33 orang pelombong emas di Chile masih hidup selepas 17 hari terperangkap di bawah runtuhan lombong sedalam 688 meter. Sebuah nota dihantar balik oleh pelombong melalui paip sebesar 4 inci kepada penyelamat di atas. Apa yang menyedihkan ialah mereka terperangkap sedalam 688 meter dan usaha mengorek lubang untuk manusia telus melaluinya mungkin memakan masa selama 4 bulan!
Laporan awal mengatakan yang semua pelombong tidak terselamat dalam tragedi itu, namun selepas probe yang dihantar melalui lubang sebesar 4 inci, mereka mendapat nota daripada mangsa yang mangatakan semua terselamat tetapi terperangkap.
|
Gambar daripada AP menunjukkan kawasan perkhemahan keluarga pelombong yang setia menunggu berita |
|
Kegembiraan keluarga pelombong selepas mengetahui semua masih hidup |
|
Presiden Chile gembira sambil menunjukkan nota yang dihantar pelombong |
Melalui lubang berdiameter 4 inci itulah penyelemat dan pelombong berhubung. Ada rakaman video dihantar pelombong untuk tatapan ahli keluarga mereka yang setia menunggu di atas.
|
Gambar menunjukkan keadaan pelombong bawah tanah |
|
Antara mangsa runtuhan lombong |
Walaubagaimanapun, usaha untuk mengorek lubang yang lebih luas untuk telus seorang manusia melaluinya mengambil masa lebih kurang 4 bulan dengan teknologi pengorek paling maju daripada Australia iaitu model Xtrata 950.
|
Pengorek canggih yang baru sampai untuk operasi menyelamat |
No comments:
Post a Comment