Saturday, June 8, 2013

Kenapa Rusia Membantu Syria?

Rusia merupakan antara negara yang banyak memberi sumbangan kepada rejim Basyar begitu juga dengan Iran semenjak perang di Syria.

Perisikan tentera Turki melaporkan bahawa tiga buah lagi kapal perang (destroyer-class combat ship) Russia dalam perjalanan menuju Syria. Ia dijangka berlabuh di pelabuhan Tortous, Syria.  
Kapal tersebut mengandungi bantuan senjata, ketenteraan dan sebagainya.

Kenapa Rusia bersungguh-sungguh membantu Syria? Mungkin 5 sebab di bawah ini boleh membuka mata kenapa Syria di bawah regim Assad begitu penting buat Rusia:
  1. Kawan Lama - Keluarga Assad sebenarnya telah berkawan lama dengan Rusia. Sejak Hafez al-asaad (1971-2000) memegang tampuk pemerintahan Rusia lagi, hubungan ini telah bermula.
  2. Bekalan Senjata - Sebanyak $5 billion nilai bekalan senjata sedang dan telah dibuat antara Rusia dan Syria. $1 billion telah dibekalkan pada tahun 2011 dan tinggal $4 billion lagi masih dalam kontrak untuk bekalan.
  3. Hubungan perdagangan - Diangarkan sekitar $2 billion hubungan dagangan antara 2 negara itu untuk keperluan asas. Kebanyakan syarikat gergasi di Rusia juga melabur di Syria dalam sektor pembangunan bandar, bekalan kuasa dan pelancongan dianggarkan bernilai $19.4 billion.
  4. Pelabuhan Tartus - satu-satunya pengkalan tentara laut Russia di Mediterranean. Mula diduduki pada tahun 1971 dan mendapat persetujuan untuk menjadi pengkalan tentara Russia secara kekal pada tahun 2008. Dikatakan seramai 30,000 rakyat Rusia ada di Syria. bayangkan jika kerajaan baru Russia nanti bersikap mesra negara barat?
  5. Status negara kuasa besar terhebat - Rusia telah lama inginkan negara Rusia dikenali sebagai nombor satu sebagai kuasa besar. Sebab itu kebanyakan keputusan sering bertentangan dengan kehendak pihak Barat. Nampaknya, Timur Tengah menjadi medan untuk pertembungan antara 2 blok kuasa besar.
Antara kemanusiaan dan kepentingan sudah tentu kepentingan strategik lebih diutamakan. Tidak hairan sebab Rusia sendiri sebuah negara yang tidak mementingkan agama. Mereka melihat dunia ini sebuah syurga walaupun mereka tahu hakikatnya tidak kekal.

No comments: