Sunday, May 12, 2013

Terus Berdiri Harapan Masih Ada

Tidak dinafikan beberapa hari selepas tahu keputusan PRU 13 diri ini terasa lemah memikirkan adakah Malaysia masih ada harapan untuk berubah. Bukan kecewa kerana PR tewas untuk menawan Malaysia tetapi sedih kerana BN menang dengan menipu.

Tulisan ini bukan untuk senaraikan penipuan mereka. Cukuplah pendedahan yang dibuat di laman sosial Facebook dan yang berlaku di tempat aku sendiri. Walaupun seribu bukti ditunjukkan kepada mereka yang tidak sukakan keadilan dan kebenaran, mereka tetap menafikannya.

Tulisan seorang sahabat di bawah ini memberi sedikit sebanyak untuk aku terus maju kehadapan mengejar masa depan Malaysia yang lebih baik.
Aku telah menukil kenyataan sebelum ini, bagi memujuk pejuang-pejuang agamaNya ini, untuk terus berdiri, seolah aku masih kuat.
Hakikatnya, aku masih merasa jujuran jernih ini menyapa pipi. Sangat-sangat tidak dapat dibayangkan bagaimanalah perasaan para pejuang yang secara langsung berada di medan, andai aku hanya sebagai pemerhati jauh sebegini pun sudah dirasakan terlalu berat hakikat ini.
Perubahan yang sangat-sangat dinantikan seolah-olah lenyap dan hilang begitu sahaja. Tidak dapat dinafikan, sinar harapan untuk melihatkan masa depan tanah air tercinta ke arah yang lebih baik dirasakan seolah-olah kelam seketika.
Hatta sekalipun begitu, di dalam lubuk sanubari berbisik, aku sebenarnya gembira. Aku tidak menyeka jujuran jernih itu berseorangan, malah aku bersama mereka. Aku ada mereka. Allah telah kurniakan serta hadiahkan aku sahabat-sahabat yang menyintai tertegaknya agamaNya. Allah tunjukkan aku para sahabat yang harus aku dampingi bersama. Untuk melangkah seiringan satu perjuangan. Sebuah kurniaan yang terindah.
Namun, aku terkenang pada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Masihkah kami akan terus bersama mereka di masa yang mendatang? Melihat pada susuk tubuh mereka. Umur yang telah lanjut usia. Walau dicemuh, dituduh, dihina, mereka tabah dan terus berjuang di landasan-Nya. 
Bagaimana nanti? Aku masih anak muda. Kelak, mereka pasti tidak bersama kita lagi.
Aku jadi pilu. Walau aku tidak pernah bertemu mereka, walau aku tidak benar-benar mengenali mereka. Dengan hanya melihat wajah mereka, syahdu ketenangan menyelinap menyapa. Sebuah anugerah yang terindah. Inilah hebatnya aura pencinta-Nya.
Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah, aku seakan turut merasa, bahawa kau beri aku peluang menyelami jiwa-jiwa pejuang-pejuang yang bersama baginda Rasulullah s.a.w tika perginya baginda meninggalkan mereka suatu ketika dahulu. Betapa hiba, sayu dan pilu. Sungguh betapa mereka kasih pada kekasih-Mu. 
Begitu jua aku, betapa aku tidak bersedia untuk bertemu saat itu.
Nukilan :  Muhammad Hariadi Nawawi

Menang atau kalah tidak akan dipersoalkan Allah kelak tetapi sampai tahap mana usaha yang kita lakukan itu akan ditanya. Kemenangan sebenar adalah kemenangan di akhirat kelak kerana di sana kekal abadi.

No comments: