharian aku untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga dan tidak terlibat dengan penyebaran fitnah. Sesungguhnya fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.
Baca lagi >>

Tuesday, May 14, 2013

Pemerintah Malaysia Terus Disindir

Di bawah adalah beberapa gambar memperli atau menyindir pemerintah Malaysia yang tidak telus dalam sistem demokrasi negara. Contoh tidak perlu pergi jauh cukuplah dengan melihat badan penyiaran seperti TV dan radio di Malaysia. Memang berat sebelah.

Akhbar taiwan menggambarkan Najib sebagai ahli silap mata kerana menipu undi dalam PRU13
Atau mungkin pemimpin kita sudah tiada perasaan malu apabila disindir sebegini kerana kebanyakan negara Islam memang terkenal dengan korupsi.

Memang betul kata seorang ustaz, apabila tubuh ini sudah dimasuki harta haram maka perasaan malu, rasa bersalah, takut dosa, takut Allah sudah tiada lagi.

Jangan lupa mereka yang bersekongkol dalam penipuan yang menyebabkan kemenangan pihak tertentu juga tidak akan terlepas di akhirat kelak. Lagi teruk, di dunia lagi sudah merasai bahang ketidakberkatan itu.

Sesungguhnya aku lebih rela hidup susah daripada hidup mewah tetapi dengan harta haram kerana ALLAH tidak pernah membiarkan hambanya yang taat mati kebuluran.
Baca lagi >>

Sunday, May 12, 2013

Jawapan Kepada Penyokong Parti Yang Buta Jawi

Terkejut, pelik, bingung dan lucu adalah antara perasaan yang aku alami sebaik sahaja terbaca kenyataan di satu Facebook Page penyokong Sebuah Parti. Lihat gambar di bawah (klik untuk besarkan):


Mungkin mereka ingat ini satu isu yang menarik dan dapat mengenakan parti lawan tetapi hakikatnya isu itu memakan diri.

Memang banyak komen yang mengutuk mereka tetapi ada satu tulisan yang sangat menarik mengenai fenomena ini dan mungkin ramai orang Islam terlepas pandang menyebabkan dakwah di Malaysia kepada kaum lain tidak rancak. 

Berpuluh-puluh tahun kita bersama tetapi masih ada prejudis antara satu sama lain sehinggalah satu gelombang kebangkitan rakyat timbul beberapa tahun lalu dan telah merobohkan benteng yang dibina pihak penguasa untuk menjayakan agenda PECAH dan PERINTAH.

Inilah tulisan yang membuka minda itu:
Kain lilit kepala pada seorang perempuan berbangsa Cina ada tulisan jawi dianggap suci. Perbuatan wanita itu dicemuh kerana katanya kain lilit kepala itu nanti akan diletak di merata tempat yang tak sepatutnya.
Jangan cerca individu yang menulis status itu kerana dia adalah gambaran 'world view' atau pandangan hidup melayu terhadap Islam. Pandangan hidup melayu yang tipikal tidak semestinya pandangan hidup muslim. Pandangan hidup melayu ke atas Islam meng'kudus'kan Islam lebih dari menghayati dan melaksanakan Islam dalam kehidupan.
Dilihatnya tulisan jawi itu siap ada tanda bacaan kasrah, dhammah, fathah, shadda (sabdu) dan sukun (tanda mati), tanween (tanda bacaan dua di atas, dua di bawah dan dua didepan). Ia serupa macam al-Quran tetapi dia bukan ayat Quran. Kerana apa yang tertulis ialah Partai Islam se Malaysia dalam tulisan jawi. Jadi pandangan hidup mengkuduskan Islam ini memuliakan jawi menyangka bahawa ia suci dan kudus sedangkan dia hanya tulisan bahasa Melayu dengan menggunakan huruf-huruf Arab.
Walaupun jawi itu adalah jelmaannya syiar Islam yang penting yang dimiliki oleh orang melayu di nusantara, namun melayu nasionalis yang 'mengkuduskan Islam ini juga yang memansuhkan atau menggantikan dengan tulisan rumi apabila tulisan rumi diangkat sebagai tulisan rasmi Semenanjung Tanah Melayu dalam Kongres bahasa di Seremban pada tahun 1956, satu tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan, ya sebelum orang melayu mengecapi kemerdekaan tanah air dari penjajahan barat, warisan melayu yang menobatkan syiar (lambang) Islam dalam tulisannya dihapuskan.
Inilah gerakan tajdid (pembaharuan atau peremajaan) Islami yang perlu ditekankan kepada melayu Islam. Gejala ini bukan satu yang terpencil. Psyche atau pemahaman bawah sedar yang mengkuduskan islam tanpa penghayatan sebenar islam itu bolih dilihat juga pada reaksi-reaksi orang melayu terhadap beberapa perlakuan lain yang diberi liputan meluas. Dua contoh yang mendapat perhatian besar ialah bersumpah dengan al-Quran dan bersumpah depan Kaabah.
Orang melayu yang mengkuduskan Islam ini merasa sumpahan dengan al-Quran punya nilai yang tinggi kerana dia bersumpah dengan Quran. Walhal tiada ditetapkan dalam peraturan bersumpah itu dengan al-Quran. Sumpah dalam peruntukan syariat hanya dengan perintah qadhi setelah syarat-syarat bersumpah itu diperakui oleh syariat (bolih atau tidak bolihnya bersumpah dalam perbicaan di mana hukum sumpah yang asalnya adalah makruh, bukan harus). Bahkan bersumpah dengan al-Quran adalah bid'ah kerana ia menyamai sumpah orang-orang Kristian. Dalam qanun Melakapun diletakkan peraturan sumpah depan qadhi ini ialah dengan pihak yang bersumpah memegang mimbar masjid - bukan memegang al-Quran.
Kalau demikian qudusnya bersumpah dengan Quran apatah lagi bersumpah depan kaabah! lagilah nilai sumpah itu naik beberapa darjat. Mungkin ini kali pertama sumpah yang didokumenkan berlaku di depan Kaabah (samada ia benar-benar tulen atau seperti yang didakwa oleh ramai sebagai video edit bukan isu di sini). Kita nak tegaskan sumpah yang diterima dalam Islam hanya sumpah yang diperintahkan oleh qadhi (hakim) yang akan memutuskan bolih tidaknya bersumpah, siapa patut bersumpah dan apa-apa syaratnya (lihat keterangan khusus dari blog Ust Zaharuddin Abd Rahman). Tak perlu melakukannya depan Kaabah kerana ia tidak menambah nilai sumpah itu. Bahkan dia boleh menjadi bid'ah yang mendatangkan dosa sekiranya ia dianggap sebagai tuntutan yang disyariatkan pula oleh umat yang jahil.
Isunya bukan berburuk sangka kepada orang yang bersumpah, yang dipersoalkan ialah dia bersumpah tidak patuh syariat dan wajib kita sebagai umat Islam menegur perbuatan meng'kudus'kan Islam tetapi sebenarnya perbuatan itu ditolak oleh Islam. Ia ibarat mengerjakan solat dengan khusyu tetapi tidak dilakukan dengan menepati rukun solat sebagaimana yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW. Apakah solat semacam itu diterima? Pastinya solat semacam itu ditolak kerana sah atau keabsahan sesuatu amal ibadah yang khusus bukan sahaja ditentukan oleh niat tetapi dilakukan mengikut syariat.
Inilah satu amal yang wajib kita beri perhatian dan jihad meluruskan salah faham ini adalah keutamaan umat islam pada hari ini. ia mesti ditekankan dalam silibus fardhu ain agar kita melahirkan umat Islam yang bukan sahaja mengkuduskan Islam tetapi menghayatinya dengan lengkap dan sempurna sesuai dengan tabiat Islam yang komprehensif itu. Akhirnya kita kena pastikan apakah amal yang kita lakukan itu patuh syariat sebagai umat Nabi Muhammad SAW.

Terjaganya kesucian Islam itu bukan dengan menghalang kaum bukan Islam mendekati Islam, memasuki masjid malah membaca al-Quran tetapi terjaganya Islam itu melalui dakwah memperkenalkan Islam kepada kaum bukan Islam seramai mungkin.
Baca lagi >>

Senarai Ahli Parlimen PAS PRU 2013

Di bawah ini senarai ahli parlimen PAS untuk Pilihan Raya Umum Malaysia ke-13:

1  - Marang : Datuk Seri Abdul Hadi Awang
2  - Kuala Nerus : Khairuddin Aman Razali
3  - Kuala Terengganu : Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah
4  - Dungun : Wan Hassan Mohd Ramly
5  - Pokok Sena : Datuk Mahfuz Omar
6  - Parit Buntar : Dr. Mujahid Yusof
7  - Bukit Gantang : Ustaz Idris Ahmad
8  - Temerloh : Nasrudin Hassan
9  - Hulu Langat : Che Rosli Che Mat
10 - Shah Alam : Khalid Samad
11 - Kota Raja : Dr. Siti Mariah Mahmud
12 - Sepang : Mohamed Hanipa Maidin
13 - Tumpat : Datuk Kamaruddin Jaafar
14 - Pengkalan Chepa : Dr Izani Hussin
15 - Kota Bharu : Datuk Takiyuddin Hassan
16 - Pasir Mas : Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
17 - Rantau Panjang : Siti Zailah Mohd Yusoff
18 - Kubang Kerian : Ahmad Baihaki Atiqullah
19 - Bachok : Ahmad Marzuk Shaary
20 - Pasir Puteh : Dr Nik Mazian Nik Mohamad
21 - Kuala Krai : Dr. Mohd Hatta Ramli
Baca lagi >>

Terus Berdiri Harapan Masih Ada

Tidak dinafikan beberapa hari selepas tahu keputusan PRU 13 diri ini terasa lemah memikirkan adakah Malaysia masih ada harapan untuk berubah. Bukan kecewa kerana PR tewas untuk menawan Malaysia tetapi sedih kerana BN menang dengan menipu.

Tulisan ini bukan untuk senaraikan penipuan mereka. Cukuplah pendedahan yang dibuat di laman sosial Facebook dan yang berlaku di tempat aku sendiri. Walaupun seribu bukti ditunjukkan kepada mereka yang tidak sukakan keadilan dan kebenaran, mereka tetap menafikannya.

Tulisan seorang sahabat di bawah ini memberi sedikit sebanyak untuk aku terus maju kehadapan mengejar masa depan Malaysia yang lebih baik.
Aku telah menukil kenyataan sebelum ini, bagi memujuk pejuang-pejuang agamaNya ini, untuk terus berdiri, seolah aku masih kuat.
Hakikatnya, aku masih merasa jujuran jernih ini menyapa pipi. Sangat-sangat tidak dapat dibayangkan bagaimanalah perasaan para pejuang yang secara langsung berada di medan, andai aku hanya sebagai pemerhati jauh sebegini pun sudah dirasakan terlalu berat hakikat ini.
Perubahan yang sangat-sangat dinantikan seolah-olah lenyap dan hilang begitu sahaja. Tidak dapat dinafikan, sinar harapan untuk melihatkan masa depan tanah air tercinta ke arah yang lebih baik dirasakan seolah-olah kelam seketika.
Hatta sekalipun begitu, di dalam lubuk sanubari berbisik, aku sebenarnya gembira. Aku tidak menyeka jujuran jernih itu berseorangan, malah aku bersama mereka. Aku ada mereka. Allah telah kurniakan serta hadiahkan aku sahabat-sahabat yang menyintai tertegaknya agamaNya. Allah tunjukkan aku para sahabat yang harus aku dampingi bersama. Untuk melangkah seiringan satu perjuangan. Sebuah kurniaan yang terindah.
Namun, aku terkenang pada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Masihkah kami akan terus bersama mereka di masa yang mendatang? Melihat pada susuk tubuh mereka. Umur yang telah lanjut usia. Walau dicemuh, dituduh, dihina, mereka tabah dan terus berjuang di landasan-Nya. 
Bagaimana nanti? Aku masih anak muda. Kelak, mereka pasti tidak bersama kita lagi.
Aku jadi pilu. Walau aku tidak pernah bertemu mereka, walau aku tidak benar-benar mengenali mereka. Dengan hanya melihat wajah mereka, syahdu ketenangan menyelinap menyapa. Sebuah anugerah yang terindah. Inilah hebatnya aura pencinta-Nya.
Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah, aku seakan turut merasa, bahawa kau beri aku peluang menyelami jiwa-jiwa pejuang-pejuang yang bersama baginda Rasulullah s.a.w tika perginya baginda meninggalkan mereka suatu ketika dahulu. Betapa hiba, sayu dan pilu. Sungguh betapa mereka kasih pada kekasih-Mu. 
Begitu jua aku, betapa aku tidak bersedia untuk bertemu saat itu.
Nukilan :  Muhammad Hariadi Nawawi

Menang atau kalah tidak akan dipersoalkan Allah kelak tetapi sampai tahap mana usaha yang kita lakukan itu akan ditanya. Kemenangan sebenar adalah kemenangan di akhirat kelak kerana di sana kekal abadi.
Baca lagi >>

Pesan Buat Mereka Yang Menipu Rakyatnya

Ada terbaca di dinding Facebook seorang rakan yang memberikan peringatan kepada kita untuk tidak menggadaikan akhirat demi kesenangan dunia.
Peringatan daripada Ustaz tersebut:
Bila video lucah, melompat TV3 nak siarkan. Melompat pakar-kapar akademik berat sebelah nak bincangkan di media. Melompat utusan nak buat berita. Tapi bila berkait dengan video hantu dalam pilihanraya baru-baru ini, eh tak ada langsung pulak liputan besar-besaran. Menyepi sesepi mayat mati. 
Buat sahabat-sahabat dalam BN, belum terbuka lagikah hati kalian untuk merenungi penipuan yang sangat dahsyat yang ditaja oleh kerajaan BN pada hari ini? Atau kalian telahpun mengunci dan memasak hati kalian untuk setia kepada BN selama-lamanya walau apa keadaan sekalipun?
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: 
Daripada Jundab bin Abdullah al-Bajali, beliau telah berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: "Sesiapa yang terbunuh di bawah bendera kebutaan dalam keadaan dia menyeru kepada perkauman atau dia membantu perkauman, maka kematiannya adalah satu kematian JAHILIYYAH". (Riwayat al-Imam Muslim)
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: 
Daripada Ma'qil bin Yasar al-Muzani, beliau telah berkata: Sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Tidak ada seorangpun hamba yang Allah memintanya untuk menjaga rakyat, dia mati pada hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengHARAMkan syurga buatnya". (Riwayat al-Imam Muslim)
Bukankah saya telah menyampaikan kepada mereka wahai Allah? Ya Allah, saksikanlah.
Oleh Ustaz Hairul Nizam
Ingatlah yang dunia ini hanya sementara dan akhirat itu kekal abadi. Menyesal di dunia ada jalan pulang tetapi menyesal di akhirat tiada sudahnya.
Baca lagi >>

Nasib Husam Musa

Dunia perjuangan ini penuh onak, duri dan berliku-liku. Hanya orang yang ikhlas sahaja akan kekal pilih jalan yang sama walaupun diduga pelbagai ujian.

Antara pejuang yang diuji oleh Allah pada PRU 13 ialah Datuk Husam Musa.
Antara ujian yang dihadapi beliau ialah:

1. Kematian ibu sebelum hari mengundi.

2. Kalah di Parlimen Putrajaya.

3. Namanya tidak dilantik menjadi Exco Kelantan walaupun beliau adalah Exco paling berjaya pada sesi lepas. Antara pencapaian beliau ialah:
  • Perkenalkan Skim Takaful Kifalah.
  • Perkenakan Dinar Emas.
  • Ambil alih tanah Felcra dan tubuhkan syarikat PMBK Sawit Bhd bawah Kerajaan Negeri.
  • Pertumbuhan Bandar Baru Tunjong.
  • Wujudkan Anak syarikat Carigali Emas dan Mineral - Az Zahab.
  • Memulakan projek LEBURAYA RAKYAT.
  • Memulakan projek STADIUM BUKIT MERBAU.
  • Mempelopori Tuntutan ROYALTI Kelantan.
Sumber : Royalti

Isu tidak melantik Husam sebagai Exco sebenarnya tiada kaitan dengan masalah tikam belakang sebab memang namanya diletakkan paling atas selepas diputuskan Ustaz Mohamad Yaakob sebagai Menteri Besar Kelantan.

Ianya berkaitan masalah lain yang tidak elok disebutkan di sini untuk menjaga sensitiviti. Mungkin boleh siasat sendiri atau bertanya kepada mereka yang rapat.

Didoakan semoga Datuk Husam bersabar dan bakat kepimpinannya tidak disia-siakan Exco baru Kerjaan Kelantan.

Janganlah jadi macam Hasan Ali yang meracau disebabkan tidak dipilih untuk memegang jawatan semasa muktamar PAS. Janganlah juga jadi macam Ustaz Nasarudin Mat Isa yang keliru selepas gagal mempertahankan jawatan tertinggi dalam PAS.

Pejuang sebenar tidak memerlukan jawatan untuk terus berjuang. Mereka hanya perlukan hati yang Ikhlas.
Baca lagi >>

Husam Musa Antara Pemimpin Contoh

Tajuk ini perlu juga saya tulis walaupun Pilihanraya Umum sudah berlalu kerana cerita yang bakal dikongsikan ini sangat jarang dibaca dan berlaku dikalangan pemimpin UMNO yang terkenal dengan pilih bulu dan korup.

Berikut adalah pengakuan orang lama mengenai Husam Musa:
Nama saya Muzamir seorang ahli Umno (lama) sejak tahun 1985 dan Umno (baru) sehingga kini di dalam Umno Bahagian Setiawangsa.
Saya bekerja sebagai seorang Pengurus Besar di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur yang bergiat di dalam bidang pembinaan, pembangunan hartanah dan perladangan.
Pada tahun 2010 syarikat majikan saya menghadapi  kesulitan di dalam satu projek di Kelantan di mana kelulusan bagi pengeluaran saki-baki balak di dalam tanah yang akan diusahakan untuk tanaman sawit secara usahasama dengan sebuah badan kerajaan Negeri telah bertindih dengan kelulusan kepada syarikat lain.
Kelulusan pertama telah diberikan kepada syarikat majikan saya dan kelulusan kepada syarikat lain tersebut dikeluarkan sebulan selepas itu.
Apa yang ingin saya kongsikan adalah bagaimana peranan YB Husam Musa (Calon PAS untuk Parlimen Putrajaya) di dalam menyelesaikan masalah tersebut dengan cekap, adil  dan tanpa “memilih bulu”.
Apabila saya menemuinya di pejabat  (tanpa sebarang temujanji !!), beliau meneliti surat saya dan mendengar penjelasan saya. Setelah bertanya beberapa soalan pokok dan tanpa bertanya latarbelakang politik majikan saya, beliau berjanji akan menyiasat permasalahan ini  dan akan menyelesaikan dengan cara yang terbaik. (Majikan saya adalah seorang ahli UMNO yang berjawatan Bendahari UMNO Bahagian).
Selepas dua minggu, saya mendapat panggilan telefon secara terus dari YB Husam yang menyatakan permasalahan tersebut telah diselesaikan dan meminta saya menghubungi Jabatan yang berkenaan di Kota Bharu.
Alhamdulillah syarikat saya mendapat semula konsesi tersebut dan syarikat yang lagi satu akan diberikan konsesi lain.
Kecekapan, ketegasan dan keadilan YB Husam amatlah terpuji. Saya datang berjumpa beliau tanpa temujanji.  Beliau tidak mengenali saya tetapi saya telah dilayan dengan baik dan tiada “bayaran” dikenakan.
Apabila saya mendapat berita yang YB Husam akan bertanding di Parlimen Putrajaya, jantung saya bergetar. Suatu tindakan berani dan berwasasan. Manusia yang begini memang layak menjadi pemimpin. 
Sekiranya saya boleh menukar kawasan mengundi sekarang, saya akan memilih Putrajaya dan memberi undi saya untuk YB Husam. Bukan untuk membalas budi tetapi memang selayaknya YB Husam mewakili penduduk Putrajaya dan menjadi barisan pemimpin Negara.
Doa saya agar YB Husam dipilih oleh warga Putrajaya dan Pakatan Harapan Rakyat Berjaya membentuk Kerajaan baru yang bersih.
Yang benar
HAJI MUZAMIR HAJI HARON
660126-08-6297
Tel : 019-278 8330
Sumber daripada HarakahDaily
Baca lagi >>

Barisan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2013


PORTFOLIO AHLI MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2013:

1) YAB TUAN LIM GUAN ENG
Ketua Menteri
Pengerusi Jawatankuasa:-
·         Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah,
·         Penerangan,
·         Warisan & Hal Ehwal Agama Bukan Islam

2) YB TUAN MOHD RASHID BIN HASNON
Timbalan Ketua Menteri I
Pengerusi Jawatankuasa:
·         Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa,
·         Koperasi & Perhubungan Masyarakat,
·         Pembangunan Keusahawanan

3) YB PROF. DR. P. RAMASAMY A/L PALANISAMY
Timbalan Ketua Menteri II
Pengerusi Jawatankuasa:
·         Perancangan Ekonomi Negeri,
·         Pendidikan & Sumber Manusia,
·         Sains, Teknologi Dan Inovasi

4) YB TUAN CHOW KON YEOW
Pengerusi Jawatankuasa:
·         Kerajaan Tempatan,
·         Pengurusan Lalulintas,
·         Tebatan Banjir

5) YB DATO' ABDUL MALIK BIN ABUL KASSIM
Pengerusi Jawatankuasa:
·         Hal Ehwal Agama Islam,
·         Perdagangan Dalam Negeri
·         Hal Ehwal Pengguna

6) YB PUAN CHONG ENG
Pengerusi Jawatankuasa:
·         Belia & Sukan,
·         Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti
·         Kesenian

7) YB TUAN LIM HOCK SENG
Pengerusi Jawatankuasa:
·         Kerja Raya,
·         Utiliti (Tenaga, Air, Telekom)
·         Pengangkutan (Udara, Laut, Keretapi)

8) YB TUAN LAW HENG KIANG
Pengerusi Jawatankuasa:
·         Pembangunan Pelancongan
·         Kebudayaan

9) YB TUAN PHEE BOON POH
Pengerusi Jawatankuasa:
·         Kebajikan,
·         Masyarakat Penyayang,
·         Alam Sekitar

10) YB TUAN JAGDEEP SINGH DEO A/L KARPAL SINGH
Pengerusi Jawatankuasa:
·         Perancangan Bandar & Desa
·         Perumahan

11) YB DR. AFIF BIN BAHARDIN
Pengerusi Jawatankuasa:
·         Pertanian & Industri Asas Tani,
·         Pembangunan Luar Bandar
·         Kesihatan
Baca lagi >>

KPOP Lebih Penting Dari Masa Depan Negara

Sesungguhnya Najib berjaya mendidik rakyatnya untuk sukakan hiburan tanpa menghiraukan perkara yang lebih penting iaitu masa depan negara. Kalau Rasulullah masih ada sekarang tentu dia sedih melihat umatnya menjadi sebegini rupa.

Memang betul setengah pengkaji mengatakan kita sekarang sedang berada di dalam zaman penuh fitnah dan menghampiri hari kiamat. Lihatlah komen anak muda di bawah:


Tiada seinci, seekor kuman mahupun sebesar zarah perbuatan, tindakan, pemikiran kita yang tiada kaitan dengan agama. Kerana setiap perkara atau perbuatan kita akan dikira samada pahala atau dosa.


Nama terpaksa ditutup bagi menjaga keaiban mereka. Berdasarkan nama dan gambar sudah tentu mereka melayu Islam.

Insaflah wahai anak muda kerana kelak Allah akan bertanya apa yang kamu telah buat semasa hidup sihat di dunia. Walaupun Ilmu setinggi langit tetapi pemikiran dan akhlak yang tidak mengikut sunnah Rasulullah tidak kemana jua kerana masa depan kita yang sebenar lagi kekal ialah Akhirat kelak.
Baca lagi >>

Thursday, May 9, 2013

Senarai Exco Negeri Kelantan Baru 2013



Portfolio exco baru kerajaan negeri Kelantan 2013:

1. Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi dan Kewangan yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan.

2. Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Tanah, Pelaburan dan Sumber Asli yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan.

3. Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Abdul Fattah Hj Mahmood.

4. Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi.

5. Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Anuar Tan bin Abdullah.

6. Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau yang dipengerusikan oleh YB Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud.

7. Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan yang dipengerusikan oleh YB Dato' Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman.

8. Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat yang dipengerusikan oleh YB Haji Hanifa bin Ahmad.

9. Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi yang dipengerusikan oleh YB Dato' Dr Mohamed Fadzli bin Dato Haji Hassan.

10. Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat yang dipengerusikan oleh YB Hajah Mumtaz bin Md Nawi.

11. Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO yang dipengerusikan oleh YB Dr Ramli bin Mamat.
Baca lagi >>

Thursday, May 2, 2013

Bangunan Kerajaan di Putrajaya Disewa?

Sebelum ini ada pernah dengar cerita yang semua bangunan kerajaan di Putrajaya disewa. Apabila difikir balik aku rasa macam tak logik sebab takkanlah kerajaan tak mampu nak buat bangunan sendiri sebab kuasa ke atas tanah beserta dana kerjaan sendiri sudah cukup untuk bangunkan bangunan sendiri.

Lagipun daripada disewa lagi jimat buat sendiri bangunan. Mustahil hasil negara tak cukup untuk buat bangunan sendiri.

Akan tetapi kenyataan Dato Husam Musa ini mengejutkan aku dan menyedarkan aku bahawa dakwaan yang aku dengar sebelum ini betul!

Jimat RM27 bilion henti sewaan bangunan kerajaan di Putrajaya
PUTRAJAYA: Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mencadangkan supaya Kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan amalan sewaan bangunan kerajaan dari Putrajaya Holding.
Tindakan ini katanya, sekaligus dapat menjimatkan RM1.7 bilion setahun atau RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang.
Dalam sidang akhbarnya di Pusat Media PAS di Presint 9, sebentar tadi Husam memberitahu perkara ini sudah dibangkitkan beliau di Parlimen semenjak 2001 lagi.
Pendedahan Husam ini agak mengejutkan rakyat kerana ramai yang tidak tahu, semua bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi PM dan TPM disewa dari Putrajaya Holdings.
Menurut Husam, sewaan bangunan kerajaan ini bermula pada tahun 2003 secara berperingkat-peringkat mengikut bangunan yang disiapkan.
Husam berkata, Putrajaya Holding telah mendapat tanah kerajaan secara percuma dan untuk pembinaan Putrajaya telah mengeluar bon-bon yang dijamin Kerajaan Malaysia.
"Dengan penjimatan wang sebanyak ini, kita boleh laksanakan banyak program untuk pembangunan yang memberi manfaat kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia," ujarnya.
Agak kurang cerdik bagi kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat membuat keputusan begini tetapi memang sangat cerdik bagi kerajaan yang mementingkan kroni untuk buat keputusan sewaan bangunan ini. Fikirkan dan pilih demi masa depan negara!
Baca lagi >>