Showing posts with label TV/Drama/Filem. Show all posts
Showing posts with label TV/Drama/Filem. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Fitnah drama Tahajjud Cinta

Drama dan filem yang berbentuk Islamik sekarang ini sudah menjadi trend selepas kemasyhuran Filem Indonesia Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. 

Sepatutnya fenomena ini sangat bagus memandangkan secara tidak lansung drama atau filem ini akan mempromosikan keindahan Islam. Tetapi lain pula jadinya dengan drama Tahajjud Cinta yang menerima kritikan hebat oleh sesetengah penonton.

Semalam aku juga mengambil peluang menonton 2 episod drama ini di tonton.com. Aku juga pernah menonton filem Indonesia Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih sebelum ini.

Perbezaan yang aku boleh buat ialah 2 filem Indonesia itu mempromosikan cara hidup Islam dan keindahan Islam dengan baik melalui lakonan dan skripnya tetapi drama Tahajjud Cinta ini memberi gambaran buruk tentang penganut Islam. Malahan mungkin sesetengah orang akan memandang cara hidup islam itu teruk.

Banyak slot berdua-duaan bukan mahram seperti drama melayu biasa. Cuma bezanya mereka berpakaian serban dan purdah. Siap berpegang tangan walaupun pakai sarung tangan. Apa mesej tersiratnya? Setahu aku dalam 2 filem Indonesia itu sangat jauh perbezaan sikap si pelakon. Malah institusi pondok juga disindir dalam filem ini.

Kenapa ini terjadi?

Pertama:
2 Filem Indonesia itu pengisiannya ditulis oleh penulis yang betul-betul mengamalkan cara hidup Islam dan pengalaman hidupnya sendiri. Manakala drama itu ditulis oleh pemerhati yang mungkin tidak pernah merasai kehidupan pondok dan kehidupan orang yang bersungguh mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.

Kedua:
Kebanyakan pelakon filem Indonesia itu dipilih berdasarkan cara hidup sebenar pelakon diluar set lakonan manakala drama itu mengambil pelakon drama melayu yang tersohor.

Ini apa yang aku rasa selepas menonton 2 filem Indoesia itu:
  • Aku rasa seronoknya dan tenangnya hidup mengamalkan Islam. Indahnya ayat suci Al-Quran. Indahnya percintaan dalam konteks Islam.
  • Sikap mereka yang belajar agama sungguh menenangkan dan berjiwa besar. Aku nak jadi macam mereka!
Ini pula apa yang aku rasa selepas menonton 2 episod drama itu:
  • Wah teruk dan tertekannya hidup mengamalkan islam seperti di pondok. Tak romantik lansung panggil 'ustaz' dan bukan 'abang' kepada suami. Teruknya sampai tahap 4 orang isteri itu takut betul kepada suami.
  • Takpe berpegangan tangan asalkan pakai sarung tangan.
  • Skrip perbualan lansung tidak menenangkan malah lebih kurang macam drama biasa jer.
  • Kalau macam nilah hidup orang yang belajar agama dan dipondok memang tak best.
Ya, walaupun pengarah dan penulis skrip drama ini ingin membela nasib wanita yang terperangkap oleh lelaki yang mengaku ada ilmu agama tetapi ingatlah jangan sampai nanti menjadi ejen yang memburukkan nama Islam.

Penganut islam memang banyak kelemahannya tetapi kenapa yang buruk perlu diketengahkan sebegitu rupa. Tunjukkan kecantikan Islam itu biar sampai penonton terasa sangat ingin mengamalkan Islam sebagai cara hidup.

Pilihan ditangan kita sebabnya kita nanti yang perlu berhadapan dengan Allah di akhirat kelak. Apa yang kita ingin jawab bila ditanya apa yang engkau buat untuk agamamu? Adakah jawapan kita memburukkan agama atau membela agama Islam?

Wednesday, May 25, 2011

Keunikan TV1

TV1 atau TV2 dibawah RTM memang mendapat kritikan hebat disebabkan kebanyakan rancangan yang disiarkan selalunya tidak menarik perhatian penonton.

Berita dalam negaranya yang berat sebelah juga selalu dikritik.

Tetapi ada satu perkara yang unik dan menjadi identiti TV1 sejak sekian lama iaitu Slot Berita Dunia pada pukul 11. Kalau dulunya Berita Dunia jam 10.

Setiap kali aku tengok berita dunia ni aku memang terpaku dengan olahan isinya. Seolah-olah maklumat yang mereka dapat lebih banyak daripada TV lain terutama tentang isu semasa dunia. Setiap berita juga disisipkan dengan video dan bukan hanya bacaan berita.

Kalau aku tengok kat TV lain tentang berita dunia memang tak lengkap sangat rasanya. Pendekatan TV1 membuat slot khas berita dunia ini memang bagus daripada disekalikan dengan berita jam 8.

Teruskan keunikan ini TV1!

Saturday, May 21, 2011

V for Vendetta

Antara filem yang berunsur sedikit falsafah yang memberi kesan kepada aku ialah V for Vendetta. Bukan apa, filem ini menunjukkan betapa hebat kuasa rakyat walaupun kerajaan memiliki segala kuasa ketenteraan dan media.

Aku suka ulang tengok filem ini kerana pengajaran terdapat di dalamnya. Untuk menjatuhkan kerajaan yang korup dan kejam kita perlu melawan mereka dengan kreatif dan berani. Pelbagai cara dilakukan untuk menyedarkan rakyat terlebih dahulu dan akhirnya rakyat bangkit di jalan raya.

Walaupun kerajaan memiliki tentera dan polis berpuluh ribu tetapi kita kena ingat yang tentera dan polis juga datang daripada rakyat. Tentera yang datang daripada rakyat ini mana sanggup untuk membunuh gerombolan rakyat yang bangkit sebab mereka tahu ada dikalangan rakyat itu ahli keluarga mereka.

Akhirnya mereka tidak sanggup melepaskan tembakan dan terus meletakkan senjata. Setiap kemenangan mesti ada pengorbanan nyawa. Begitulah cerita ini berakhir.

Cerita V for Vendetta ini ada sedikit kesamaan dengan kebangkitan rakyat Mesir menjatuhkan kerajaan mereka yang korup dan mengarut itu.

Tuesday, June 15, 2010

Tidur bola, makan bola, mandi bola...

RTM memang tidak boleh diharapkan untuk menjadi penyiar sukan antarabangsa. Lansung tidak pandai pilih perlawanan yang panas untuk disiarkan. Iklan sahaja yang lebih. Diharapkan Piala Dunia selepas ini diberikan kepada Media Prima. Mujurlah ada internet untuk tengok secara online.

Bagi pengguna Astro pulak dengar cerita ada masalah untuk siaran waktu malam. Apa-apa pun RTM tetap tidak mantap dibandingkan dengan TV3 dan Media Prima. Ramai yang merungut dengan RTM menjadi penyiar rasmi Piala Dunia. Lain kali, kalau tidak mampu, berikanlah kepada TV lain untuk menjadi penyiar rasmi ya. Ini tidak, dahla SUKMA pun nak jadi penyiar. Kalau dah tamak inilah hasilnya.