Wednesday, July 26, 2017

Popiah milik siapa?

"Jom pindah planet lain, siapa nak ikut?"

Ini antara komen padu yang diberikan netizen berkenaan isu Rakyat Indonesia menuntut popiah adalah makanan warisan milik mereka.


Memang agak kelakar sebenarnya dengan ragam warga Indonesia. Nama lagi serumpun, apa salahnya berlebih kurang dalam hal remeh temeh sebegini.

Kalau semua mahu berkira memang banyak senarai yang akan keluar. Jangan sampai berperang sebab benda kecil sebegini sudahlah.

Orang lain berperang sebab maruah, agama dan tanah air. Kita berperang sebab makanan milik siapa asalnya?

Jadikan takdir serumpun kita ini sebagai satu rahmat untuk kesatuan walaupun kita berada di dua negara berbeza. Bahasa antara 2 negara pun masih boleh faham antara satu sama lain. Itulah bukti betapa dekatnya kita.

Jangan kita cari alasan untuk bersengketa, carilah 1001 alasan untuk bersatu walaupun hakikatnya memang patut bergaduh. Barulah dunia aman.

No comments: