Posts

Showing posts from 2014

Penjual kelapa bertemu 'hantu jalan raya'

Image
Tengah hari tadi saya minum air kepala dengan seorang teman di Danau Kota, Setapak. Saya bangga dengan peniaga buah kelapa pandan asal Jerantut dan peranakan Kelantan itu.

Katanya dia boleh jual sehingga 6,000 biji seminggu. Dia ambil kelapa itu dari Pahang yang diusahakan oleh Felda.
Sembang punya sembang, terkeluarlah cerita mengenai 'hantu jalan raya', yang menyamun dan kutip duit rakyat sesuka hati. Ia bermula apabila ditanya apakah setiap hari dia akan ke Jengka untuk ambil kelapa itu.

Jawabnya tidak, kalau pergi sendiri banyak masalah, tambang minyak, letih dan paling menggerikan pegawai JPJ dan juga polis, katanya.
"Nak pergi ambil sendiri rumit, lori saya kecil muat kira-kira 1 tan sahaja, kalau muat lebih nanti kena tahan JPJ, atau poilis cerita lain pula.." hurainya. 
"Cerita apa?" Saya tanya kebodohan. Kalau kena tahan katanya, JPJ akan minta duit untuk settle tanpa disaman. "Sambil menahan kita suruh berhenti menggunakan papan STOPnya, jari…

Perang antara 3 kumpulan di Syria

Image
Rancangannya mahu membunuh Mujahidin tetapi Rancangan Allah lebih hebat, dia terbunuh dalam perangkapnya.

"Liwa Al Tawhid" turut tidak terkecuali menjadi sasaran para pengebom berani mati puak pelampau Takfiri.
Jurukamera klip ini merupakan pengawal keselamatan di pusat pemeriksaan Liwa al Tawhid yang telah memberhentikan kereta ini untuk pemeriksaan sebelum dia melepasi pusat pemeriksaan itu.
Sewaktu dia mendekati kereta itu, lelaki di dalam kereta menarik picu bom dan kereta itu meletup serta merta dan serpihan kereta melayang keserata tempat.
Alhamdulillah, pengawal keselamatan itu terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan dan sempat menceritakan detik-detik berlakunya insiden cemas itu:
Lihat video ini:

Terjemahan Klip:
Saya lihat segala yang berlaku. Ini adalah kereta yang di gunakan pengebom berani mati (Daulat al Kufur in Iraq and Sham), (Jazrawi)= adalah singkatan perkataan Jazirat al Hijaz (raut wajah Arab).

Saya nampak dia menarik picu bom dan segera saya men…

Unit Amal terus dikagumi ramai dengan tindakan mereka kali ini

Image
Antara produk daripada PAS yang berjaya ialah Unit Amal selain PASTI. Aku memang kagum dengan kecepatan dan inisiatif mereka tanpa memikirkan elaun dan gaji.

Berikut adalah cerita daripada Pemuda Gombak:
Pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS mendapat pengiktirafan apabila diberi kepercayaan oleh pihak Polis untuk bertugas mengawal lalu lintas sempena Thaipusam esok.
Unit Amal Gombak diminta membantu pihak polis berkawal di kawasan lampu isyarat Pinggiran Batu Caves. Ia ekoran aduan orang ramai yang mendakwa berlaku kesesakan teruk di sepanjang jalan memalui Kg. Laksamana, Kg. Nakhoda dan Kg. Sg. Kertas apabila jalan utama ke Batu Caves telah ditutup untuk Thaipusam esok. 
Unit Amal PAS, atau lebih terkenal dengan jolokan 'tentera merah' sebelum ini menjadi bualan rakyat negara ini ekoran kepantasan mereka menghulur bantuan kemanusian ketika banjir melanda beberapa negeri khususnya Pahang dan Terengganu Disember lalu. 
Keikhlasan mereka dengan perinsip 'Beramal Kerana Allah&qu…

Meraikan kematian manusia kejam dan hina

Image
Bagi orang Islam yang beriman, kehidupan merupakan sebuah penjara dan kematian merupakan nikmat kerana mereka dijanjikan Syurga.

Bagi orang bukan Islam, dunia ini adalah syurga buat mereka dan apabila mati kelak jika masih dalam keadaan tidak beriman kepada Allah maka neraka yang kekal buat mereka.

Apatah lagi jika orang kafir yang mati itu adalah manusia yang kejam dan suka hati membunuh manusia lain yang tidak bersalah.

Umat Islam meraikan kematian Ariel Sharon si pembunuh tegar rakyat Palestin. Sejak berusia 17 tahun dia ini memang suka mencari pasal dengan rakyat Palestin. Dikatakan rakyat Palestin pengganas padahal dia yang lebih ganas membaham umat Islam.
Kenapa umat Islam meraikan kematian manusia seperti ini?
Sebabnya mereka yakin dengan janji Allah tentang neraka yang membakar untuk manusia kafir lagi kejam ini. Bangsa Yahudi yang memang terkenal dengan sikap angkuh dan sombong ini disebut banyak kali di dalam Al-Quran. Malah ramai Nabi diutuskan dikalangan mereka.
Sedihnya r…

Genaplah sudah umur Tuan Guru 83 tahun

Image
Semalam 10 Januari 2014 adalah hari lahir Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Seorang insan yang banyak berjasa kepada negeri Kelantan dalam memartabatkan Islam.

Atas jasa beliau yang memindahkan semua wang kerajaan negeri Kelantan ke dalam perbankan Islam telah membuka mata syarikat bank untuk mengembangkan cabang Islamik.

Betapa kita lihat hari ini hampir kesemua bank ada cabang Islamic Banking.
Gambar ini diambil daripada FB Ahmad Fadhli Bin Shaari, bekas setiausaha akhbar Tuan Guru semasa menjadi MB Kelantan.
Petikan daripada gambar itu: Gambar ini diambil 3 hari lepas sewaktu saya dipanggil oleh Tuan Guru ke pejabatnya untuk berbincang sedikit sebanyak tentang isu-isu semasa. Beliau agak keletihan dan meminta diurut di sebelah lengannya. Saya maklumkan kepada beliau bahawa Pemuda Pas Kelantan akan mengunjungi Mufti Kelantan keesokan harinya. Beliau ternyata sangat teruja dan sejurus sahaja selepas pertemuan berlaku, saya dihubungi oleh beliau untuk bertanyakan perkembangan. Nyata seka…