Tuesday, August 29, 2017

Apabila agama dipersenda


Mempersenda agama adalah satu kebiasaan bagi masyarakat barat terutama agama Kristian. Lihat Filem dan video yang tersebar, agama menjadi bahan lawak.

Perkara ini terjadi apabila dari sudut logik agama kristian tidak selari dengan tahap pemikiran mereka.

Banyak soalan tergantung yang tidak dapat dijawab oleh paderi mereka.

Apabila ini terjadi, ajaran agama tersebut menjadi bahan lawak.

Seperti yang diketahui agama Kristian sudah banyak ditokok tambah, direka sehingga menjadi rupa sekarang.

Percanggahan kepercayaan asas sangat banyak dan berleluasa sehingga wujudnya pelbagai jenis Kristian.

Konsep Trinity juga pernah dijadikan bahan jenaka dalam satu Filem.

Kitab Bible sendiri ada banyak versi dengan berbeza isi kandungan. Tidak seperti Al-Quran Mukjizat yang Allah jaga daripada berlakunya sebarang penyelewangan dan perubahan.

Jika kita tidak mahu Islam menjadi seperti Kristian maka para pendakwah dan Ulama kena proaktif dalam memberi jawapan kepada persoalan manusia.

Jangan begitu mudah kita menjawab, "Tiada logik dalam beragama" apabila tiada jawapan untuk sesuatu soalan itu.

No comments: