Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts
Tuesday, August 29, 2017
Apabila agama dipersenda
Mempersenda agama adalah satu kebiasaan bagi masyarakat barat terutama agama Kristian. Lihat Filem dan video yang tersebar, agama menjadi bahan lawak.
Perkara ini terjadi apabila dari sudut logik agama kristian tidak selari dengan tahap pemikiran mereka.
Sunday, August 27, 2017
Negara hidup beragama lebih rendah kadar bunuh diri
Ada terbaca satu kenyataan tentang satu kajian berkenaan negara yang rakyatnya mengamalkan hidup beragama lebih rendah kadar bunuh diri.
Hasil kajian itu tidak pelik kerana mereka yang hidup beragama percayakan ada kehidupan selepas mati dan dunia ini hanya satu tempat persinggahan.
Islam pula mengajar umatnya yang dunia ini satu tempat ujian. Di sini Allah menguji hambanya untuk menilai dan ditempatkan di syurga atau neraka yang kekal abadi.
Mereka menganggap, selepas bunuh diri segala masalah akan hilang. Tiada lagi kehidupan untuk hadap segala masalah yang timbul.
Sebenarnya lebih beruntung mereka yang hidup beragama. Hidup di dunia jika susah, akan ada kehidupan lain yang tiada masalah dan kekal abadi. Jadi mereka cuba hidup yang terbaik di dunia untuk kehidupan yang lebih baik dan kekal abadi.
Alangkah ruginya mereka yang tidak beragama. Sudahlah hidup di dunia susah. Kemudian ambil pula keputusan untuk bunuh diri dengan mematikan dirinya secara Total.
Kenapa perlu pilih kepercayaan yang negatif jika ada kepercayaan yang lebih positif?
Kenapa perlu pilih kepercayaan yang negatif jika ada kepercayaan yang lebih positif?
Seronoknya sebuah kehidupan adalah kerana adanya harapan dan agama adalah pemberi harapan yang terbaik untuk manusia.
Friday, August 25, 2017
Logik akal dalam beragama
Jika kita pernah menonton Filem atau Video di internet yang mempersenda orang yang percaya kepada tuhan dan agama, perasaan pertama yang terlintas dalam diri adalah emosi marah.
Tetapi persoalan atau hujah yang ditimbulkan itu kita sendiri pun tidak ada jawapan yang padu.
Kita marah sebab kesesatan mereka atau sebab kita tidak tahu untuk jawab macam mana?
Kita tahu dan percaya kepada kebenaran tetapi kita tidak mampu berhujah menerangkan kebenaran.
Itu adalah kelemahan utama umat Islam sekarang.
Apabila kita tiada jawapan padu untuk dihujahkan maka jawapan paling ajaib yang akan keluar dari mulut kita ialah "Tiada logik dalam beragama."
Paling melucukan adalah apabila dikorek dan dicari sebenarnya ada jawapan kepada hujah golongan tersebut.
Hakikatnya memang ada logik akal dalam beragama tetapi kita sebenarnya yang gagal mencari jawapan.
Sama ada kita malas berfikir, malas membaca atau malas mengkaji.
Tuhan yang Maha Pencipta adalah Maha Bijaksana. Jika mahu diturunkan bala sekalipun ada logik sains disebalik punca berlakunya bencana alam tersebut.
Sebab itu di dalam Al-Quran banyak disebut "Adakah kamu tidak berfikir?"
Sebab itu di dalam Al-Quran banyak disebut "Adakah kamu tidak berfikir?"
Monday, August 7, 2017
Pesan khatib solat jumaat yang padu
Semasa mendengar khutbah solat jumaat yang lepas. (Bagus sebab tak tidur...Hihi) Ada satu pengajaran yang amat berguna mahu dikongsi dengan pembaca sekalian.
Ia mengisahkan tentang percanggahan pendapat antara sahabat nabi berkenaan arahan yang mereka terima dan mereka melakukan 2 benda berbeza.
Perkara ini berlaku pada zaman Nabi ketika Nabi masih hidup.
Nabi tidak marah kepada 2 kumpulan yang berbeza pendapat itu. 2-2 tidak salah dalam menafsirkan arahan Nabi itu.
Jadi kesimpulan yang dibawa oleh khatib ialah untuk kita umat Islam meraikan perbezaan pendapat selagi mana ia dalam kerangkan Islam yang dibenarkan.
Tidak perlulah kita bergaduh, jumud dan fanatik dengan sesuatu pendapat, guru atau ustaz sehingga bergaduh sesama sendiri.
Selagi mana ia tidak berkaitan aqidah dan hukum yang disepakati ulama maka pilihlah untuk ikut pendapat yang kita suka.
Jangan cerca mereka yang tidak ikut sama dengan kita. Hormati dan anggaplah itu sebagai keindahan Islam yang membuka dan memudahkan umatnya untuk beramal dengan Islam.
Saturday, July 22, 2017
Ustaz berbahas pengikut bergaduh
Perbezaan pendapat asalnya satu rahmat. Dengan adanya perbezaan pendapat manusia yang pelbagai ragam, selera dan pemikiran boleh memilih untuk ikut pendapat mana.
Tetapi suasana di Malaysia ini lain jadinya. Kalau boleh, semua orang perlu ikut satu pandangan saja. Yang ikut pendapat lain sikit mereka itu sesat, tidak betul dan salah.
Apabila ada 2 ustaz berbahas tentang satu isu sepatutnya kita sebagai pendengar kena gembira dan dengar elok-elok.
Sebabnya dengan mendengar dan berfikir kita akan dapat ilmu baru.
Selepas dengar pilihlah nak pakai pendapat mana. Tiada betul tiada salah. Yang ada cuma pilihan kita sahaja.
Jika kita sudah pilih untuk ikut sesuatu pendapat itu jangan pula menghentam orang yang ikut pendapat ustaz lain.
Terbukalah dengan perbezaan pendapat. Hormatilah semua ustaz. Jangan taksub dengan seorang sahaja.
Anggaplah semua ustaz ada ilmu dan kelebihan masing-masing.
Ada seorang kawan bagitau. Aku kalau tengok 2 orang ustaz berbahas aku ambil dua-dua ilmu daripada mereka. Yang penting ada sesuatu untuk aku faham dan amalkan.
Ustaz tidak maksum, ada hujah yang aku rasa salah daripada seorang ustaz, aku anggap itu normal seorang manusia yang tidak lepas daripada kesilapan.
Jika ustaz ada tersilap tidak semestinya aku hukum dan benci dia seumur hidup sebab aku tahu dia berilmu dan ada ilmu yang aku telah dapat dan amalkan daripada dia sebelum ini.
Selepas dengar perkataan daripada kawan aku ini aku rasa semua ustaz betul. Semua pandangan betul. Tugas kita ialah ikut dan pilih yang mana kita suka.
Yang peting kita tahu pandangan yang kita ikut itu daripada mereka yang berautoriti.

Thursday, September 26, 2013
Strategi Penyebaran Syiah Di Malaysia
Maklumat yang mengejutkan ini saya dapat daripada Facebook Uztaz Zahazan Mohamed. Alhamdulillah, banyak sudah usaha dilakukan oleh ilmuan islam di Malaysia seperti para ustaz tersohor, TV Al-Hijrah dan ustaz-ustaz yang mengajar di masjid untuk menyebarkan betapa bahaya dan sesat fahaman Syiah ini.
Ini adalah penjelasan tentang target syiah dalam masa 20 tahun di Malaysia.
1. Masuk ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti Pas, Abim, Jim, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah, pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan dari dalam.
2. Mereka masuk kedalam parti politik Ummat Islam seperti Pas, UMNO , PKR dan lain lain untuk menjadi pemimpin dan sekaligus mencetuskan, merekrut pengikut mereka dijadikan syiah.
3. Mereka menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bait, menyamar atas nama kelaurga Rasulullah saw sebelah Saidina Ali untuk rekrut syiah.
4. Mereka masuk dalam pertubuhan berbaiah seperti Pekida, Al Ehsan, Batas , Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatan untuk tujuan yang sama, sama ada merekrut ahli atau mengahncurkan jamaah dari dalam.
5. Mereka akan gunakan kuasa politik, rapatkan diri dengan Perdana Menteri malaysia, menteri-menteri, rapat dengan Menteri Besar Selangor, Kelantan, dan bekas MB kedah bagi tujuan perlindungan politik mereka agar mereka dapat back-up.
6. Mereka Syiah laknatullah menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM untuk merekrut seramai mungkin polis dan askar untuk masuk syiah laknatullah.
7. Mereka mengunakan perniagaan seperti perniagaan air, makanan dan lain untuk dana dan kewangan syiah.
8. Mereka telah memanggil ramai rakyat Iran Syiah untuk masuk belajar dan bekerja di malaysia, dan mereka cuba kahwinkan lelaki Syiah Iran dengan wanita Islam malaysia, mereka masuk dengan cara macam tu melalui belajar dan perkawinan.
9. Mereka masuk dalam pertubuhan pertubuhan amal berbilang bangsa dan kaum untuk merekrut syiah.
10. mereka akan rapat dengan mahasiswi mahasiswa Islam di seluruh IPTA dan IPTS untuk bawak masuk Syiah dengan 9 cara di atas.
Ini adalah Kajian semasa dari Pengerusi Majlis Pekerja-Pekerja Profesional Islam Malaysia PRO-Islam.
Sebarkan kepada seramai mungkin tentang maklumat ini sebelum Malaysia menjadi parah seperti di Syria. Syiah ini rakan kepada musuh Islam seperti Israel. Di hadapan kita mereka pandai berlakon seolah musuh padahal mereka sekutu rapat memerangi Islam.
Agama Syiah dicipta dan direka untuk menghancurkan Agama Islam secara halus.

Saturday, July 20, 2013
Amaran Ustaz Zahazan Buat Penggemar Kurma Iran
Tindakan penganut Syiah Iran dan HisbuSyaitan untuk membantu regim Basyar Assad di Syria menyembelih rakyat telah menimbulkan kemarahan banyak individu yang berhati perut di Malaysia. Kekejaman ini berlaku diluar jangkauan normal akal manusia yang beragama.
Cubit peha kiri peha kanan terasa itu yang berlaku kepada saudara seagama. Ustaz Zahazan juga ada menulis di Facebooknya tentang isu Syria:
Wahai para tamu!Kita berbuka enak, mereka tiada makan yg cukup...
Kita berbuka bersama keluarga, anak isteri dan sesiapa saja yang kita hendak, tapi mereka berbuka tanpa orang yang dikasihi berada di sisi, menanti kepulangan yg belum pasti...
Kita sebahagiannya boleh memilih untuk berbuka di mana sahaja yang dipilih, tapi mereka kena berbuka di celah-celah runtuhan rumah yang hancur, atau di pusat-pusat kawalan yg dijaga...
Kita dan anak-anak selalunya boleh memilih untuk berbuka apa yang kita nak, kadang-kadang ditemui di bazar ramadhan nak salam pun tak dapat lantaran penuhnya juadah di jari-jari tangan...
tapi mereka kena makan tanpa ada pilihan, makan atau mati...
Anak-anak kita ke sekolah dengan segala kemudahan, tapi anak-anak mereka dah lama tak ke sekolah, mereka bertanya, saya nak ke sekolah nak jumpa & main dgn 'Ala', Jihad dan Kauthar, walhal anak-anak kecil ini tak tahu bahawa nama-nama itu sudah bergelar al marhum dan al marhumah lantaran kejahatan dan ke'baruaan' Syi'ah di bawah naungan kepimpinan syaitan Bassyar Assad, dengan sokongan iran republik rafidhah sedunia...
Sesiapa yg menonton Youtube ini tapi masih lagi membeli produk syiah iran, memang tak patut...
Jangan ziarah ana kat sini lagi, putus persaudaraan!
Check out this video on YouTube:
Monday, June 24, 2013
Bukti Manusia Tidak Serik
Sebelum ini saya bersikap biasa sahaja dengan apa yang berlaku. Tetapi selepas tengok video ini rasa amat geram dengan sikap sesetengah manusia. Pentingkan diri sendiri, buat kerja nak mudah dan paling teruk menyusahkan penduduk beberapa buah negara.
Sila lihat video ini:
Jujur saya ingat punca jerebu ialah kebakaran hutan yang berlaku secara tidak sengaja ditambah pula dengan cuaca panas dan kering.
Selepas tengok video di atas rupanya berpunca daripada manusia yang mementingkan untung wang tanpa mahu memikirkan kaedah selamat untuk buat pembangunan. Mereka nampak tidak serik dengan akibat dan kesan perbuatan itu kepada manusia lain. Wang membutakan mereka.
Sedih kan apabila berlaku pada negara yang dikatakan majoriti dan ramai penganut Islam. Memang betul kalau ada orang kata, jika orang bukan Islam tengok cara hidup, pengurusan dan sikap orang Islam di negara-negara majoriti Islam, maka mungkin mereka tidak akan tertarik dengan Islam.
Mujurlah kekuatan agama Islam itu sendiri terletak pada ajarannya, sumber Al-Quran, Sunnah dan sejarahnya. Maka kalau kita tengok kebanyakan orang bukan Islam mudah terpengaruh untuk memeluk Islam selepas mereka membaca Al-Quran terjemahan untuk mencari kebenaran dalam hidup beragama.
Sedih tengok majoriti negara Islam sekarang. Dengan pemimpinnya, pengurusannya dan sikap sesetengah rakyatnya. Itu tidak termasuk ajaran sesat lagi.
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk berubah dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.
Friday, June 21, 2013
Ciri-Ciri Penganut Syiah
Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa ciri yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran dan inilah hukuman bagi sesiapa sahaja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Kemaskini : Syria Care
- Tidak solat Jumaat. Meskipun mereka solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia terus berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.
- Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.
- Pengikut Syiah jarang solat berjemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.
- Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu/tanah yang digunakan menempatkan kening ketika sujud.
- Jika anda perhatikan caranya berwuduk maka anda akan dapati bahawa wuduknya sangat berlainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.
- Anda tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahlussunnah.
- Anda juga akan melihat penganut Syiah banyak mengingati Ahlul Bait; Ali, Fathimah, Hasan dan Husein Radhiyallahu anhum.
- Mereka juga tidak akan menunjukkan penghormatan kepada Abu Bakar, Umar, Uthman dan majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin (Isteri-isteri Nabi) Radhiyallahu anhum.
- Pada bulan Ramadhan penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam hal ini Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa jika bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat terawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bid’ah.
- Mereka berusaha sekuat tenaga untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jamaah salaf dengan jemaah lain, sementara itu mereka mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jamaah lain selain salaf. Ini tentu tidak benar.
- Anda tidak akan melihat seorang penganut Syiah memegang dan membaca Al-Quran kecuali jarang sekali, itu pun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur’an yang benar menurut mereka iaitu al-Quran yang berada di tangan al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.
- Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, dia hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
- Mereka juga berusaha keras mempengaruhi kaum wanita khususnya para mahasiswi di universiti atau di perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut’ah dengan para wanita tersebut apabila nantinya mereka menerima agama Syiah.
- Orang-orang Syiah tekun mendakwah orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan dengan harapan anak perempuannya juga turut menganut Syiah sehingga dengan selesa dia boleh melakukan zina mut’ah dengan wanita tersebut baik dengan pengetahuan ayahnya ataupun tidak. Pada hakikatnya ketika ada seorang ayah yang menerima agama Syiah, maka para pengikut Syiah yang lain automatik telah mendapatkan anak gadisnya untuk dimut’ah. Tentunya setelah mereka berjaya meyakinkan bolehnya mut’ah. Semua kemudahan, kelebihan, dan kesenangan terhadap syahwat ini ada dalam diri para pemuda sehingga dengan mudah para pengikut Syiah menjerat mereka bergabung dengan agama Syiah.
Akhirnya, dengan hati yang terang Ahlussunnah dapat mengenali pengikut Syiah dari wajah hitam mereka kerana tidak mempunyai keberkatan, jika anda perhatikan wajah mereka maka anda akan membuktikan kebenaran dan inilah hukuman bagi sesiapa sahaja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi sallallahu alaihi wasallam dan para ibunda kaum Muslimin radhiyallahu anhunn yang dijanjikan syurga oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Kemaskini : Syria Care
Thursday, June 20, 2013
Syiah Sesat Perlu Masuk Silibus
Setuju sangat dengan idea Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor untuk memasukkan silibus tentang Syiah dan bezanya dengan Agama Islam sebenar. Pendedahan peringkat awal ini sangat penting untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia.
Mungkin niat orang yang masuk Syiah itu untuk mendalami Islam tetapi mereka telah tersilap berguru dengan mereka yang sesat. Didoakan semoga mereka yang tersesat itu kembali kepangkal jalan.
Berikut adalah ulasan penuh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor:
Semoga idea ini dilaksanakan secepat mungkin kerana saya sendiri sangat terkejut tengok video yang tersebar yang menunjukkan agama Syiah telah tersebar di dalam Malaysia ini.Anak-anak umat Islam harus didedahkan dengan Syiah di peringkat awal lagi untuk menyelamatkan akidah umat.Maka saya sarankan supaya dimasukkan dalam silibus JQAF (Jawi, Quran, B.Arab dan Fardhu Ain) tentang agama Syiah dan pertentangannya dengan Islam. Untuk peringkat rendah sentuh yang mudah sahaja. Umpamanya ciri Syiah seperti berikut:1) Memperkenalkan sahabat-sahabat besar Rasulullah SAW dan dedahkan bahawa Syiah telah menghina mereka bahkan mengkafirkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA dan Saidina Umar RA.2) Perkenalkan Abu Hurairah sebagai sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis Nabi SAW dan Syiah memusuhi beliau.3) Perkenalkan Aishah RA sebagai seorang ummul mukminin yang faqih (tempat umat Islam bertanya hukum hakam) dan Syiah menuduh Aishah berlaku keji (berzina).4) Terangkan apa hukum orang yang menuduh kafir para sahabat yang dijamin syurga oleh Allah SWT.5) Terangkan apa itu taqiyah berbohong yang menjadi pegangan agama Syiah sedangkan berbohong itu dosa besar dalam Islam.6) Terangkan apa itu mutaah yang menjadi amalan Syiah sedangkan mutaah itu tidak lain dari perzinaan yang diharamkan.Untuk pengajian umum/Malaysia pula saya sarankan supaya senarai agama-agama yang dianuti di Malaysia ini diperincikan seperti berikut:Ini akan mendedahkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam dan Syiah adalah dua anutan yang berbeza (Masukkan keputusan fatwa kebangsaan 1996 yang menghukum Syiah sebagai sesat dan ditolak). Begitu juga 20 fatwa negeri (9 diwartakan dan 11 tidak diwartakan).- Islam.- Buddha.- Hindu.- Kristian.- Syiah.- Bahai.- Qadiyani.- agama-agama pribumi yang pelbagai.
Mungkin niat orang yang masuk Syiah itu untuk mendalami Islam tetapi mereka telah tersilap berguru dengan mereka yang sesat. Didoakan semoga mereka yang tersesat itu kembali kepangkal jalan.
Tuesday, June 11, 2013
Fatwa Ulama Dunia Tentang Peperangan Syria
Mungkin ada yang tertanya-tanya malah bingung dengan peperangan di Syria. Pihak mana yang perlu kita sokong? Ada orang kata Kerajaan Assad Zalim. Ada orang kata Free Syrian Army (FSA) pemberontak dan mendapat bantuan US untuk jatuhkan kerajaan asal Syria.
Walau bagaimanapun Ulama seluruh dunia sudah mengeluarkan fatwa berkenaan isu ini. Kenyataan dibawah diambil daripada Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif Berhad):
Walau bagaimanapun Ulama seluruh dunia sudah mengeluarkan fatwa berkenaan isu ini. Kenyataan dibawah diambil daripada Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif Berhad):
Di sana ada Bashar Assad dan rakyat Syria yang dizaliminya. Ulama wibawa dari seluruh Dunia (yang di naungi oleh Prof Dr Yusuf Qardhawi) telah sepakat mengutuk Bashar Assad dan mengeluarkan fatwa supaya menyokong perjuangan rakyat Syria yang dizalimi oleh Basyar Assad. Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi yakin bahawa kemenangan akan diperolehi rakyat Syria dan berjanji akan turun solat jumaat dan berkhutbah di damsyik apabila peristiwa bersejarah ini menjadi kenyataan. Rabitah Ulama Syria juga menyokong ketetapan dan keputusan Ulama sedunia. Ulama Azhar lebih awal lagi mempunyai pendirian jalur keras ke atas Basyar Assad supaya rakyat Syria terpelihara dari kejahatannya.Mungkin juga ada yang masih berdolak dalih dengan keputusan Ulama ini dan menafikan perjuangan rakyat Syria. Akan tetapi bukan senang untuk Ulama dunia yang tidak terikat dengan kepentingan mana-mana kerajaan untuk membuat keputusan ini. Lagi tulisan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor:
Dan akhirnya pegang teguhlah keputusan ulama muktabar. Mereka tidak gopoh dalam membuat satu ketetapan dan pendirian. Mereka mendapat pelbagai maklum balas dari rakyat Syria, gerakan Islam khususnya Ikhwan Muslimin Syria. Itupun setelah hampir 2 tahun (2012) barulah Pertubuhan Ulama sedunia menggariskan beberapa prinsip untuk memandu umat islam dalam menentukan sikap terhadap Basyara Assad setelah hampir 50,000 rakyat Syria terbunuh. Kini bilangannya sudah mencecah 90,000. dan kita masih lagi berdolak dalih untuk tidak membuat satu pendirian yang betul. Apakah kita lebih rela tidak berbuat apa-apa sedangkan hampir 10 orang kanak-kanak dibunuh oleh Basyar Assad setiap hari secara puratanya?Di saat mereka pemuda Syria bangkit mempertahan diri dan agama kerana Allah malah ada yang syahid. Kita di sini yang tidak berada di tempat mereka masih enggan memberikan sokongan moral dan wang? Sesungguhnya mereka tidak rugi. Allah pun tidak rugi dengan keputusan kita. Tetapi kita sebenarnya yang rugi!
Sunday, May 12, 2013
Jawapan Kepada Penyokong Parti Yang Buta Jawi
Terkejut, pelik, bingung dan lucu adalah antara perasaan yang aku alami sebaik sahaja terbaca kenyataan di satu Facebook Page penyokong Sebuah Parti. Lihat gambar di bawah (klik untuk besarkan):
Terjaganya kesucian Islam itu bukan dengan menghalang kaum bukan Islam mendekati Islam, memasuki masjid malah membaca al-Quran tetapi terjaganya Islam itu melalui dakwah memperkenalkan Islam kepada kaum bukan Islam seramai mungkin.
Mungkin mereka ingat ini satu isu yang menarik dan dapat mengenakan parti lawan tetapi hakikatnya isu itu memakan diri.
Memang banyak komen yang mengutuk mereka tetapi ada satu tulisan yang sangat menarik mengenai fenomena ini dan mungkin ramai orang Islam terlepas pandang menyebabkan dakwah di Malaysia kepada kaum lain tidak rancak.
Berpuluh-puluh tahun kita bersama tetapi masih ada prejudis antara satu sama lain sehinggalah satu gelombang kebangkitan rakyat timbul beberapa tahun lalu dan telah merobohkan benteng yang dibina pihak penguasa untuk menjayakan agenda PECAH dan PERINTAH.
Inilah tulisan yang membuka minda itu:
Kain lilit kepala pada seorang perempuan berbangsa Cina ada tulisan jawi dianggap suci. Perbuatan wanita itu dicemuh kerana katanya kain lilit kepala itu nanti akan diletak di merata tempat yang tak sepatutnya.Jangan cerca individu yang menulis status itu kerana dia adalah gambaran 'world view' atau pandangan hidup melayu terhadap Islam. Pandangan hidup melayu yang tipikal tidak semestinya pandangan hidup muslim. Pandangan hidup melayu ke atas Islam meng'kudus'kan Islam lebih dari menghayati dan melaksanakan Islam dalam kehidupan.Dilihatnya tulisan jawi itu siap ada tanda bacaan kasrah, dhammah, fathah, shadda (sabdu) dan sukun (tanda mati), tanween (tanda bacaan dua di atas, dua di bawah dan dua didepan). Ia serupa macam al-Quran tetapi dia bukan ayat Quran. Kerana apa yang tertulis ialah Partai Islam se Malaysia dalam tulisan jawi. Jadi pandangan hidup mengkuduskan Islam ini memuliakan jawi menyangka bahawa ia suci dan kudus sedangkan dia hanya tulisan bahasa Melayu dengan menggunakan huruf-huruf Arab.
Walaupun jawi itu adalah jelmaannya syiar Islam yang penting yang dimiliki oleh orang melayu di nusantara, namun melayu nasionalis yang 'mengkuduskan Islam ini juga yang memansuhkan atau menggantikan dengan tulisan rumi apabila tulisan rumi diangkat sebagai tulisan rasmi Semenanjung Tanah Melayu dalam Kongres bahasa di Seremban pada tahun 1956, satu tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan, ya sebelum orang melayu mengecapi kemerdekaan tanah air dari penjajahan barat, warisan melayu yang menobatkan syiar (lambang) Islam dalam tulisannya dihapuskan.Inilah gerakan tajdid (pembaharuan atau peremajaan) Islami yang perlu ditekankan kepada melayu Islam. Gejala ini bukan satu yang terpencil. Psyche atau pemahaman bawah sedar yang mengkuduskan islam tanpa penghayatan sebenar islam itu bolih dilihat juga pada reaksi-reaksi orang melayu terhadap beberapa perlakuan lain yang diberi liputan meluas. Dua contoh yang mendapat perhatian besar ialah bersumpah dengan al-Quran dan bersumpah depan Kaabah.
Orang melayu yang mengkuduskan Islam ini merasa sumpahan dengan al-Quran punya nilai yang tinggi kerana dia bersumpah dengan Quran. Walhal tiada ditetapkan dalam peraturan bersumpah itu dengan al-Quran. Sumpah dalam peruntukan syariat hanya dengan perintah qadhi setelah syarat-syarat bersumpah itu diperakui oleh syariat (bolih atau tidak bolihnya bersumpah dalam perbicaan di mana hukum sumpah yang asalnya adalah makruh, bukan harus). Bahkan bersumpah dengan al-Quran adalah bid'ah kerana ia menyamai sumpah orang-orang Kristian. Dalam qanun Melakapun diletakkan peraturan sumpah depan qadhi ini ialah dengan pihak yang bersumpah memegang mimbar masjid - bukan memegang al-Quran.
Kalau demikian qudusnya bersumpah dengan Quran apatah lagi bersumpah depan kaabah! lagilah nilai sumpah itu naik beberapa darjat. Mungkin ini kali pertama sumpah yang didokumenkan berlaku di depan Kaabah (samada ia benar-benar tulen atau seperti yang didakwa oleh ramai sebagai video edit bukan isu di sini). Kita nak tegaskan sumpah yang diterima dalam Islam hanya sumpah yang diperintahkan oleh qadhi (hakim) yang akan memutuskan bolih tidaknya bersumpah, siapa patut bersumpah dan apa-apa syaratnya (lihat keterangan khusus dari blog Ust Zaharuddin Abd Rahman). Tak perlu melakukannya depan Kaabah kerana ia tidak menambah nilai sumpah itu. Bahkan dia boleh menjadi bid'ah yang mendatangkan dosa sekiranya ia dianggap sebagai tuntutan yang disyariatkan pula oleh umat yang jahil.
Isunya bukan berburuk sangka kepada orang yang bersumpah, yang dipersoalkan ialah dia bersumpah tidak patuh syariat dan wajib kita sebagai umat Islam menegur perbuatan meng'kudus'kan Islam tetapi sebenarnya perbuatan itu ditolak oleh Islam. Ia ibarat mengerjakan solat dengan khusyu tetapi tidak dilakukan dengan menepati rukun solat sebagaimana yang ditunjukkan oleh rasulullah SAW. Apakah solat semacam itu diterima? Pastinya solat semacam itu ditolak kerana sah atau keabsahan sesuatu amal ibadah yang khusus bukan sahaja ditentukan oleh niat tetapi dilakukan mengikut syariat.Inilah satu amal yang wajib kita beri perhatian dan jihad meluruskan salah faham ini adalah keutamaan umat islam pada hari ini. ia mesti ditekankan dalam silibus fardhu ain agar kita melahirkan umat Islam yang bukan sahaja mengkuduskan Islam tetapi menghayatinya dengan lengkap dan sempurna sesuai dengan tabiat Islam yang komprehensif itu. Akhirnya kita kena pastikan apakah amal yang kita lakukan itu patuh syariat sebagai umat Nabi Muhammad SAW.
Nukilan Hafidzi Mohd Noor
Terjaganya kesucian Islam itu bukan dengan menghalang kaum bukan Islam mendekati Islam, memasuki masjid malah membaca al-Quran tetapi terjaganya Islam itu melalui dakwah memperkenalkan Islam kepada kaum bukan Islam seramai mungkin.
Terus Berdiri Harapan Masih Ada
Tidak dinafikan beberapa hari selepas tahu keputusan PRU 13 diri ini terasa lemah memikirkan adakah Malaysia masih ada harapan untuk berubah. Bukan kecewa kerana PR tewas untuk menawan Malaysia tetapi sedih kerana BN menang dengan menipu.
Tulisan ini bukan untuk senaraikan penipuan mereka. Cukuplah pendedahan yang dibuat di laman sosial Facebook dan yang berlaku di tempat aku sendiri. Walaupun seribu bukti ditunjukkan kepada mereka yang tidak sukakan keadilan dan kebenaran, mereka tetap menafikannya.
Tulisan seorang sahabat di bawah ini memberi sedikit sebanyak untuk aku terus maju kehadapan mengejar masa depan Malaysia yang lebih baik.
Menang atau kalah tidak akan dipersoalkan Allah kelak tetapi sampai tahap mana usaha yang kita lakukan itu akan ditanya. Kemenangan sebenar adalah kemenangan di akhirat kelak kerana di sana kekal abadi.

Nukilan : Muhammad Hariadi NawawiAku telah menukil kenyataan sebelum ini, bagi memujuk pejuang-pejuang agamaNya ini, untuk terus berdiri, seolah aku masih kuat.Hakikatnya, aku masih merasa jujuran jernih ini menyapa pipi. Sangat-sangat tidak dapat dibayangkan bagaimanalah perasaan para pejuang yang secara langsung berada di medan, andai aku hanya sebagai pemerhati jauh sebegini pun sudah dirasakan terlalu berat hakikat ini.Perubahan yang sangat-sangat dinantikan seolah-olah lenyap dan hilang begitu sahaja. Tidak dapat dinafikan, sinar harapan untuk melihatkan masa depan tanah air tercinta ke arah yang lebih baik dirasakan seolah-olah kelam seketika.Hatta sekalipun begitu, di dalam lubuk sanubari berbisik, aku sebenarnya gembira. Aku tidak menyeka jujuran jernih itu berseorangan, malah aku bersama mereka. Aku ada mereka. Allah telah kurniakan serta hadiahkan aku sahabat-sahabat yang menyintai tertegaknya agamaNya. Allah tunjukkan aku para sahabat yang harus aku dampingi bersama. Untuk melangkah seiringan satu perjuangan. Sebuah kurniaan yang terindah.Namun, aku terkenang pada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Masihkah kami akan terus bersama mereka di masa yang mendatang? Melihat pada susuk tubuh mereka. Umur yang telah lanjut usia. Walau dicemuh, dituduh, dihina, mereka tabah dan terus berjuang di landasan-Nya.Bagaimana nanti? Aku masih anak muda. Kelak, mereka pasti tidak bersama kita lagi.Aku jadi pilu. Walau aku tidak pernah bertemu mereka, walau aku tidak benar-benar mengenali mereka. Dengan hanya melihat wajah mereka, syahdu ketenangan menyelinap menyapa. Sebuah anugerah yang terindah. Inilah hebatnya aura pencinta-Nya.Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah, aku seakan turut merasa, bahawa kau beri aku peluang menyelami jiwa-jiwa pejuang-pejuang yang bersama baginda Rasulullah s.a.w tika perginya baginda meninggalkan mereka suatu ketika dahulu. Betapa hiba, sayu dan pilu. Sungguh betapa mereka kasih pada kekasih-Mu.Begitu jua aku, betapa aku tidak bersedia untuk bertemu saat itu.
Menang atau kalah tidak akan dipersoalkan Allah kelak tetapi sampai tahap mana usaha yang kita lakukan itu akan ditanya. Kemenangan sebenar adalah kemenangan di akhirat kelak kerana di sana kekal abadi.
Pesan Buat Mereka Yang Menipu Rakyatnya
Ada terbaca di dinding Facebook seorang rakan yang memberikan peringatan kepada kita untuk tidak menggadaikan akhirat demi kesenangan dunia.
Peringatan daripada Ustaz tersebut:
Ingatlah yang dunia ini hanya sementara dan akhirat itu kekal abadi. Menyesal di dunia ada jalan pulang tetapi menyesal di akhirat tiada sudahnya.Bila video lucah, melompat TV3 nak siarkan. Melompat pakar-kapar akademik berat sebelah nak bincangkan di media. Melompat utusan nak buat berita. Tapi bila berkait dengan video hantu dalam pilihanraya baru-baru ini, eh tak ada langsung pulak liputan besar-besaran. Menyepi sesepi mayat mati.Buat sahabat-sahabat dalam BN, belum terbuka lagikah hati kalian untuk merenungi penipuan yang sangat dahsyat yang ditaja oleh kerajaan BN pada hari ini? Atau kalian telahpun mengunci dan memasak hati kalian untuk setia kepada BN selama-lamanya walau apa keadaan sekalipun?Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:Daripada Jundab bin Abdullah al-Bajali, beliau telah berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda: "Sesiapa yang terbunuh di bawah bendera kebutaan dalam keadaan dia menyeru kepada perkauman atau dia membantu perkauman, maka kematiannya adalah satu kematian JAHILIYYAH". (Riwayat al-Imam Muslim)Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:Daripada Ma'qil bin Yasar al-Muzani, beliau telah berkata: Sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Tidak ada seorangpun hamba yang Allah memintanya untuk menjaga rakyat, dia mati pada hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengHARAMkan syurga buatnya". (Riwayat al-Imam Muslim)Bukankah saya telah menyampaikan kepada mereka wahai Allah? Ya Allah, saksikanlah.Oleh Ustaz Hairul Nizam
KPOP Lebih Penting Dari Masa Depan Negara
Sesungguhnya Najib berjaya mendidik rakyatnya untuk sukakan hiburan tanpa menghiraukan perkara yang lebih penting iaitu masa depan negara. Kalau Rasulullah masih ada sekarang tentu dia sedih melihat umatnya menjadi sebegini rupa.
Memang betul setengah pengkaji mengatakan kita sekarang sedang berada di dalam zaman penuh fitnah dan menghampiri hari kiamat. Lihatlah komen anak muda di bawah:
Memang betul setengah pengkaji mengatakan kita sekarang sedang berada di dalam zaman penuh fitnah dan menghampiri hari kiamat. Lihatlah komen anak muda di bawah:
Tiada seinci, seekor kuman mahupun sebesar zarah perbuatan, tindakan, pemikiran kita yang tiada kaitan dengan agama. Kerana setiap perkara atau perbuatan kita akan dikira samada pahala atau dosa.
Nama terpaksa ditutup bagi menjaga keaiban mereka. Berdasarkan nama dan gambar sudah tentu mereka melayu Islam.
Insaflah wahai anak muda kerana kelak Allah akan bertanya apa yang kamu telah buat semasa hidup sihat di dunia. Walaupun Ilmu setinggi langit tetapi pemikiran dan akhlak yang tidak mengikut sunnah Rasulullah tidak kemana jua kerana masa depan kita yang sebenar lagi kekal ialah Akhirat kelak.
Friday, April 19, 2013
Apabila Orang Bukan Islam Lebih Faham Hudud Lebih Daripada Setengah Orang Islam
Sedih, lucu, kagum dan terkesima apabila terbaca komen orang bukan Islam yang boleh terima Hukum Hudud lebih daripada setengah orang Islam sendiri yang mengaku membela Islam kononnya.
Sila baca keratan komen daripada Facebook di bawah:
UMNO yang menjadi dalang disebalik islamophobia orang bukan Islam kerada PAS dan idea PAS untuk laksanakan hudud sudah semakin menipis dan insyaAllah akan terhapus terus benteng ketakutan dan perkauman yang dicanang UMNO sejak sekian lama.
Sila baca keratan komen daripada Facebook di bawah:
Lagi komen Insan yang berfikiran terbuka ini tentang Hudud:
Tuesday, February 12, 2013
Fitnah Zaman Berzaman
Kata-kata seorang ustaz dalam ceramah agamanya betul-betul menyedarkan jiwa. Diceritakan bagaimana sejak zaman dahulu lagi manusia memang mudah percaya dengan fitnah walaupun bukti yang sebaliknya ada di hadapan mata.
Kepelikan ini berlaku bila mana seorang yang alim dan warak melakukan amalan soleh dalam kehidupan hariannya. Keluarganya juga teratur dan patuh pada agamanya. Satu kampung memang kenal orang ini sebagai seorang yang Istiqamah melakukan kebaikan.
Oleh kerana Allah ingin mengujinya, didatangkan satu orang yang hidupnya tunggang terbalik dari segi agamanya malah memang rekod menunjukkan dia ini orang yang tidak boleh dipercayai. Datangnya dia membawa fitnah kepada orang alim ini.
Lalu satu kampung tiba-tiba percaya dengan di pembawa fitnah ini walaupun secara hakikatnya mereka lebih mengenali si alim sudah sekian lama.
Paliknya manusia ini sangat mudah percaya kepada si pembawa fitnah berbanding si alim. Secara buktinya walaupun difitnah si alim masih dengan rutin tetap hariannya melakukan ibadah dan kebaikan namun orang kampung tetap percaya akan fitnah itu dan memandangnya serong.
Cuba perhatikan hidup kita seharian. Mungkin, orang kampung itu adalah kita dan si pembawa fitnah itu boleh jadi media yang suka mencari publisiti murahan. Si alim tadi mungkin individu baik yang selalu mengajar agama dan melakukan kebaikan.
Muhasabah diri kenapa kita sangat mudah percaya kepada sumber yang tidak sahih dengan kredibiliti pembawa berita itu berada pada tahap sangat lemah kepercayaannya.
Air dan minyak itu tidak dapat bercampur. Jika seseorang itu berlakon warak sekalipun perbuatannya itu tidak lama kerana hatinya tidak ikhlas. Sebab itu jarang kita lihat orang yang berhati jahat Istiqamah melakukan amal soleh. Malah kita dapat lihat kehidupan dia dan ahli keluarganya juga tidak terselindung daripada maksiat kepada Allah.
Friday, February 8, 2013
Orang Tua dan Masjid
Sejak sekian lama perhatikan kelibat insan ini yang selalu ada di Masjid. Setiap waktu yang mampu aku pergi ke masjid mesti dia ada. Malah dia telah mengalahkan Pak Imam dan Bilal dari sudut kehadiran. Mungkin rumah dia berhampiran di masjid.
Dia seorang yang sudah tua dan mempunyai masalah kaki yang cepat kekejangan menyebabkan setiap kali duduk Tahiyyat akhir agak sukar untuk dia bangun berdiri dan berjalan. kadang-kadang memerlukan bantuan jemaah ditepinya untuk bangun.
Apa yang mengagumkan ialah Pak Cik ini tidak pernah sembahyang secara duduk tetapi berusaha berdiri walaupun dia mengalami masalah cepat kekejangan kaki.
Lebih mengagumkan lagi dia sangat Istiqamah ke masjid 5 waktu sehari semalam.
Mungkin ada orang kata dia bolehlah sudah tua, kubur kata mari dan rumah kata pergi jadi memang dia kena banyak beramal. Tetapi cuba lihat betapa ramai orang tua di luar sana yang masih liat untuk solat di masjid? Malah alasan sakit selalu meniti di bibir untuk tidak Istiqamah ke masjid.
Ada juga orang kata umur muda hidup mesti mahu berseronok dahulu tunggu nanti sudah tua mesti selalu ke masjid juga. Kita perlu ingat betapa ramai orang mati muda tidak sempat pencen.
Jadi ingatlah apa alasan yang diberi sekalipun, jangan sampai diri kita terlambat untuk beramal. Tanya diri adakah kita Mahu SYURGA atau tidak? Jika mahu jangan lagi hidup dengan beralasan!
Catatan: Tulisan ini sebagai peringatan untuk diri di masa hadapan dikala rasa lemah dan tertewas untuk melakukan amalan Soleh.
Wednesday, February 6, 2013
Seorang Budak Rajin Ke Masjid
Pernah pada suatu hari aku terlewat ke masjid menunaikan solat Isyak dan terpaksa berada di barisan belakang bersama kanak-kanak.
Selepas selesai sujud pertama kanak-kanak ini duduk antara dua sujud dalam keadaan pelik menyebabkan seolah-olah dia memakan ruang duduk aku.
Mula-mula aku merasa pelik adakah budak ini sembahyang main-main sebabnya aku ada ternampak kawannya bergurau senda sesama mereka sebelum solat.
Setelah beberapa kali terjadi begitu maka fahamlah aku yang budak ini ada masalah kesihatan kakinya yang menyebabkan dia terpaksa duduk dalam keadaan pelik.
Aku terus insaf dan kagum dengan semangat budak ini yang masih muda dan sakit tetapi masih mengagahkan diri ke masjid.
Usahkan budak, kalau orang tua sekalipun jika mereka sakit sudah tentu kesakitan itu akan dijadikan alasan kukuh untuk sembahyang di rumah.
Tetapi bagi budak ini tidak begitu. Kesakitan itu membuat dia terus berusaha untuk sembahyang berjemaah di masjid dan mengharapkan pahala berganda daripada Allah Yang Maha Pemurah oleh kerana keadaannya tidak seperti orang lain.
Hidup ini tiada alasan sebenarnya, yang ada hanyalah MAHU ataupun TIDAK!
Thursday, January 17, 2013
Kita tidak berada di tempat mereka
Saya selalu juga terfikir, kalau lah aku berada di tempat mereka sudah tentu aku akan buat begini dan begitu. Kenapa mereka boleh buat begini?
Sehinggalah satu ketika kata-kata saya ini disedarkan oleh orang yang berpengalaman. Katanya, "Jangan berkata begitu, kamu tidak berada di tempat mereka. Kalau kita berada di tempat mereka belum tentu kita mampu buat lebih baik daripada mereka."
Percakapan saya ini sebenarnya berkisar tentang sikap sesetengah saudagar arab yang kaya-raya yang hidup di tanah arab bumi para anbiya' tetapi mereka suka berfoya-foya terutama apabila bercuti di luar negara.
Mereka dikurniakan kemewahan hasil bumi oleh Allah yang sebenarnya boleh jadi ujian di dunia.
Sambung orang yang berpengalaman itu lagi, "Jangan ingat kesusahan dan kemiskinan itu ujian. Kekayaan dan kesenangan juga ujian. Malah ujian kesenangan dan kemewahan ini sebenarnya lebih besar kerana ia mampu membuat diri kita alpa dan cintakan dunia."
"Bersyukurlah dengan apa yang ada tetapi jangan lupa untuk terus berusaha dan berdoa supaya kita diberikan hidayah agar apabila kita kaya kelak kita tidak lupakan akhirat malahan dapat melabur dengan memberi sebanyak mungkin untuk bekalan akhirat."
"Betapa banyak contoh saudagar yang kaya tetapi hebat amalannya, banyak memberinya, sentiasa membantu dan sederhana hidupnya. Doakan supaya kita jadi seperti mereka."
Kesimpulannya, jangan mudah mengata orang tetapi terus refleksi diri kita supaya tidak jadi seperti mereka dan berdoa supaya kita jadi dan tergolong dikalangan mereka yang sentiasa diberikan hidayah dan petunjuk.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Aku ada terbaca berita yang mengatakan Sultan Kelantan atau dikenali sebagai Sultan Muhammad V akan berkahwin tak lama lagi. Mesti dah ada c...
-
Kali ini aku ingin berkongsi gambar dan video tragedi ngeri yang menimpa penjaga Zoo di Singapura dan luar negara. Gambar dan video ini aga...
-
Aku teringat satu ketika dahulu pernah berbual dengan seorang warga Pakistan yang bekerja di KL ni tentang Taliban dan Osama Laden. Apa ya...
-
Cerita pancung kepala ini berlaku di Arab Saudi yang menjalankan hukum hudud. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz. Mengikut beliau, pad...
-
Jika bercerita berkenaan Sultan Brunei mesti terlintas kehebatan kekayaannya dan kemakmuran negaranya yang rakyat kebanyakannya terdiri d...