Saturday, June 29, 2013

Saddam Dikenang Sebagai Hero?

Saya ada terbaca di Facebook tentang satu artikel yang memuji Saddam dan mengatakan jatuhnya Saddam itu disebabkan perancangan Syiah dan barat.
Ya, memang tidak dinafikan ada betulnya dakwaan itu. Tidak dinafikan juga Saddam Hussein ada banyak jasanya secara tidak lansung kepada dunia Islam.

Tetapi kita tidak boleh lupa ada juga kekejaman dan kezaliman yang dibuat sepanjang dia jadi pemerintah.

Kalau kita ingin kenang Saddam sebagai hero Islam kita tidak boleh nilai separuh-separuh. Kena nilai ilmu agamanya, penghayatan agamanya dan amalan agamanya juga. Semua itu boleh dilihat sebab dia seorang pemimpin bukan rakyat biasa.

Kebaikan dan kejahatan itu tidak boleh ada bersama dalam diri pemimpin Islam sebenar.

Sebab itu nak jadi pemimpin Islam yang dikenang hero dan hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi ini bukan mudah.

Kena ada ilmu dan amalan agamanya kuat. Kalau nak ambil separuh-separuh akan jadi macam inilah. Senang-senang dimanipulasi barat.

Ya pihak barat dan Syiah memang merancang kejatuhan Saddam. Tetapi kalau Saddam itu sendiri kuat secara dalaman, tentunya bukan mudah untuk dijatuhkan.

Walau apapun, satu je kita kena ingat. Jatuh dan bangkit pemerintahan Islam itu terletak di tangan Allah, bukan barat. Kalau Allah jatuhkan pemimpin tu mesti ada sebab dan kalau Allah naikkan pemimpin itu pun mesti ada sebab atau hikmah yang kita tidak tahu.

Tuesday, June 25, 2013

Antara Strategi Salahuddin Al-Ayyubi Bebaskan Baitul Maqdis

Musuh dalam selimut di dalam mana-mana negara, organisasi dan kumpulan adalah amat bahaya. Kita tidak tahu mereka musuh sebab di hadapan kita mereka berlakon sebagai rakan setia.

Mereka mengaku mereka Islam, mereka mengaku berjuang untuk Islam, mereka mengaku pembela Islam sedangkan hakikat sebenar ialah mereka sangat membenci Islam bahkan sanggup membunuh orang Islam. Itulah Syiah.

Zaman Rasulullah SAW juga wujud golongan sebegini dikalangan para sahabat dan mereka dipanggil golongan munafiq.

Selepas Rasulullah wafat timbul pula golongan murtad dan langkah yang diambil oleh Khalifah Islam yang pertama Saidina Abu Bakar RA ialah memerangi golongan ini.

Dalam sejarah mana-mana pemimpin Islam yang hebat mengetuai pasukan tentera. Antara strategi awal yang mereka rangka ialah mengesan dan menghapuskan musuh dalam selimut.
Contohnya Salahuddin Al-Ayyubi di dalam peperangan Salib. Antara strategi awalnya ialah memerangi dan mengalahkan kerajaan Fatimiah (Syiah) di Mesir sebelum mengembeling tenaga bagi menghadapi tentera salib untuk membebaskan Baitul Maqdis.

Kenapa Salehuddin Al-Ayyubi tidak bekerjasama dengan Syiah yang mengaku Islam untuk mebebaskan Palestin. Sebabnya Salahuddin Ayyubi tahu siapa Syiah, kesesatan mereka dan bahaya mereka kepada Islam.

Salehuddin tidak buta sejarah dan tidak mudah diperbodohkan Syiah dengan lakonan mereka. Sebab itu Salahuddin ditakdirkan Allah untuk menang dalam peperangan membebaskan Palestin.

Salahuddin tahu, jika bersatu dengan Syiah membebaskan Palestin, golongan ini boleh menjadi barah kepada pasukan tentera Islam.

Kita yang berada pada zaman kejatuhan pemerintahan Islam dan belum pernah memenangi mana-mana peperangan membela nasib umat Islam di seluruh dunia masih bertanya kenapa perlu perangi Syiah?

Jawapannya sudah ada dalam sejarah. Apa yang berlaku di Syria sekarang boleh memeberikan gambaran sebenar siapa Syiah ini. Mungkin juga Allah suruh kita beringat dengan golongan ini.

Memetik kata-kata Dr.Hafidzi Mohd Noor:
"Sesungguhnya sejarah itu berulang. Apa yang berlaku hari ini adalah bayangan masa lalu. Maka ayuhlah kaum muslimin. Tetap teguhlah di atas jalan ini, jalan akidah yang salimah kerana itu sahajalah jalan yang membawa kemenangan sebenar."

Monday, June 24, 2013

Bukti Manusia Tidak Serik

Sebelum ini saya bersikap biasa sahaja dengan apa yang berlaku. Tetapi selepas tengok video ini rasa amat geram dengan sikap sesetengah manusia. Pentingkan diri sendiri, buat kerja nak mudah dan paling teruk menyusahkan penduduk beberapa buah negara.

Sila lihat video ini:
Jujur saya ingat punca jerebu ialah kebakaran hutan yang berlaku secara tidak sengaja ditambah pula dengan cuaca panas dan kering.

Selepas tengok video di atas rupanya berpunca daripada manusia yang mementingkan untung wang tanpa mahu memikirkan kaedah selamat untuk buat pembangunan. Mereka nampak tidak serik dengan akibat dan kesan perbuatan itu kepada manusia lain. Wang membutakan mereka.
Sedih kan apabila berlaku pada negara yang dikatakan majoriti dan ramai penganut Islam. Memang betul kalau ada orang kata, jika orang bukan Islam tengok cara hidup, pengurusan dan sikap orang Islam di negara-negara majoriti Islam, maka mungkin mereka tidak akan tertarik dengan Islam.

Mujurlah kekuatan agama Islam itu sendiri terletak pada ajarannya, sumber Al-Quran, Sunnah dan sejarahnya. Maka kalau kita tengok kebanyakan orang bukan Islam mudah terpengaruh untuk memeluk Islam selepas mereka membaca Al-Quran terjemahan untuk mencari kebenaran dalam hidup beragama.

Sedih tengok majoriti negara Islam sekarang. Dengan pemimpinnya, pengurusannya dan sikap sesetengah rakyatnya. Itu tidak termasuk ajaran sesat lagi.

Semoga kita semua diberi kekuatan untuk berubah dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Sunday, June 23, 2013

Perjanjian Kem David Yang Merugikan

Perjanjian Kem David (Camp David Accord) telah dimetrai antara Mesir (Presiden Anwar Sadat) dan Israel (Perdana Menteri Menachem Begin) pada 17 September 1978.
Menachem Begin, dan Anwar Sadat mengapit Jimmy Carter (Presiden US) Semasa perjanjian Kem David
Isi utama Perjanjian Kem David adalah seperti berikut:
“The permanent borders between Egypt and Israel are the international and recognized boundary lines between Egypt and the territory of Palestine, which was formerly under mandate, as explained on the map (annex ND2), without this affecting the question of the states of the Gaza Strip. The two parties declare that these borders are inviolable and that each will respect the territorial integrity of the other.”
Terjemahan:
"Sempadan tetap di antara Mesir dan Israel adalah garisan sempadan antarabangsa dan telah diiktiraf antara Mesir dan Wilayah Palestin, yang dahulunya di bawah mandat, seperti yang dijelaskan di atas peta (lampiran ND2), ini tanpa melibatkan persoalan negeri-negeri di Semenanjung Gaza. Kedua-dua pihak mengakui bahawa sempadan ini tidak boleh dicabul dan masing-masing akan menghormati integriti wilayah yang lain."
 Antara isi lain perjanjian ini ialah:
"Israel be given the right of free passage through the Suez Canal and its openings in the Suez Gulf, the Mediterranean, Straits of Tiran and Aqaba Gulf.”
Terjemahan:
"Israel diberi hak untuk menggunakan terusan Suez dan pintu masuk di Teluk Suez, Laut Mediterranean, Selat Tiran dan Teluk Aqaba (lihat peta pada garisan putus-putus merah)."
Sebagai timbal balas kepada Mesir yang bersetuju dengan perjanjian ini maka Israel juga bersetuju untuk:
  • Menyerahkan balik semenanjung Sinai dengan mengundurkan angkatan bersenjatanya. 
  • Orang awam yang terdiri daripada warga Israel seramai 4500 orang juga dikerahkan untuk mengosongkan Semenanjung Sinai.
  • Mengurangkan had kawalan 3km daripada sempadan Mesir.
  • Mengembalikan medan minyak Mesir di Abu-Rudeis yang boleh dimajukan demi ekonomi Mesir.
  • Menjamin laluan bebas antara Mesir dengan Jordan.
Jika dilihat perjanjian ini menguntungkan kedua-dua pihak Israel dan Mesir.

Sebagai contoh Israel telah mendapat kebebasan kawalan politik terhadap Palestin dan akses kawasan sekitarnya seperti Telus Suez tanpa gangguan musuh yang berjiran iaitu Mesir.

Perjanjian ini juga telah menguntungkan Mesir daripada sudut ekonomi kerana peperangan dengan Israel tanpa sokongan mencukupi dari negara-negara Arab telah menghancurkan keseluruhan ekonomi Mesir terutama sektor perlancongan.

Siapa yang rugi sebenarnya?

Jawapannya ialah penduduk Palestin yang rugi. Segala bantuan masuk melalui Mesir menjadi semakin sukar sebab ada halangan hubungan diplomatik antara Mesir dan Israel. Kita dapat lihat semasa zaman Presiden sebelum Morsi.

Israel juga bebas melakukan apa sahaja kepada tanah dan rakyat Palestin tanpa tekanan jiran yang agak kuat seperti Mesir. Boleh lihat apa yang berlaku kepada Semenanjung Gaza sekarang.

Bukan setakat tanah sekeliling Gaza malah perairan Gaza juga turut dikawal. Semenanjung Gaza boleh digambarkan sebagai penjara terbesar di dunia, dikepung kiri, kanan, atas, daratan dan air.

Untung rugi saudara seagama kita di Palestin sebenarnya berpunca daripada kita dan sikap negara-negara arab sekeliling yang lebih selesa riba tangan melihat dari jauh daripada menghulurkan tangan bersatu menentang kezaliman kepada rakyat Palestin secara tekanan politik.

Saturday, June 22, 2013

Kenapa Mesir Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Syria Tetapi Tidak Dengan Israel?

Saya sendiri tertanya-tanya kenapa Presiden Mesir Dr.Morsi tidak putuskan hubungan diplomatik dengan Israel sedangkan dengan Syria boleh putuskan begitu sahaja? Kalau nak kira kedua-dua negara adalah dipimpin oleh mereka yang gilakan darah manusia.

Soalan itu saya diamkan untuk mencari jawapan oleh kerana isu lebih besar dan kejam di Syria sedang terjadi. Mujurlah Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor telah menjawab persoalan itu dalam laman Facebooknya.
Ini adalah jawapannya:
Hubungan diplomatik di antara Mesir dan Syria tidak sama dengan perjanjian damai 'Camp David Accord' di antara Mesir dan Israel.
Adalah hak mana-mana negara yang berdaulat untuk mengadakan mana-mana hubungan diplomatik dengan negara lain, dan berhak pula untuk memutuskan atau menamatkan hubungan tersebut. 
Tidak ada pihak ketiga yang boleh memaksa atau menghalang untuk sebuah negara menjalin atau memutuskan hubungan diplomatik dengan negara lain.
Hubungan yang wujud di antara Mesir dan Israel bukan hubungan diplomatik biasa tetapi hubungan yang terhasil dari sebuah perjanjian antarabangsa Camp david Accord yang ditanda tangani oleh Mesir (Anwar Sadat) dan Israel (Menachem Begin) pada tahun 1978 yang di'broker' atau dimudah cara (lebih tepat diawasi/dipantau) oleh US. 
Ia adalah satu perjanjian yang mengikat dan meletakkan Mesir sebagai sebuah negara yang tidak akan menggugat keselamatan Israel. 
Ia adalah satu perjanjian yang dikuatkuasakan oleh US dan dipantau oleh EU. Ia adalah produk sejarah ketika Mesir berada di bawah telunjuk dan menjadi proxy US di timur tengah dengan package ekonomi yang hanya menguatkan cengkaman pemerintahan totalitarian (dictatorship) sejak dari zaman Anwar Sadat sehingga tumbangnya Hosni Mubarak di tangan rakyat Mesir.
Ketika Presiden Morsi memenangi Pilihanraya Presiden, antara kenyataan awal beliau ialah berkaitan dengan perjanjian damai Mesir dan Israel. 
Beliau dengan tegas mengatakan bahawa meskipun Mesir mengakui Perjanjian Camp David namun ia tidak bermakna Mesir baru bersetuju dengan syarat perjanjian yang merugikan Mesir dan Palestin. 
Beliau berikrar untuk melihat Mesir bebas dari belenggu yang mengikat batang lehernya. Namun ia tidak boleh diselesaikan hanya dengan membatalkan perjanjian tersebut secara sehala. 
InsyaAllah kesempatan-kesempatan politik dan perubahan sosio-politik timur tengah satu hari nanti akan melihat perjanjian damai Camp David dibatalkan atau syarat-syaratnya dipinda sehingga Mesir mempunyai hak untuk menentukan hala tuju hubungan Mesir -Israel termasuklah kemungkinan besar memutuskan hubungan diplomatik dengan entiti zionis tersebut.
Untuk buat perubahan itu bukan mudah. Seperti apa yang berlaku di Turki daripada zaman Kamal Atarturk yang sangat sekular kepada zaman Pemimpin yang Pro Islam sebenarnya telah mengorbankan banyak nyawa dan menghadapi pelbagai cabaran politik.

Mesir yang baru setahun jagung dipimpin oleh presiden yang Pro Islam ini memerlukan banyak masa untuk berubah. Percaturan politik perlu bijak dan halus supaya tidak diambil peluang oleh mereka yang memusuhi negara yang dipimpin oleh pemimpin Islam yang adil kepada rakyatnya.

Sumber: Dr.Hafidzi

Friday, June 21, 2013

Ciri-Ciri Penganut Syiah

Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa ciri yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
  1. Tidak solat Jumaat. Meskipun mereka solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia terus berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.
  2. Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
  3. Pengikut Syiah jarang solat berjemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.
  4. Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu/tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud.
  5. Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wuduknya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.
  6. Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah. 
  7. Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingati Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein Radhiyallahu anhum.
  8. Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman dan majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin (Isteri-isteri Nabi) Radhiyallahu anhum.
  9. Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.
  10. Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
  11. Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
  12. Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
  13. Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
  14. Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
Kesimpulannya, ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang kami sebutkan di atas masih banyak ciri-ciri yang lain sehingga tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan semuanya di sini. Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka merah padam jika anda mencela Khomeini dan Sistani, tapi bila anda mengutuk Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah, atau sahabat-sahabat yang lain radhiyallahu anhum tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan di wajahnya

Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran dan inilah hukuman bagi sesiapa sahaja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kemaskini : Syria Care

Thursday, June 20, 2013

Syiah Sesat Perlu Masuk Silibus

Setuju sangat dengan idea Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor untuk memasukkan silibus tentang Syiah dan bezanya dengan Agama Islam sebenar. Pendedahan peringkat awal ini sangat penting untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia.
Berikut adalah ulasan penuh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor:
Anak-anak umat Islam harus didedahkan dengan Syiah di peringkat awal lagi untuk menyelamatkan akidah umat.
Maka saya sarankan supaya dimasukkan dalam silibus JQAF (Jawi, Quran, B.Arab dan Fardhu Ain) tentang agama Syiah dan pertentangannya dengan Islam. Untuk peringkat rendah sentuh yang mudah sahaja. Umpamanya ciri Syiah seperti berikut:
1) Memperkenalkan sahabat-sahabat besar Rasulullah SAW dan dedahkan bahawa Syiah telah menghina mereka bahkan mengkafirkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA dan Saidina Umar RA. 
2) Perkenalkan Abu Hurairah sebagai sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis Nabi SAW dan Syiah memusuhi beliau.
3) Perkenalkan Aishah RA sebagai seorang ummul mukminin yang faqih (tempat umat Islam bertanya hukum hakam) dan Syiah menuduh Aishah berlaku keji (berzina).
4) Terangkan apa hukum orang yang menuduh kafir para sahabat yang dijamin syurga oleh Allah SWT. 
5) Terangkan apa itu taqiyah berbohong yang menjadi pegangan agama Syiah sedangkan berbohong itu dosa besar dalam Islam.
6) Terangkan apa itu mutaah yang menjadi amalan Syiah sedangkan mutaah itu tidak lain dari perzinaan yang diharamkan.
Untuk pengajian umum/Malaysia pula saya sarankan supaya senarai agama-agama yang dianuti di Malaysia ini diperincikan seperti berikut: 
Ini akan mendedahkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam dan Syiah adalah dua anutan yang berbeza (Masukkan keputusan fatwa kebangsaan 1996 yang menghukum Syiah sebagai sesat dan ditolak). Begitu juga 20 fatwa negeri (9 diwartakan dan 11 tidak diwartakan).
- Islam.
- Buddha.
- Hindu.
- Kristian.
- Syiah.
- Bahai.
- Qadiyani.
- agama-agama pribumi yang pelbagai.
Semoga idea ini dilaksanakan secepat mungkin kerana saya sendiri sangat terkejut tengok video yang tersebar yang menunjukkan agama Syiah telah tersebar di dalam Malaysia ini.

Mungkin niat orang yang masuk Syiah itu untuk mendalami Islam tetapi mereka telah tersilap berguru dengan mereka yang sesat. Didoakan semoga mereka yang tersesat itu kembali kepangkal jalan.

Wednesday, June 19, 2013

Bukti Syiah Keji 3

Mungkin ada yang persoal tentang semua bukti yang saya berikan ialah apa yang berlaku di Syria. Apa kaita dengan Syiah secara menyeluruh?

Untuk pengetahuan, peperangan di Syria telah menunjukkan belang sebenar siapa mereka. Iran, Hizbu Syaitan dan penganut Syiah di Iraq turun beramai-ramai membantu Regim Basyar Assad. Ulama Muktabar dunia pun telah mengeluarkan fatwa tentang isu Syria ini.

Jadi sebab itulah saya letakkan tajuk 'Syiah Keji' supaya kita rakyat Malaysia tidak menganut fahaman Syiah yang sesat ini.

Bukti kali ini adalah tentang video yang menunjukkan aksi tentera Bashar membunuh Sunni (lelaki yang telah uzur) dengan cara kejam!
Kedua-dua tentera telah berkali-kali menggunakan kata-kata kesat untuk menghina beliau. Mereka telah menembak kaki beliau dan memaksanya untuk bergerak.

Mereka telah memaksa lelaki yang telah uzur ini untuk menyembah dan melutut kepada mereka, tetapi beliau enggan! Andainya beliau mampu berkata “Mustahil bagi aku untuk menitiskan air mata untuk kalian dan tidak mungkin sama sekali untuk aku menyembah kalian! Sama seperti mustahil bagi kalian untuk menyentuh langit dan berada di bulan”.

Tetapi beliau menyimpan saja kata-kata terakhir itu didalam hatinya. Beliau berterusan merayu kepada Allah memberikannya rahmat dan kematian. Setelah mereka penat menghina seorang tokoh agama yang digelar Al-Aroor dengan menggunakan kata-kata kesat, untuk memuaskan hati mereka, mereka telah membunuh lelaki ini.

Mulut mereka telah bosan melemparkan penipuan dan kata-kata kesat. Kemudian, dengan tangan yang kotor mereka menembak menembusi sekujur tubuh lelaki yang lemah ini. Tentera Syiah ini telah berulang kali menembak lelaki ini sehingga mereka puas sebagai hadiah untuk Bashar dan Alawii dan Syiah !

Malangnya mereka tidak sedar bahawa Allah telah memberikan kepada beliau kematian dan rahmat sebagai hadiah untuk beliau. Tuhan memberkati para Syuhada dan roh mereka. Beliau merupakan ayah kita (Sunni). Beliau merupakan seorang yang berani dan akan selama-lamanya dalam ingatan kita.. Seorang Syahid! InshaAllah..

Ini adalah videonya:

Sumber : Syria Care

Tuesday, June 18, 2013

Kahwin Gadis Syria Satu Gimik Kesedaran

Tawaran untuk mengahwini gadis Syria heboh diperkatakan dalam FB. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, "Setiap amalan itu bermula dengan niat..."
Kalau betul niat kita kerana Allah apa salahnya kan.

Tetapi untuk isu kahwin gadis Syria ini ada agenda disebalik cerita. Terima kasih dan tahniah kepada pemikir idea ini.

Apa yang saya nampak ialah isu ini dimainkan supaya rakyat Malaysia lebih sedar tentang isu yang melanda Syria sekarang. Apa tidaknya, sebaik sahaja isu ini timbul, boleh dikatakan kebanyakan orang yang bergelar lelaki akan tulis di FB masing-masing, komen, Share dan Like.

Dengan kata lain apabila isu ini keluar. Orang yang pada mulanya tidak ambil kisah tentang nasib Syria akan mula bertanya, akan mula membaca dan akan mula mencari info.

Jangan terkejut mungkin selepas ini lagi ramai orang akan menderma kepada Syria dan membantu apa yang termampu.

Mungkin ada betulnya wujud orang yang kahwin dengan gadis Syria. Tetapi untuk isu ini, saya sangat bersyukur dengan tersebarnya isu kahwin gadis syria dengan mahar yang murah, lebih ramai orang mula sedar krisis kemanusiaan di Syria dan tahu akan kekejaman rejim Basyar Assad yang dibantu sekutunya Syiah dari Hizbu Syaitan dan negara Iran.

Kadang-kadang untuk menyedarkan orang ramai tentang sesuatu isu tidak cukup dengan cerita biasa. Kena ada tokok tambah cerita sampingan sesuai dengan mood rakyat Malaysia yang sukakan hiburan.

p/s: Isu ini juga diharapkan agar memberi kesedaran kepada ibu bapa yang meletakkan mahar untuk anak gadisnya yang tinggi supaya menurunkan sedikit mahar.

Monday, June 17, 2013

Himpunan Balas Rakyat Turki Sokong PM Erdogan

Beberapa minggu lepas Turki antara negara yang tersohor untuk pergi melancong di Eropah telah dikejutkan dengan rusuhan yang telah merosakkan harta benda awam. Rusuhan itu yang berlansung selama berhari-hari akhirnya telah disuraikan oleh pihak berkuasa.

Demonstrasi itu pada mulanya dibuat oleh pencinta alam sekitar untuk menentang pembinaan Shopping Mall di Gezi Park. Untuk maklumat lanjut mengenai cerita sebenar boleh klik sini.

Isu ini terus dimainkan media barat yang dengki akan negara turki dari sudut ekonomi. Punca utama ekonomi Turki jadi sangat maju adalah budaya rasuah dalam kerajaan ditekan dan dihapuskan semasa zaman pemerintahan PM Erdogan.

Berikut adalah gambar perhimpunan aman yang menunjukkan sokongan majoriti rakyat Turki kepada PM Erdogan.
Jelajah menggunakan bas
Himpunan aman di Ankara
Himpunan aman di Istanbul
Untuk koleksi gambar-gambar himpunan boleh klik sini.

Tindakan bijak oleh PM Erdogan. Semoga Turki mengembalikan kegemilangan negara Islam.

Disebalik Rusuhan Di Turki

Apa sebab protes ini berlaku? 

Adakah Rakyat Turki terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi? Harga barang naikkah? Sistem pilihanraya yang tidak bebas? Media yang tidak adil? Tak cukup makankah? Atau rakyat Turki ditindas oleh PM Erdogan? Jika itulah sebabnya, maka kita silap.

Setelah Parti AKP menguasi Turki 11 tahun yang lepas, pelbagai siri kejayaan yang dibawa oleh Perdana Menterinya, Erdogan. Sebelum AKP menguasai Turki, KDNK pendapatan perkapita hanya $3,500 pada tahun 2002 (sebelum AKP menguasai), tetapi telah meningkat kepada $10,000 pada tahun ini.

Eksport pula meningkat $114 bilion daripada $36 bilion pada tahun 2002 dan dijangka melebihi $500 bilion pada tahun 2023. 206 empangan baru telah dibina, setiap bandar mempunyai universiti dan jumlah pelancong melawat Turki meningkat dari tahun ke tahun.

Di bawah pemerintahan AKP, ekonomi negara telah berkembang dengan sangat pesat. Hutang dengan IMF telah habis dibayar. Kekayaan negara diagihkan dengan saksama kepada rakyat. Nah, sekarang apa punca sebenar protes?
Bagaimana protes bermula?

Protes yg bermula di Gezi Park adalah protes pencinta alam sekitar. Ia bermula pada 28 Mei 2013. Mereka tak nak Gezi Park bertukar menjadi Shopping Mall. Kemudian mereka occupy Gezi Park. Semasa mereka occupy tempat tu, FRU Turki menghalau mereka keluar daripada Gezi Park. Apabila diorang main polis sentri wan tu jaga, geng-geng occupy mendapat simpati daripada kumpulan lain.

Golongan kiri & hardliner sekular masuk campur. Dan mereka membawa isu masing-masing yang mereka tak puas hati dengan polisi kerajaan. Daripada isu alam sekitar, ia merebak kepada isu campur tangan Turki ke atas Syria, isu alkohol, isu minoriti Kurdis yg tertindas, isu larangan bercium di tempat awam dan lain-lain lagi. Daripado demo protes serta occupy yg mahu mengekalkan keaslian Gezi Park oleh geng-geng pencinta alam sekitar ia telah dihijack oleh pemimpin yang ada hidden agenda.

Sila lihat video ini:

Apa yang hebatnya Gezi Park (Dataran Taksim) ini? 

Mari kita mengimbau sejarahnya. Gezi Park adalah antara tempat yang menjadi tarikan bagi pelancong Eropah yang ke Turki dan merupakan 'the heart of istanbul'. Terletak di bahagian Eropah Istanbul dan terkenal dengan pusat membeli-belah, Hotel mewah, pub dan disco. Ia juga tekenal dengan panggilan 'The new Paris'.

Pada era pemerintahan Turki Uthmaniyyah, kom uniti 'Levantines' (Latin Christians) menjadikan tempat ini sebagai pusat intelektual dan perdagangan. Mereka terus tinggal di kawasan Taksim, sehingga ke hari ini. Namun setelah kejatuhan kerajaan turki uthmaniyyah, barisan pemuda Turki (young Turks) menjadikan tempat ini sebagai tempat meraikan kejayaan pembentukkan negara Republik Turki hasil contoh pembentukkan negara Republik Perancis. Hari ini, ia menjadi pusat budaya Ataturk (Atatürk Kültür Merkez). Jadi tidak hairanlah tempat ini melata dengan maksiat.

'Jasa' Ataturk

Harus diingat, setelah kejatuhan Khilafah Turki Uthmaniyyah, Mustafa Kamal Ataturk telah mengubah wajah Turki 100%, menjadi negara sekular. Beliaulah orang yang bertanggungjawab menukar Masjid Aya Sofia menjadi muzium, membunuh alim ulamak, memberi arahan agar azan ditukar ke bahasa Turki, memusuhi agama Islam.

Dunia Islam semua maklum akan perkara ini. Walau sudah lama si lahanat ini mati, masih ada rakyat Turki yang menyanjung beliau. Semasa aku melawat Turki bulan Februari tahun ini, ternyata gambar Ataturk berada di sana sini. Di billboard, di sekolah, di pejabat, di jabatan, pejabat kerajaan bahkan di mana-mana sahaja.

Jasa AK Parti (AKP)

Setelah AKP memerintah Turki pada tahun 2002, mereka menyambung dasar sekular Ataturk. Mereka tidak mahu ia diubah secara drastik. Ia sudah sebati dengan rakyat Turki. Mereka fokus yang utama dahulu. Tidak boleh buat semua, jangan tinggal yang lain. Majukan ekonomi, tingkatkan pendapatan rakyat Turki, majukan pengangkutan awam di sana dan pelbagai lagi usaha dilakukan oleh AKP untuk membantu rakyat.

Setelah mendapat mandat demi mandat dalam pilihanraya, proses Islamisasi dilakukan sedikit demi sedikit atas nama Human Right dan Demokrasi. Telah lama Turki cuba diwajahkan dengan Tamadun Yunani dan Tamadun Rom. Ataturk tidak mahu rakyat Turki tahu Islam pernah berkembang di sini, mendominasi 2/3 dunia, memiliki seorang pemimpin yang hebat, Sultan Muhammad Al-Fateh.

Dendam kesumat beliau kepada kesultanan Uthmaniyyah sangat dahsyat, ia terus diimani oleh pengikutnya sehingga kini. Maka, Erdogan mengubah perkara ini. Beliau mahu rakyat Turki tahu Bangsa Turki pernah menjadi hebat kerana Islam. Maka, dibangunkan Muzium Panorama 1453. Beliau mahu rakyat mencontohi Sultan Muhammad Al-Fateh setelah lama baginda dipinggirkan oleh bangsa Turki sendiri.

Islamisasi Negara Turki

Semua yang dilakukan oleh Erdogan melalui Parti AKP ini adalah mahu mengetengahkan Idea Noe-Ottoman atau Islamisasi Negara Turki. Menurut Cikpuan Nadia Baharudin:
"Erdogan nak islamicized Turki tapi parti haluan kiri tak suka sebab pengharaman arak dan usaha menghapuskan sekularism. Media barat pula ambil kesempatan dengan manipulate kisah sebenar. Erdogan bukan bina Mall, tapi lebih kepada pusat Ottoman yang telah dihapuskan oleh Ataturk. Traffic terlalu berat di Taksim.
Jadi Erdogan nak buat 2 layer of Taksim square. Laluan atas untuk pedestrian dan underground untuk kereta. Istanbul dah terlalu padat dengan penduduk. Ini cara mengurangkan kesesakan dan dalam masa sama, pusat Ottoman ini akan menjadi tarikan pelancong utama selepas Sultan Ahmet Square. Erdogan jugak dah janji untuk tanam balik pokok yg ditebang. So, apa kes nak mengamuk?
Dalam masa sama, the so called pencinta alam ini rosakkan harta benda. Secara logiknya, pencinta alam mana yang merosakkan alam? Epic failed! Media barat pun manipulate sebab diorang tak suka tengok Turki menjadi negara ke-7 ekonomi terbesar. Jadi, jangan percaya media. Tanya pada orang Turki sendiri atau orang kedutaan. Kami lebih tahu situasi sebenar.
FYI, Turki selamat untuk pelancongan. Gambar kat FB tu gambar marathon yang diedit. Bukan keadaan sebenar. Hari ini dah aman. Polis dah berjaya control. You all kena tau kat Turki bukan ada orang Turki je. Especially kat Central Anatolia dan Marmara Region. Orang Armenia yang memusuhi Turks sejak zaman dulu adalah majoriti yang memprotes. But still, only minoriti of total population. Tanya la orang Turks kat malaysia, semua agree dengan tindakan Erdogan."
Dalang protes

Aku harap korang semua jelas punca sebenar kepada protes ini. Ia dijadikan platform oleh parti pembangkang Turki CHP (Cumhuriyet Halk Partisi) untuk melawan Parti AKP (Pemerintah). Mereka dalang utama protes. Menggunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka. Seperti komen Jejak Uthmaniyyah:
"Golongan Sekular dan CHP yg kian lama mengecil dan tertekan cuba melawan dan mengadakan suasana ketidakamanan di dalam Turki pada saat ini." 
Ulasan Zed Almansyud pula :
"Dalam kejadiaan ini, penyokong CHP antara yg banyak terlibat. Puak shiah/alawi di turki memberi sokongan kuat pada CHP dalam menentang Kerajaan." 
Keganasan polis

Namun yang terpapar di media adalah keganasan yang dilakukan oleh pihak polis dan FRU Turki. Baik, mari baca ulasan Ali Abu :
"Den tak tahu sapo yang start melakukan provokasi, tapi gruop yang berdemo kek Turki memang manusio yagg suko melakukan kemusnahan harto bondo awam. Diorang suko membakar dan momocahkan bangunan orang lain. FRU Turki memang bagi Tear gas & memukul pendemostrans tetapi ia dilakukan time mereka bertindak liar & ganas untuk mempertahankan diri sendiri serta orang awam yang tidak terlibat. Apopun Erdogan ado mengeluarkan statement bahawa siasatan akan dijalankan untuk menyiasat FRU yg bertindak ganas kepada para pendemostrans."
Kebebasan bersuara

Ulasan Zed Almansyud:
"Kalau ada pihak yg mengatakan AKP tidak memberi Kebebasan mengenai demo di Taksim,saya akan menolak kenyataan tersebut kerana sejak peristiwa "the bloody May 1, 1977" Kerajaan Turkey telah ban sebarang demostrasi jalanan di Taksim sehingga dibenarkan kembali oleh AKP pada tahun 2010. Terima kasih dengan keputusan memperluaskan kebebasan di negara ini." 
Aku harap perkongsian ini bermanfaat. Jangan samakan protes ini dengan Arab Spring. Ia sama sekali tidak sama dengan kebangkitan rakyat Mesir, Tunisia, Libya dan Syria.

Sumber : Addin77

Sunday, June 16, 2013

Mesir Bersedia Untuk Berjihad di Syria

Medic Mesir, Al-Azhar Mesir adalah antara istilah yang menunjukkan negara itu tersohor dengan institusi pengajian tinggi yang berkualiti.

Selepas Ulama sedunia mengeluarkan fatwa menyokong penuh Kumpulan Pembebasan Syria dan menyeru seluruh umat Islam yang mampu untuk berjihad di Syria menentang Kerajaan Basyar Assad yang zalim dibantu oleh puak Syiah yang sesat.

Perang Syria telah mencelikkan mata seluruh umat Islam tetang kebejatan dan kesesatan fahaman Syiah sampai tahap sanggup membunuh golongan ahli sunnah. Malah tidak keterlaluan kalau mengatakan mereka ini lebih teruk daripada Zionis Israel.
Apabila Ulama pewaris nabi telah mengeluarkan fatwa maka disahut oleh orang islam yang beriman. Inilah yang terjadi di Mesir apabila kerajaan yang masih baru mengumumkan untuk tidak mengambil tindakan bagi sesiapa rakyatnya yang keluar berjihad di Syria.

Kerajaan yang masih baru itu tidak mampu membantu secara rasmi tetapi sokongan secara tidak rasmi sudah cukup untuk membuktikan komitmen Presiden Dr.Muhammad Morsi kepada rakyat Syria yang dizalimi.

Berikut adalah video penuh himpunan beribu-ribu rakyat Mesir bersama Presidennya untuk isu Syria.



Maka terputuslah sudah hubungan diplomatik antara kerajaan Mesir dan Kerajaan zalim Basyar Assad. Mesir telah mengumumkan penutupan kedutaan Mesir di Damascus dan mengarahkan diplomat Syria di Cairo untuk meninggalkan Mesir.

Friday, June 14, 2013

Persoalan Tentang Gerakan Syiah

Sebenarnya sudah lama saya sendiri terfikirkan beberapa soalan di bawah ini. Terima kasih kepada Syria Care kerana bertanyakan soalan ini. Jawapannya mudah! Cuma soalan in ditanya supaya kita berfikir siapa musuh kita sebenarnya! Berikut adalah soalan untuk dihadam:
  1. Kenapa tiada seorang Syiah di pusat tahanan Teluk Guatanamo?
  2. Kenapa negara-negara Barat tidak menyenaraikan anggota militia Syiah dalam senarai pengganas? Contohnya seperti Hisbullat?.
  3. Apa yang sebenarnya dilakukan oleh Hisbullat di selatan Lubnan? (Mereka berkubu 30 km didalam sempadan Lubnan dan memenuhkan kawasan tersebut dengan masyarakat Kristian dari UN supaya tiada pun Mujahidden Sunni datang ke kawasan tersebut untuk menyerang Israel)
  4. Tahukah anda peristiwa yang berlaku pada tahun 2006 merupakan drama bertaraf antarabangsa antara Syiah dan Hisbullat untuk menjaga sempadan Israel, sama seperti yang dilakukan oleh rejim Assad.
  5. Kenapa droid milik Amerika asyik mengebom anggota Al-Qaeda dn tentera-tentera Syariah setiap hari di Yemen tetapi TIDAK PERNAH mengebom tentera Huthi Syiah di Yemen walaupun mereka tahu KEDUA-DUANYA di Yemen dan terlibat dalam pergolakan di sana?
  6. Kenapa Perancis masih enggan menyenaraikan Hisbullat dalam senarai pengganas antarabangsa? 
  7. Mengapa France melakukan "Perbincangan" setiap hari tentang menghantar senjata untuk FSA yang boleh dikawal dari jauh dan dikesan oleh GPS, tetapi masih TIDAK PERNAH menghantar sebutir peluru pun sehingga sekarang?
  8. Mengapa barat TIDAK PERNAH membenarkan untuk membentuk mana-mana negara Islam Sunni dengan undang-undang Syariah sepenuhnya, bukan di Afghanistan, Pakistan, Somalia, Mali, Yemen walaupun majority dari mereka mahukan undang-undang Syariah ini,,,, TETAPI mereka membenarkan Iran untuk menjadi negara Syiah TERBESAR mempraktikkan sepenuhnya Undang-Undang Syariah Syiah di teluk Arab?
  9. MENGAPA Syiah telah dibenarkan untuk menyebarkan agama mereka di Afrika dan menukar 50% daripada Afrika kepada Syiah tetapi SEMUA PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN ( NGO) adalah dilarang sama sekali daripada bercakap untuk menyokong Sunnah?
  10. Mengapa Hisbullat, Iran, Iraq dibenarkan untuk membunuh DI KHALAYAK RAMAI di Syria tetapi Sunni dilarang sama sekali untuk mengatakan semudah perkataan "BANTULAH FSA" mereka akan ditangkap! 
Pernah satu ketika dalam satu ceramah berkenaan ugutan Amerika untuk menyerang Iran, Dr.Maza mengatakan yang US tidak akan mennyerang Iran. Tengoklah nanti.. Akhirnya apa yang dikatakan itu jadi kenyataan.

Barat, US dan Zionis Israel tidak bodoh untuk mengetahui siapa kawan dan siapa musuh mereka sebenar. Yang Penting Syiah adalah SEKUTU TERBAIK untuk menyerang umat Islam sedunia!

Tuesday, June 11, 2013

Fatwa Ulama Dunia Tentang Peperangan Syria

Mungkin ada yang tertanya-tanya malah bingung dengan peperangan di Syria. Pihak mana yang perlu kita sokong? Ada orang kata Kerajaan Assad Zalim. Ada orang kata Free Syrian Army (FSA) pemberontak dan mendapat bantuan US untuk jatuhkan kerajaan asal Syria.
Walau bagaimanapun Ulama seluruh dunia sudah mengeluarkan fatwa berkenaan isu ini. Kenyataan dibawah diambil daripada Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif Berhad):
Di sana ada Bashar Assad dan rakyat Syria yang dizaliminya. Ulama wibawa dari seluruh Dunia (yang di naungi oleh Prof Dr Yusuf Qardhawi) telah sepakat mengutuk Bashar Assad dan mengeluarkan fatwa supaya menyokong perjuangan rakyat Syria yang dizalimi oleh Basyar Assad. Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi yakin bahawa kemenangan akan diperolehi rakyat Syria dan berjanji akan turun solat jumaat dan berkhutbah di damsyik apabila peristiwa bersejarah ini menjadi kenyataan. Rabitah Ulama Syria juga menyokong ketetapan dan keputusan Ulama sedunia. Ulama Azhar lebih awal lagi mempunyai pendirian jalur keras ke atas Basyar Assad supaya rakyat Syria terpelihara dari kejahatannya.
Mungkin juga ada yang masih berdolak dalih dengan keputusan Ulama ini dan menafikan perjuangan rakyat Syria. Akan tetapi bukan senang untuk Ulama dunia yang tidak terikat dengan kepentingan mana-mana kerajaan untuk membuat keputusan ini. Lagi tulisan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor:
Dan akhirnya pegang teguhlah keputusan ulama muktabar. Mereka tidak gopoh dalam membuat satu ketetapan dan pendirian. Mereka mendapat pelbagai maklum balas dari rakyat Syria, gerakan Islam khususnya Ikhwan Muslimin Syria. Itupun setelah hampir 2 tahun (2012) barulah Pertubuhan Ulama sedunia menggariskan beberapa prinsip untuk memandu umat islam dalam menentukan sikap terhadap Basyara Assad setelah hampir 50,000 rakyat Syria terbunuh. Kini bilangannya sudah mencecah 90,000. dan kita masih lagi berdolak dalih untuk tidak membuat satu pendirian yang betul. Apakah kita lebih rela tidak berbuat apa-apa sedangkan hampir 10 orang kanak-kanak dibunuh oleh Basyar Assad setiap hari secara puratanya?
Di saat mereka pemuda Syria bangkit mempertahan diri dan agama kerana Allah malah ada yang syahid. Kita di sini yang tidak berada di tempat mereka masih enggan memberikan sokongan moral dan wang? Sesungguhnya mereka tidak rugi. Allah pun tidak rugi dengan keputusan kita. Tetapi kita sebenarnya yang rugi!

Monday, June 10, 2013

Bukti Syiah Keji 2

Bukti demi bukti perlu ditunjukkan untuk menyedarkan umat Islam siapa kawan dan siapa musuh dalam selimut. Sebelum ini saya juga ada menulis tentang bukti syiah keji.

Kali ini pengakuan daripada lelaki yang bernama Ammar daripada tentera Hizbu Syaitan.

Begini petikan daripada FB Page Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria:
Lelaki yang bernama Ammar ini merupakan antara tentera Hizbu Syaitan yang berjaya ditangkap oleh mujahidin FSA di Syria.
Ammar mengaku telah merogol sebanyak 70 wanita Sunni di wilayah Khalidiyyah, Darayya' dan beberapa wilayah lagi di Syria. Selain itu telah membunuh lebih 100 lelaki di Syria.
Laknat Allah ke atas tentera Hizbu Syaitan..
Ini videonya pula:
Semoga Basyar dan kuncu-kuncu Syiah mendapat balasan yang setimpal di dunia mahupun di akhirat. Jika ada rakyat Malaysia yang menganut fahaman Syiah ini minta-minta bertaubatlah. Anda sedang berada dalam kesesatan yang nyata!

Saturday, June 8, 2013

Kenapa Rusia Membantu Syria?

Rusia merupakan antara negara yang banyak memberi sumbangan kepada rejim Basyar begitu juga dengan Iran semenjak perang di Syria.

Perisikan tentera Turki melaporkan bahawa tiga buah lagi kapal perang (destroyer-class combat ship) Russia dalam perjalanan menuju Syria. Ia dijangka berlabuh di pelabuhan Tortous, Syria.  
Kapal tersebut mengandungi bantuan senjata, ketenteraan dan sebagainya.

Kenapa Rusia bersungguh-sungguh membantu Syria? Mungkin 5 sebab di bawah ini boleh membuka mata kenapa Syria di bawah regim Assad begitu penting buat Rusia:
  1. Kawan Lama - Keluarga Assad sebenarnya telah berkawan lama dengan Rusia. Sejak Hafez al-asaad (1971-2000) memegang tampuk pemerintahan Rusia lagi, hubungan ini telah bermula.
  2. Bekalan Senjata - Sebanyak $5 billion nilai bekalan senjata sedang dan telah dibuat antara Rusia dan Syria. $1 billion telah dibekalkan pada tahun 2011 dan tinggal $4 billion lagi masih dalam kontrak untuk bekalan.
  3. Hubungan perdagangan - Diangarkan sekitar $2 billion hubungan dagangan antara 2 negara itu untuk keperluan asas. Kebanyakan syarikat gergasi di Rusia juga melabur di Syria dalam sektor pembangunan bandar, bekalan kuasa dan pelancongan dianggarkan bernilai $19.4 billion.
  4. Pelabuhan Tartus - satu-satunya pengkalan tentara laut Russia di Mediterranean. Mula diduduki pada tahun 1971 dan mendapat persetujuan untuk menjadi pengkalan tentara Russia secara kekal pada tahun 2008. Dikatakan seramai 30,000 rakyat Rusia ada di Syria. bayangkan jika kerajaan baru Russia nanti bersikap mesra negara barat?
  5. Status negara kuasa besar terhebat - Rusia telah lama inginkan negara Rusia dikenali sebagai nombor satu sebagai kuasa besar. Sebab itu kebanyakan keputusan sering bertentangan dengan kehendak pihak Barat. Nampaknya, Timur Tengah menjadi medan untuk pertembungan antara 2 blok kuasa besar.
Antara kemanusiaan dan kepentingan sudah tentu kepentingan strategik lebih diutamakan. Tidak hairan sebab Rusia sendiri sebuah negara yang tidak mementingkan agama. Mereka melihat dunia ini sebuah syurga walaupun mereka tahu hakikatnya tidak kekal.

Wednesday, June 5, 2013

Bukti Syiah Keji

Mengaku beriman tetapi hakikatnya akidah mereka jauh menyimpang. Mereka berlakon baik dihadapan orang tetapi dibelakang mereka caci malah sanggup membunuh orang Islam.

Ya! Mereka inilah penganut Syiah yang sesat! Tidak salah kalau dikatakan Syiah ini lebih keji daripada Yahudi. Antara bukti terbaru ialah video dan gambar di bawah:
Seorang wanita sunni, dirogol dan dicampakkan ditengah jalan raya. Sementara beberapa tentera FSA cuba menyelamatkan wanita ini yang masih lagi bernyawa. Dalam usahanya menyelamatkan wanita ini, beberapa kali Beliau terjatuh semasa mengelakkan diri daripada ditembak sniper Assad bersama wanita yang hampir separuh bogel dan dipenuhi luka angkara dipukul. Akhirnya, Beliau ditembak dan syahid (biiznillah).

Selepas 10 jam terbaring di jalanan, akhirnya wanita ini turut syahid (biiznillah)

Persoalan yang nyata:

Adakah sesiapa akan menulis berita yang terlalu dahsyat ini di blog-blog seperti ramai yang telah menulis tentang Abu Sakkar, seorang tentera FSA yang telah menggigit sedikit jantung tentera syiah assad yang telah pun mati??!

Atau jenayah ini akan dilupakan dan tenggelam seperti jenayah-jenayah yang lain?

Video kekejaman tersebut:
Mungkin ada masih tidak tahu dan bertanya kenapa kita perlu berbalah sesama Islam? Persoalan sekarang ialah mereka iaitu Syiah yang dididik sejak daripada kecil untuk membenci golongan sunni sampai sanggup membunuh. Mereka yang memulakan pertumpahan darah. Malah mereka menuduh sunni sesat sedangkan mereka mengutuk para sahabat seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar malah ada yang mengkafirkan para sahabat.

Ini yang terjadi di Iran dan Iraq saban hari dan sekarang berlaku di Syria. Tentera Syria dibantu tentera Iran dan HisbuSyaiton daripada Lubnan.

Peperangan di Syria bukan antara sesama Islam tetapi antara Islam dan Kesesatan (Syiah).

Sumber Gambar & Video: Syria Care

Tuesday, June 4, 2013

Kenapa Iran Dan China Sekat Facebook

Sumber : Sinar Harian
Gempar seketika dunia Facebook Malaysia apabila ada orang cadangkan supaya Kerajaan menyekat Facebook seperti apa yang dibuat Iran dan China.

Kenapa China dan Iran sekat Facebook?

China yang rakyatnya melebihi 1 billion orang menyekat Facebook kerana mereka lihat ada potensi bisnes di situ. Daripada membiarkan duit mengalir keluar kepada syarikat gergasi Amerika melalui pengiklanan lebih baik terus sekat dan buat Sosial Media sendiri seperti QQ dan Sino.

Kita juga perlu faham yang china sekarang sedang bersaing dengan Amerika untuk menguasai ekonomi dunia. Malah sejak akhir-akhir ini Negara China yang terkenal dengan amalan komunisma membuka pintu pelaburan kepada negara luar, Malaysia ada sebab seperti itu?

Iran pula seperti yang ramai tidak tahu ialah negara yang mengamalkan ajaran sesat Syiah dan suka berlakon menunjuk baik. Mereka tunjuk mereka berani melawan US dan Israel. Sedangkan di belakang tabir berapa ramai orang Sunni mereka bunuh.

Malah, kalau perasan walaupun mereka didakwa memiliki senjata nuklear Amerika sampai sekarang tidak menyerang Iran bukan seperti apa yang berlaku di Iraq. Amerika hanya mengugut sahaja. Sedangkan, pasukan pemeriksa senjata PBB di Iraq telah sahkan tiada pembangunan senjata biologi di Iraq tetapi negara itu terus diserang Amerika.

Oleh itu Iran terpaksa menyekat media sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube kerana mereka takut kebenaran terbongkar kepada dunia. Mereka takut lakonan mereka diketahui seluruh umat Islam di dunia. Mereka takut Umat Islam seluruh dunia tahu siapa sebenarnya mereka.

Jadi alasan paling tepat jika Kerajaan Malaysia ingin menyekat Facebook ialah supaya BN terus berkuasa. Kebenaran terus ditutup dengan fitnah akhbar dan TV. Rakyat terus dicucuk hidung. Ironinya, Facebook tidak mampu menutup kebenaran di sebalik setiap fitnah itu.

Ya memang tidak dinafikan ada segelintir pengguna Facebook yang kurang ajar menghina raja dan agama tetapi perlukah dibakar kelambu kerana beberapa ekor nyamuk?