Saturday, May 18, 2013

Hidup dengan fakta dan hidup dengan fitnah

Memang sudah jadi lumrah sesetengah orang suka sangat percaya dengan cerita karut berunsur fitnah walaupun di depan mata memang jelas ada kejahatan di pihak lain.

Biasanya golongan ini kurang pendidikan. Ini tidak bermaksud mereka perlu ada kelulusan universiti baru dikatakan berpendidikan. Cukuplah dengan suka membaca buku, memerhati dan berfikiran logik berasaskan fakta yang ada dan bukan cerita karut yang tiada bukti.

Video di bawah ini menunjukkan perbezaan antara orang yang hidup dengan fakta dan mereka yang percaya bulat-bulat dengan fitnah.

Antara jawapan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari untuk 2 soalan panas dalam video di atas:
“Kebebasan media tidak bermakna ada kebebasan untuk memfitnah,” ujarnya menerangkan kenapa Utusan Malaysia tidak dijemput membuat liputan sidang akhbar Kerajaan Negeri terutamanya oleh Ketua Menteri.
“Sudah cukup fitnah yang disiarkan Utusan Malaysia,” katanya sambil memberitahu bahawa akhbar milik UMNO itu terlalu kerap disaman fitnah oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
“Lim Guan Eng saman Utusan, Lim Guan Eng menang. Karpal Singh saman Utusan, Karpal Singh menang, Azan Ismail pun saman Utusan, Azan menang. Malah apabila dibuat rayuan pun Utusan kalah dalam rayuan itu,” katanya, disambut sorak sorai penyokong Pakatan Rakyat yang hadir ke wacana itu, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
Malah, menurutnya lagi, fitnah pemansuhan DEB seperti yang dibangkitkan penyoal kedua itu pun adalah antara saman terhadap Utusan Malaysia yang dimenangi Guan Eng.
“Saya rasa penyumbang dana terbesar untuk Pakatan Rakyat dalam PRU kali ini ialah Utusan Malaysia,” ujarnya berseloroh.
Inilah akibat apabila dunia penyiaran tidak bebas dan kerja mereka hanyalah penyebar fitnah. Dengan kata lain Agenda pembodohan rakyat berskala besar. Apabila TV dan Radio mampu menyediakan cerita dari kedua belah pihak maka rakyat akan jadi lebih cerdik dan ini yang pemerintah kapitalis yang mementingkan untung maksimum takut. Mereka takut rakyat cerdik.

Alhamdulillah aku dilahirkan dalam Islam dan kerja seharian aku untuk mencari rezeki yang halal untuk keluarga dan tidak terlibat dengan penyebaran fitnah. Sesungguhnya fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

No comments: