Monday, June 24, 2013

Bukti Manusia Tidak Serik

Sebelum ini saya bersikap biasa sahaja dengan apa yang berlaku. Tetapi selepas tengok video ini rasa amat geram dengan sikap sesetengah manusia. Pentingkan diri sendiri, buat kerja nak mudah dan paling teruk menyusahkan penduduk beberapa buah negara.

Sila lihat video ini:
Jujur saya ingat punca jerebu ialah kebakaran hutan yang berlaku secara tidak sengaja ditambah pula dengan cuaca panas dan kering.

Selepas tengok video di atas rupanya berpunca daripada manusia yang mementingkan untung wang tanpa mahu memikirkan kaedah selamat untuk buat pembangunan. Mereka nampak tidak serik dengan akibat dan kesan perbuatan itu kepada manusia lain. Wang membutakan mereka.
Sedih kan apabila berlaku pada negara yang dikatakan majoriti dan ramai penganut Islam. Memang betul kalau ada orang kata, jika orang bukan Islam tengok cara hidup, pengurusan dan sikap orang Islam di negara-negara majoriti Islam, maka mungkin mereka tidak akan tertarik dengan Islam.

Mujurlah kekuatan agama Islam itu sendiri terletak pada ajarannya, sumber Al-Quran, Sunnah dan sejarahnya. Maka kalau kita tengok kebanyakan orang bukan Islam mudah terpengaruh untuk memeluk Islam selepas mereka membaca Al-Quran terjemahan untuk mencari kebenaran dalam hidup beragama.

Sedih tengok majoriti negara Islam sekarang. Dengan pemimpinnya, pengurusannya dan sikap sesetengah rakyatnya. Itu tidak termasuk ajaran sesat lagi.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk berubah dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

No comments: