Kisah

Kisah manusia yang berjiwa muda dan bebas...

Sunday, May 12, 2013

Pesan Buat Mereka Yang Menipu Rakyatnya

Ada terbaca di dinding Facebook seorang rakan yang memberikan peringatan kepada kita untuk tidak menggadaikan akhirat demi kesenangan dunia.
Peringatan daripada Ustaz tersebut:
Bila video lucah, melompat TV3 nak siarkan. Melompat pakar-kapar akademik berat sebelah nak bincangkan di media. Melompat utusan nak buat berita. Tapi bila berkait dengan video hantu dalam pilihanraya baru-baru ini, eh tak ada langsung pulak liputan besar-besaran. Menyepi sesepi mayat mati. 
Buat sahabat-sahabat dalam BN, belum terbuka lagikah hati kalian untuk merenungi penipuan yang sangat dahsyat yang ditaja oleh kerajaan BN pada hari ini? Atau kalian telahpun mengunci dan memasak hati kalian untuk setia kepada BN selama-lamanya walau apa keadaan sekalipun?
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: 
Daripada Jundab bin Abdullah al-Bajali, beliau telah berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: "Sesiapa yang terbunuh di bawah bendera kebutaan dalam keadaan dia menyeru kepada perkauman atau dia membantu perkauman, maka kematiannya adalah satu kematian JAHILIYYAH". (Riwayat al-Imam Muslim)
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: 
Daripada Ma'qil bin Yasar al-Muzani, beliau telah berkata: Sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Tidak ada seorangpun hamba yang Allah memintanya untuk menjaga rakyat, dia mati pada hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengHARAMkan syurga buatnya". (Riwayat al-Imam Muslim)
Bukankah saya telah menyampaikan kepada mereka wahai Allah? Ya Allah, saksikanlah.
Oleh Ustaz Hairul Nizam
Ingatlah yang dunia ini hanya sementara dan akhirat itu kekal abadi. Menyesal di dunia ada jalan pulang tetapi menyesal di akhirat tiada sudahnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...