Sunday, May 26, 2013

10 Orang Wanita Dirogol Setiap Hari

Utusan Online dalam Facebook meraka mengatakan purata 10 orang gadis bawah umur dirogol setiap hari. Kenyataan ini amat mengejutkan kerana angka itu begitu besar bagi sebuah negara yang majoriti penduduknya Islam dan negara dalam keadaan aman.
Jangan anggap perkara ini kecil kerana setiap minda yang diset akan perkara itu tidak serius akan meningkatkan lagi kadar jenayah kerana kita tidak bertindak untuk menyelesaikannya.

Ayat seperti:

"Alah biasalah jenayah zaman sekarang."

"10 orang sehari tu sikit je sebab setahun baru 3 ribu lebih mangsa. rakyat Malaysia hampir 30 juta."

"Takkan polis nak pantau semua rakyat. Berapa ramai anggota polis seluruh malaysia jika dibandingkan dengan bilangan rakyat. Mana cukup."

Cakap-cakap seperti ini ialah cakap yang tidak elok untuk masa depan negara. Sebagai negara aman dan majoriti beragama Islam kita kena berfikir secara proaktif.

Penyelesaiannya untuk masalah ini sebenarnya sudah ada iaitu kita kembali kepada Islam. Ibu bapa perlu kembali kepada Islam dan terapkan nilai islam kedalam diri anak-anak sejak dari kecil. 

Biasanya kes rogol ini terjadi disebabkan perkara berikut:
  • Ibu bapa tidak hiraukan aktiviti anak seharian. Balik rumah pukul 1 pagi pun tidak mengapa.
  • Ibu bapa yang tidak pentingkan agama. Ada yang tidak pernah solat. Solat ikut suka hati. Baca Quran pun tak pandai atau lancar.
  • Ibu bapa selalu gaduh depan anak sebab tekanan kewangan ditambah pula iman kurang.
  • Ibu bapa tidak pentingkan pelajaran agama untuk anak sebab mereka fikir ilmu agama tiada masa depan. Malah galakkan anak untuk berhibur dan berfesyen tidak patuh syariah. Anak tidak solat pun tak kisah. Tidak pandai mengaji pun tidak mengapa.
  • Serahkan 100% untuk guru mendidik anak. Kalau anak bermasalah terus salahkan guru.
  • Terlampau manjakan anak sampai cikgu pun sanggup marah di sekolah. Terlampau mewahkan anak.
Mungkin ada banyak lagi senarai untuk kita fikirkan demi masa depan generasi muda. Segala punca ini perlu diteliti untuk diterapkan kepada setiap rumah keluarga yang ada di Malaysia ini. Jika mahu tahu perangai anaknya tengoklah ibu bapanya.

No comments: