Sunday, June 23, 2013

Perjanjian Kem David Yang Merugikan

Perjanjian Kem David (Camp David Accord) telah dimetrai antara Mesir (Presiden Anwar Sadat) dan Israel (Perdana Menteri Menachem Begin) pada 17 September 1978.
Menachem Begin, dan Anwar Sadat mengapit Jimmy Carter (Presiden US) Semasa perjanjian Kem David
Isi utama Perjanjian Kem David adalah seperti berikut:
“The permanent borders between Egypt and Israel are the international and recognized boundary lines between Egypt and the territory of Palestine, which was formerly under mandate, as explained on the map (annex ND2), without this affecting the question of the states of the Gaza Strip. The two parties declare that these borders are inviolable and that each will respect the territorial integrity of the other.”
Terjemahan:
"Sempadan tetap di antara Mesir dan Israel adalah garisan sempadan antarabangsa dan telah diiktiraf antara Mesir dan Wilayah Palestin, yang dahulunya di bawah mandat, seperti yang dijelaskan di atas peta (lampiran ND2), ini tanpa melibatkan persoalan negeri-negeri di Semenanjung Gaza. Kedua-dua pihak mengakui bahawa sempadan ini tidak boleh dicabul dan masing-masing akan menghormati integriti wilayah yang lain."
 Antara isi lain perjanjian ini ialah:
"Israel be given the right of free passage through the Suez Canal and its openings in the Suez Gulf, the Mediterranean, Straits of Tiran and Aqaba Gulf.”
Terjemahan:
"Israel diberi hak untuk menggunakan terusan Suez dan pintu masuk di Teluk Suez, Laut Mediterranean, Selat Tiran dan Teluk Aqaba (lihat peta pada garisan putus-putus merah)."
Sebagai timbal balas kepada Mesir yang bersetuju dengan perjanjian ini maka Israel juga bersetuju untuk:
  • Menyerahkan balik semenanjung Sinai dengan mengundurkan angkatan bersenjatanya. 
  • Orang awam yang terdiri daripada warga Israel seramai 4500 orang juga dikerahkan untuk mengosongkan Semenanjung Sinai.
  • Mengurangkan had kawalan 3km daripada sempadan Mesir.
  • Mengembalikan medan minyak Mesir di Abu-Rudeis yang boleh dimajukan demi ekonomi Mesir.
  • Menjamin laluan bebas antara Mesir dengan Jordan.
Jika dilihat perjanjian ini menguntungkan kedua-dua pihak Israel dan Mesir.

Sebagai contoh Israel telah mendapat kebebasan kawalan politik terhadap Palestin dan akses kawasan sekitarnya seperti Telus Suez tanpa gangguan musuh yang berjiran iaitu Mesir.

Perjanjian ini juga telah menguntungkan Mesir daripada sudut ekonomi kerana peperangan dengan Israel tanpa sokongan mencukupi dari negara-negara Arab telah menghancurkan keseluruhan ekonomi Mesir terutama sektor perlancongan.

Siapa yang rugi sebenarnya?

Jawapannya ialah penduduk Palestin yang rugi. Segala bantuan masuk melalui Mesir menjadi semakin sukar sebab ada halangan hubungan diplomatik antara Mesir dan Israel. Kita dapat lihat semasa zaman Presiden sebelum Morsi.

Israel juga bebas melakukan apa sahaja kepada tanah dan rakyat Palestin tanpa tekanan jiran yang agak kuat seperti Mesir. Boleh lihat apa yang berlaku kepada Semenanjung Gaza sekarang.

Bukan setakat tanah sekeliling Gaza malah perairan Gaza juga turut dikawal. Semenanjung Gaza boleh digambarkan sebagai penjara terbesar di dunia, dikepung kiri, kanan, atas, daratan dan air.

Untung rugi saudara seagama kita di Palestin sebenarnya berpunca daripada kita dan sikap negara-negara arab sekeliling yang lebih selesa riba tangan melihat dari jauh daripada menghulurkan tangan bersatu menentang kezaliman kepada rakyat Palestin secara tekanan politik.

No comments: