Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Thursday, January 30, 2014

Penjual kelapa bertemu 'hantu jalan raya'

Tengah hari tadi saya minum air kepala dengan seorang teman di Danau Kota, Setapak. Saya bangga dengan peniaga buah kelapa pandan asal Jerantut dan peranakan Kelantan itu.

Katanya dia boleh jual sehingga 6,000 biji seminggu. Dia ambil kelapa itu dari Pahang yang diusahakan oleh Felda.
Sembang punya sembang, terkeluarlah cerita mengenai 'hantu jalan raya', yang menyamun dan kutip duit rakyat sesuka hati. Ia bermula apabila ditanya apakah setiap hari dia akan ke Jengka untuk ambil kelapa itu.

Jawabnya tidak, kalau pergi sendiri banyak masalah, tambang minyak, letih dan paling menggerikan pegawai JPJ dan juga polis, katanya.

"Nak pergi ambil sendiri rumit, lori saya kecil muat kira-kira 1 tan sahaja, kalau muat lebih nanti kena tahan JPJ, atau poilis cerita lain pula.." hurainya. 

"Cerita apa?" Saya tanya kebodohan. Kalau kena tahan katanya, JPJ akan minta duit untuk settle tanpa disaman. "Sambil menahan kita suruh berhenti menggunakan papan STOPnya, jarinya sudah bercabang, terguai-guai, kalau bercabang begini, (sambil membuat seperti lambang peace) ertinya RM200", jelasnya. 

"Dua ratus apa?" tanya saya. "Dua ratus riallah kena bagi...bukan dua puluh rial, Inchek," balasnya. "Bagi rasuah kata saya!" mahu kepastian.

"Eum....," katanya sambil mengenyit kening beberapa kali penuh kekesalan.

Mendengar itu darah saya meyirap terus ke kepala, nak hirup sisa air kelapa sudah tak ada selera lagi. Perkara itu kata peniaga kelapa berusian 57 tahun itu selalu terjadi. Bahkan kerap terjadi.

Saya tawar diri nak naik lori dia sekali dan alami kejadian seperti itu. Dia hanya mendiamkan diri dan tersenyum pahit. "Apa nak buat Inchek semuanya nak hidup..," katanya selamanya sambil membelah kelapa yang dioder pelanggan. Dua tiga empat orang pelanggan termasuk Cina dan India menanti layanannya.

Kalaulah begitu mudah dan ringkasnya rasuah berlaku, entahlah apa akan jadi kepada nasib rakyat negara ini. Rasuah menyebabkan rakyat terpaksa membayar tax yang tidak sepatutnya dijelaskan. 

Rasuah membenarkan 'hantu-hantu jalan raya' itu terus hidup dengan lidah terjeler panjang. Perasuah membelanjakan anak bini dengan duit yang dicekik dari orang seperti peniaga kelapa itu. Wassalam Mso.

Sumber : MSO

Sunday, April 24, 2011

Jangan ikut dia


Kadang-kadang kita berjumpa ramai orang dan bermacam jenis orang. Setiap orang ada kerja masing-masing dan ada bisnes masing-masing.

Ada yang cakap, "Jika kau join bisnes ni kau akan kaya. Tak payah jumpa bos kau lagi."
Ada juga yang cakap, "Tak payah kerja, kau melabur jer dalam tut..tut..Pasti kaya."

Setelah aku berjumpa ramai orang dan join banyak benda gak yang hampir semuanya tak berjaya dengan cemerlang. Maka aku mula membaca beberapa buku tentang bisnes. 

Kesimpulan yang aku dapat buat ialah:
  • Mesti cari apa yang aku mampu dan suka buat, sebab kat situ ada passion aku. Jika lepas ni ada masalah dan cabaran takdelah merungut menyalahkan orang yang ajak kita tu. Dengan passion ni aku jadi lebih kuat dan tabah hadapi apa jer orang kata.
  • Jangan mudah ikut orang dan terpengaruh dengan dia. Kalau dia berjaya pun sebab passion dia kat kerja tu. Ya, aku kadang-kadang mudah terpengaruh bila tengok orang pakai kereta besar, rumah besar dan kalau boleh nak buat kerja macam dia. Setelah cuba memang tak berjaya.
Tanya diri dulu, selongkar diri dulu dan fahami diri dulu lepas tu buatlah keputusan kat mana passion kita. Lepas jumpa barulah cari orang yang berjaya dalam bidang yang kita minat dan mampu buat kemudian ikut dia. Ikut dan buat sampai berjaya!

Mulai sekarang, aku takkan mudah terpengaruh dengan sesiapa saja yang datang promosi apa-apa kat aku.
Aku tidak akan membazir masa mengelirukan diri aku dengan ajakan dan hujah mereka. Aku akan tumpukan bidang aku minat dan mampu buat ni sampai aku berjaya dengan cemerlang!

Manusia tidak mampu untuk buat semua benda, carilah satu benda yang kita mampu buat sebab itulah jalan untuk kita berjaya. Sebab itulah kita hidup ni saling memerlukan. Dan kejayaan tu tidak terhad kepada satu bidang sahaja. Ada yang berjaya dalam bidang hartanah, fesyen, restoren, francais, MLM, pelaburan, bisnes dan makan gaji. 

Jadi jangan mudah mengatakan hanya bidang ni saja boleh buat kau senang sebabnya mereka berjaya sebab mereka jumpa DIRI mereka!

Monday, April 18, 2011

Nak jadi Photographer Profesional

Aku sebenarnya masa belajar lagi bercita-cita nak jadi photographer profesional ni. tapi asyik tangguh jer dengan alasan tiada kamera DSLR. Yelah tak mampu nak beli lagi.

Aku hanya ada kamera digital biasa jer. Seorang kawan aku ni pulak bagi la motivasi kat aku. Dia cakap nak jadi jurukamera profesional ni tak semestinya terus kena beli DSLR. Guna kamera biasa pun boleh. Yang penting belajar kemahiran dan jiwai seni seorang jurugambar.

Nanti bila dah mahir ambil gambar dengan pelbagai sudut dan rasa dah maju barulah fikir nak beli kamera lagi canggih.

Oleh sebab menerima nasihat kawan aku tu maka aku kongsikan 2 gambar ni. Aku cenderung kepada gambar alam semulajadi.

Ni gambar pertama aku ambil, tersilap fokus menyebabkan daun jadi blur dan background nampak jelas.

Ni gambar kedua dan aku berjaya fokus kepada daun.

Ok tak? Nampak macam pro kan? Haha..
Nak kena cari buku tentang fotografi ni untuk praktik kemahiran asas seorang jurugambar.

Wanita kutip botol


Masa dok tunggu orang tadi aku ternampak seorang wanita yang mengutip botol. Plastik kat tangannya penuh botol kosong. Aku mula-mula tak perasan, ingatkan dia baru lepas beli barang. Lepas dia ambil botol tu dan masukkan dalam plastik baru aku tahu dia kumpul botol rupanya.

Gambar kat atas ni bukan gambar dia. Tak tergamak aku nak ambil. Ni gambar hiasan jer.
Dah banyak kali aku tengok pengutip botol di KL ni. Kesian aku tengok tapi mungkin itu sumber rezeki pencariannya. Kira ok juga asalkan halal.

Setiap kali aku tengok diorang ni aku rasa bersyukur sangat dengan kerjaya aku sekarang. Walaupun kadang-kadang tertekan dengan kerja. Pendapatan kadang-kadang terasa tak cukup tapi kerjaya tetap ada kelas gitu..hehe..

Kadang-kadang kita perlu tengok orang susah supaya kita bersyukur dan rajin membantu.

Thursday, March 3, 2011

KPI

KPI adalah singkatan untuk Key Performance Indicator.


KPI ini boleh membantu kita jejaki perkembangan prestasi kerja kita seharian. Kita sepatutnya buat untuk diri kita sendiri walaupun di tempat kerja kita tiada KPI.

Caranya senang sahaja iaitu kita senaraikan semua perkara yang perlu kita buat setiap hari untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Tanda apa yang kita buat dan apa yang kita tidak buat dalam senarai itu setiap hari.

Pada hujung minggu kita akan dapat lihat dan mungkin berkata: "Oh, patut pun sampai sekarang aku tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, rupanya banyak benda yang aku tidak buat".

Itulah KPI yang akan membantu menilai prestasi anda. KPI juga boleh berubah mengikut perkembangan diri anda. Jangan statik kepada senarai yang sama sahaja.

Buatlah KPI untuk pastikan anda terus berjaya. Saya pun dah buat.

Monday, August 23, 2010

Berniaga...

Aku sebenarnya baru berkira-kira untuk menjadi seorang usahawan sepenuh masa. Tetapi, setiap kali buat perkiraan kurasakan payah untuk berjaya. Pelbagai cerita aku baca mengenai kisah usahawan berjaya. Mereka lalui banyak cabaran sebelum berjaya. Aku risau jika aku mudah putus asa.

Nikmat terima gaji bulanan membuatkan aku rasa sukar untuk lari daripada situasai yang selesa ini. Terima gaji yang 'fix' secara bulanan buat aku mudah merancang kewangan. Pun begitu aku masih tidak puas kerana aku banyak berhutang. Gaji bulanan yang 'fix' ini membuatkan aku mudah berhutang.

Aku terbaca status seorang teman:
"Lama saya nak boleh serasi dengan berniaga ni"

Yang dimaksudkan dia ialah banyak cabaran dilalui sebelum dia berjaya dalam perniagaannya.

Emm...aku masih perlukan masa sebelum membuat keputusan nekad ini.

Monday, July 19, 2010

Keseronokan dalam bekerja

Kejayaan dalam sesuatu bidang yang kita ceburi bermula dengan sejauh mana keseronokan yang kita kecapi semasa bekerja.

Segala kekreatifan akan terbit dari minda kita apabila perasaan seronok timbul semasa bekerja.

Donald Trumph pernah berkata:
"Wang bukanlah pendorong utama saya, ia sekadar menjadi sasaran. Yang saya suka ialah permainan mencari wang. Ia sungguh menyeronokkan".

Tanya diri kita, seronokkah kita bekerja sekarang?

Tuesday, June 29, 2010

Jangan bertangguh...

Bertangguh adalah satu sikap yang boleh membahayakan masa depan kita. Cara paling mudah untuk mengatasi sikap ini ialah dengan selalu mengingatkan sama ada melalui kemudahan teknologi masa kini atau dengan hanya mengunakan kertas dan pen.

Bertangguh adalah berpunca daripada diri kita yang lupa akan kerja yang belum siap. Jika kita selalu ingat akan senarai kerja yang belum siap maka kita akan tidak senang duduk selagi tidak dapat menyelesaikan senarai kerja yang ditulis.

Oleh itu, selalulah ingatkan diri anda akan kerja yang perlu disiapkan. Tulis dan senaraikan kerja baru supaya apabila anda mahu rehat maka baca balik kerja yang terbengkalai. Nescaya anda akan lupakan niat untuk berehat.

Selamat mencuba!

Wednesday, June 16, 2010

Bekerja dengan muzik...

Kadang-kadang muzik boleh membantu kita bekerja dengan penuh konsentrasi, bagi sesetengah orang termasuk aku. Kalau dahulu memang cepat bosan kalau bekerja. Setelah aku mendengar muzik sambil bekerja maka sedar tidak sedar dah berjam-jam aku bekerja.

Inilah yang dikatakan pelik tapi benar. Potensi diri seseorang terbongkar melalui pelbagai cara. Beruntung nasib badan jika anda dapat tahu cara untuk meningkatkan produktiviti dan potensi diri. Bagi aku, muzik dan bekerja tidak boleh dipisahkan. Tetapi, ia bergantung juga dengan jenis kerja itu macam mana. Kalau seorang doktor memang tak dapat la nak bekerja sambil mendengar muzik, begitu juga cikgu.

Jadi, selongkar potensi diri anda dengan cara tersendiri. Hanya anda tahu bagaimana, di mana dan bila. Selamat menyelongkar!

Saturday, June 5, 2010

Duit...

Ramai orang cakap kalau nak berjaya lebih tinggi jangan fikir sangat tentang duit. Fikirkan tentang kerja yang dibuat. Tanamkan minat, asahkan bakat, buat dengan sepenuh hati maka duit dengan sendiri akan datang. Majoriti buku motivasi beritahu macam ini. Malah orang yang kaya sekarang inipun cakap sebegini jugak. 

Ya, memang kena fikir tentang duit tapi jangan terlalu fikirkannya. Sebabnya anda akan mudah kecewa jika gagal mencapai sesuatu.

Betuk ker? Bagi pandangan aku, tip ini mungkin betul sebabnya aku tengah mencubanya sekarang. Aku sekarang ini bekerja sebab nak dapatkan duit untuk sara hidup. Aku tiada banyak duit tetapi hanya cukup-cukup makan sahaja. Apabila aku fikirkan balik, orang kaya sebab mereka dapat fikir idea kreatif untuk jana duit. Kreativiti pula datang dalam minda apabila anda merasa seronok membuat sesuatu. Jadi jika anda bekerja dengan seronok maka idea kreatif akan datang mencurah-curah. Pada masa itulah bakat idea anda akan terserlah. Jika diaplikasikan idea itu maka boleh menjadi punca jana duit jika kena cara dan tidak mengenal erti putus asa.

Itu sahaja, kuncinya ialah bekerja dengan seronok. Keseronokan tidak dapat dihasilkan apabila anda terlampau fikirkan hasil iaitu duit. Sebabnya kalau tidak dapat duit (hasil) maka anda akan mudah rasa kecewa, Tetapi kalau anda bekerja kerana keseronokan, jika gagal maka anda akan cuba lagi, jika gagal lagi maka anda akan terus mencuba sampai berjaya. Jadilah anda macam Thomas Edison yang gagal hampir seribu kali.

Buatlah kerja dengan seronok macam aku!