Posts

Showing posts from June, 2013

Saddam Dikenang Sebagai Hero?

Image
Saya ada terbaca di Facebook tentang satu artikel yang memuji Saddam dan mengatakan jatuhnya Saddam itu disebabkan perancangan Syiah dan barat.
Ya, memang tidak dinafikan ada betulnya dakwaan itu. Tidak dinafikan juga Saddam Hussein ada banyak jasanya secara tidak lansung kepada dunia Islam.

Tetapi kita tidak boleh lupa ada juga kekejaman dan kezaliman yang dibuat sepanjang dia jadi pemerintah.

Kalau kita ingin kenang Saddam sebagai hero Islam kita tidak boleh nilai separuh-separuh. Kena nilai ilmu agamanya, penghayatan agamanya dan amalan agamanya juga. Semua itu boleh dilihat sebab dia seorang pemimpin bukan rakyat biasa.

Kebaikan dan kejahatan itu tidak boleh ada bersama dalam diri pemimpin Islam sebenar.

Sebab itu nak jadi pemimpin Islam yang dikenang hero dan hebat seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan Salahuddin Al Ayyubi ini bukan mudah.

Kena ada ilmu dan amalan agamanya kuat. Kalau nak ambil separuh-separuh akan jadi macam inilah. Senang-senang dimanipulasi barat.

Ya pihak bara…

Antara Strategi Salahuddin Al-Ayyubi Bebaskan Baitul Maqdis

Image
Musuh dalam selimut di dalam mana-mana negara, organisasi dan kumpulan adalah amat bahaya. Kita tidak tahu mereka musuh sebab di hadapan kita mereka berlakon sebagai rakan setia.

Mereka mengaku mereka Islam, mereka mengaku berjuang untuk Islam, mereka mengaku pembela Islam sedangkan hakikat sebenar ialah mereka sangat membenci Islam bahkan sanggup membunuh orang Islam. Itulah Syiah.

Zaman Rasulullah SAW juga wujud golongan sebegini dikalangan para sahabat dan mereka dipanggil golongan munafiq.

Selepas Rasulullah wafat timbul pula golongan murtad dan langkah yang diambil oleh Khalifah Islam yang pertama Saidina Abu Bakar RA ialah memerangi golongan ini.

Dalam sejarah mana-mana pemimpin Islam yang hebat mengetuai pasukan tentera. Antara strategi awal yang mereka rangka ialah mengesan dan menghapuskan musuh dalam selimut.
Contohnya Salahuddin Al-Ayyubi di dalam peperangan Salib. Antara strategi awalnya ialah memerangi dan mengalahkan kerajaan Fatimiah (Syiah) di Mesir sebelum mengembeling…

Bukti Manusia Tidak Serik

Image
Sebelum ini saya bersikap biasa sahaja dengan apa yang berlaku. Tetapi selepas tengok video ini rasa amat geram dengan sikap sesetengah manusia. Pentingkan diri sendiri, buat kerja nak mudah dan paling teruk menyusahkan penduduk beberapa buah negara.

Sila lihat video ini: Jujur saya ingat punca jerebu ialah kebakaran hutan yang berlaku secara tidak sengaja ditambah pula dengan cuaca panas dan kering.
Selepas tengok video di atas rupanya berpunca daripada manusia yang mementingkan untung wang tanpa mahu memikirkan kaedah selamat untuk buat pembangunan. Mereka nampak tidak serik dengan akibat dan kesan perbuatan itu kepada manusia lain. Wang membutakan mereka. Sedih kan apabila berlaku pada negara yang dikatakan majoriti dan ramai penganut Islam. Memang betul kalau ada orang kata, jika orang bukan Islam tengok cara hidup, pengurusan dan sikap orang Islam di negara-negara majoriti Islam, maka mungkin mereka tidak akan tertarik dengan Islam.
Mujurlah kekuatan agama Islam itu sendiri terle…

Perjanjian Kem David Yang Merugikan

Image
Perjanjian Kem David (Camp David Accord) telah dimetrai antara Mesir (Presiden Anwar Sadat) dan Israel (Perdana Menteri Menachem Begin) pada 17 September 1978.
Isi utama Perjanjian Kem David adalah seperti berikut:
“The permanent borders between Egypt and Israel are the international and recognized boundary lines between Egypt and the territory of Palestine, which was formerly under mandate, as explained on the map (annex ND2), without this affecting the question of the states of the Gaza Strip. The two parties declare that these borders are inviolable and that each will respect the territorial integrity of the other.” Terjemahan:"Sempadan tetap di antara Mesir dan Israel adalah garisan sempadan antarabangsa dan telah diiktiraf antara Mesir dan Wilayah Palestin, yang dahulunya di bawah mandat, seperti yang dijelaskan di atas peta (lampiran ND2), ini tanpa melibatkan persoalan negeri-negeri di Semenanjung Gaza. Kedua-dua pihak mengakui bahawa sempadan ini tidak boleh dicabul dan ma…

Kenapa Mesir Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Syria Tetapi Tidak Dengan Israel?

Image
Saya sendiri tertanya-tanya kenapa Presiden Mesir Dr.Morsi tidak putuskan hubungan diplomatik dengan Israel sedangkan dengan Syria boleh putuskan begitu sahaja? Kalau nak kira kedua-dua negara adalah dipimpin oleh mereka yang gilakan darah manusia.

Soalan itu saya diamkan untuk mencari jawapan oleh kerana isu lebih besar dan kejam di Syria sedang terjadi. Mujurlah Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor telah menjawab persoalan itu dalam laman Facebooknya.
Ini adalah jawapannya:
Hubungan diplomatik di antara Mesir dan Syria tidak sama dengan perjanjian damai 'Camp David Accord' di antara Mesir dan Israel. Adalah hak mana-mana negara yang berdaulat untuk mengadakan mana-mana hubungan diplomatik dengan negara lain, dan berhak pula untuk memutuskan atau menamatkan hubungan tersebut.  Tidak ada pihak ketiga yang boleh memaksa atau menghalang untuk sebuah negara menjalin atau memutuskan hubungan diplomatik dengan negara lain. Hubungan yang wujud di antara Mesir dan Israel bukan hubungan diplom…

Ciri-Ciri Penganut Syiah

Image
Penganut Syiah di Malaysia atau di Indonesia selalu bersembunyi dalam segala hal, terutama mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan bahagian mazhab dalam Islam. Padahal sebenarnya tidak. Dalam istilah Syiah, hal itu disebut “Taqiyah”. Namun sebenarnya ada beberapa ciri yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-cirinya yang berikut ini:
Tidak solat Jumaat. Meskipun mereka solat Jumaat bersama jamaah, tetapi dia terus berdiri setelah imam mengucapkan salam. Orang-orang akan menyangka dia mengerjakan solat sunat, padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat, kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat Jumaat kecuali bersama Imam yang ma’sum atau wakilnya.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.Pengikut Syiah jarang solat berjemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu, tapi yang mereka yakini hanya tiga waktu sahaja.Majoriti pengikut S…

Syiah Sesat Perlu Masuk Silibus

Image
Setuju sangat dengan idea Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor untuk memasukkan silibus tentang Syiah dan bezanya dengan Agama Islam sebenar. Pendedahan peringkat awal ini sangat penting untuk menyelamatkan akidah umat Islam di Malaysia.
Berikut adalah ulasan penuh Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor: Anak-anak umat Islam harus didedahkan dengan Syiah di peringkat awal lagi untuk menyelamatkan akidah umat.Maka saya sarankan supaya dimasukkan dalam silibus JQAF (Jawi, Quran, B.Arab dan Fardhu Ain) tentang agama Syiah dan pertentangannya dengan Islam. Untuk peringkat rendah sentuh yang mudah sahaja. Umpamanya ciri Syiah seperti berikut:1) Memperkenalkan sahabat-sahabat besar Rasulullah SAW dan dedahkan bahawa Syiah telah menghina mereka bahkan mengkafirkan Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA dan Saidina Umar RA. 2) Perkenalkan Abu Hurairah sebagai sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis Nabi SAW dan Syiah memusuhi beliau.3) Perkenalkan Aishah RA sebagai seorang ummul mukminin yang faqih (tempat …

Bukti Syiah Keji 3

Image
Mungkin ada yang persoal tentang semua bukti yang saya berikan ialah apa yang berlaku di Syria. Apa kaita dengan Syiah secara menyeluruh?

Untuk pengetahuan, peperangan di Syria telah menunjukkan belang sebenar siapa mereka. Iran, Hizbu Syaitan dan penganut Syiah di Iraq turun beramai-ramai membantu Regim Basyar Assad. Ulama Muktabar dunia pun telah mengeluarkan fatwa tentang isu Syria ini.

Jadi sebab itulah saya letakkan tajuk 'Syiah Keji' supaya kita rakyat Malaysia tidak menganut fahaman Syiah yang sesat ini.

Bukti kali ini adalah tentang video yang menunjukkan aksi tentera Bashar membunuh Sunni (lelaki yang telah uzur) dengan cara kejam!
Kedua-dua tentera telah berkali-kali menggunakan kata-kata kesat untuk menghina beliau. Mereka telah menembak kaki beliau dan memaksanya untuk bergerak.

Mereka telah memaksa lelaki yang telah uzur ini untuk menyembah dan melutut kepada mereka, tetapi beliau enggan! Andainya beliau mampu berkata “Mustahil bagi aku untuk menitiskan air mata u…

Kahwin Gadis Syria Satu Gimik Kesedaran

Image
Tawaran untuk mengahwini gadis Syria heboh diperkatakan dalam FB. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, "Setiap amalan itu bermula dengan niat..."
Kalau betul niat kita kerana Allah apa salahnya kan.

Tetapi untuk isu kahwin gadis Syria ini ada agenda disebalik cerita. Terima kasih dan tahniah kepada pemikir idea ini.

Apa yang saya nampak ialah isu ini dimainkan supaya rakyat Malaysia lebih sedar tentang isu yang melanda Syria sekarang. Apa tidaknya, sebaik sahaja isu ini timbul, boleh dikatakan kebanyakan orang yang bergelar lelaki akan tulis di FB masing-masing, komen, Share dan Like.

Dengan kata lain apabila isu ini keluar. Orang yang pada mulanya tidak ambil kisah tentang nasib Syria akan mula bertanya, akan mula membaca dan akan mula mencari info.

Jangan terkejut mungkin selepas ini lagi ramai orang akan menderma kepada Syria dan membantu apa yang termampu.

Mungkin ada betulnya wujud orang yang kahwin dengan gadis Syria. Tetapi untuk isu ini, saya sangat bersyukur d…

Himpunan Balas Rakyat Turki Sokong PM Erdogan

Image
Beberapa minggu lepas Turki antara negara yang tersohor untuk pergi melancong di Eropah telah dikejutkan dengan rusuhan yang telah merosakkan harta benda awam. Rusuhan itu yang berlansung selama berhari-hari akhirnya telah disuraikan oleh pihak berkuasa.

Demonstrasi itu pada mulanya dibuat oleh pencinta alam sekitar untuk menentang pembinaan Shopping Mall di Gezi Park. Untuk maklumat lanjut mengenai cerita sebenar boleh klik sini.

Isu ini terus dimainkan media barat yang dengki akan negara turki dari sudut ekonomi. Punca utama ekonomi Turki jadi sangat maju adalah budaya rasuah dalam kerajaan ditekan dan dihapuskan semasa zaman pemerintahan PM Erdogan.

Berikut adalah gambar perhimpunan aman yang menunjukkan sokongan majoriti rakyat Turki kepada PM Erdogan.
Untuk koleksi gambar-gambar himpunan boleh klik sini.
Tindakan bijak oleh PM Erdogan. Semoga Turki mengembalikan kegemilangan negara Islam.

Disebalik Rusuhan Di Turki

Image
Apa sebab protes ini berlaku? 

Adakah Rakyat Turki terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi? Harga barang naikkah? Sistem pilihanraya yang tidak bebas? Media yang tidak adil? Tak cukup makankah? Atau rakyat Turki ditindas oleh PM Erdogan? Jika itulah sebabnya, maka kita silap.

Setelah Parti AKP menguasi Turki 11 tahun yang lepas, pelbagai siri kejayaan yang dibawa oleh Perdana Menterinya, Erdogan. Sebelum AKP menguasai Turki, KDNK pendapatan perkapita hanya $3,500 pada tahun 2002 (sebelum AKP menguasai), tetapi telah meningkat kepada $10,000 pada tahun ini.

Eksport pula meningkat $114 bilion daripada $36 bilion pada tahun 2002 dan dijangka melebihi $500 bilion pada tahun 2023. 206 empangan baru telah dibina, setiap bandar mempunyai universiti dan jumlah pelancong melawat Turki meningkat dari tahun ke tahun.

Di bawah pemerintahan AKP, ekonomi negara telah berkembang dengan sangat pesat. Hutang dengan IMF telah habis dibayar. Kekayaan negara diagihkan dengan saksama kepada rakyat. Nah…

Mesir Bersedia Untuk Berjihad di Syria

Image
Medic Mesir, Al-Azhar Mesir adalah antara istilah yang menunjukkan negara itu tersohor dengan institusi pengajian tinggi yang berkualiti.

Selepas Ulama sedunia mengeluarkan fatwa menyokong penuh Kumpulan Pembebasan Syria dan menyeru seluruh umat Islam yang mampu untuk berjihad di Syria menentang Kerajaan Basyar Assad yang zalim dibantu oleh puak Syiah yang sesat.

Perang Syria telah mencelikkan mata seluruh umat Islam tetang kebejatan dan kesesatan fahaman Syiah sampai tahap sanggup membunuh golongan ahli sunnah. Malah tidak keterlaluan kalau mengatakan mereka ini lebih teruk daripada Zionis Israel.
Apabila Ulama pewaris nabi telah mengeluarkan fatwa maka disahut oleh orang islam yang beriman. Inilah yang terjadi di Mesir apabila kerajaan yang masih baru mengumumkan untuk tidak mengambil tindakan bagi sesiapa rakyatnya yang keluar berjihad di Syria.

Kerajaan yang masih baru itu tidak mampu membantu secara rasmi tetapi sokongan secara tidak rasmi sudah cukup untuk membuktikan komitmen Pr…

Persoalan Tentang Gerakan Syiah

Image
Sebenarnya sudah lama saya sendiri terfikirkan beberapa soalan di bawah ini. Terima kasih kepada Syria Care kerana bertanyakan soalan ini. Jawapannya mudah! Cuma soalan in ditanya supaya kita berfikir siapa musuh kita sebenarnya! Berikut adalah soalan untuk dihadam:
Kenapa tiada seorang Syiah di pusat tahanan Teluk Guatanamo?Kenapa negara-negara Barat tidak menyenaraikan anggota militia Syiah dalam senarai pengganas? Contohnya seperti Hisbullat?.Apa yang sebenarnya dilakukan oleh Hisbullat di selatan Lubnan? (Mereka berkubu 30 km didalam sempadan Lubnan dan memenuhkan kawasan tersebut dengan masyarakat Kristian dari UN supaya tiada pun Mujahidden Sunni datang ke kawasan tersebut untuk menyerang Israel)Tahukah anda peristiwa yang berlaku pada tahun 2006 merupakan drama bertaraf antarabangsa antara Syiah dan Hisbullat untuk menjaga sempadan Israel, sama seperti yang dilakukan oleh rejim Assad.Kenapa droid milik Amerika asyik mengebom anggota Al-Qaeda dn tentera-tentera Syariah setiap ha…

Fatwa Ulama Dunia Tentang Peperangan Syria

Image
Mungkin ada yang tertanya-tanya malah bingung dengan peperangan di Syria. Pihak mana yang perlu kita sokong? Ada orang kata Kerajaan Assad Zalim. Ada orang kata Free Syrian Army (FSA) pemberontak dan mendapat bantuan US untuk jatuhkan kerajaan asal Syria.
Walau bagaimanapun Ulama seluruh dunia sudah mengeluarkan fatwa berkenaan isu ini. Kenyataan dibawah diambil daripada Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif Berhad):
Di sana ada Bashar Assad dan rakyat Syria yang dizaliminya. Ulama wibawa dari seluruh Dunia (yang di naungi oleh Prof Dr Yusuf Qardhawi) telah sepakat mengutuk Bashar Assad dan mengeluarkan fatwa supaya menyokong perjuangan rakyat Syria yang dizalimi oleh Basyar Assad. Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi yakin bahawa kemenangan akan diperolehi rakyat Syria dan berjanji akan turun solat jumaat dan berkhutbah di damsyik apabila peristiwa bersejarah ini menjadi kenyataan. Rabitah Ulama Syria juga menyokong ketetapan dan keputusan Ulama sedunia. Ulama Azhar lebih aw…

Bukti Syiah Keji 2

Image
Bukti demi bukti perlu ditunjukkan untuk menyedarkan umat Islam siapa kawan dan siapa musuh dalam selimut. Sebelum ini saya juga ada menulis tentang bukti syiah keji.

Kali ini pengakuan daripada lelaki yang bernama Ammar daripada tentera Hizbu Syaitan.

Begini petikan daripada FB Page Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria:
Lelaki yang bernama Ammar ini merupakan antara tentera Hizbu Syaitan yang berjaya ditangkap oleh mujahidin FSA di Syria.Ammar mengaku telah merogol sebanyak 70 wanita Sunni di wilayah Khalidiyyah, Darayya' dan beberapa wilayah lagi di Syria. Selain itu telah membunuh lebih 100 lelaki di Syria.Laknat Allah ke atas tentera Hizbu Syaitan.. Ini videonya pula:
Semoga Basyar dan kuncu-kuncu Syiah mendapat balasan yang setimpal di dunia mahupun di akhirat. Jika ada rakyat Malaysia yang menganut fahaman Syiah ini minta-minta bertaubatlah. Anda sedang berada dalam kesesatan yang nyata!

Kenapa Rusia Membantu Syria?

Image
Rusia merupakan antara negara yang banyak memberi sumbangan kepada rejim Basyar begitu juga dengan Iran semenjak perang di Syria.

Perisikan tentera Turki melaporkan bahawa tiga buah lagi kapal perang (destroyer-class combat ship) Russia dalam perjalanan menuju Syria. Ia dijangka berlabuh di pelabuhan Tortous, Syria.   Kapal tersebut mengandungi bantuan senjata, ketenteraan dan sebagainya.
Kenapa Rusia bersungguh-sungguh membantu Syria? Mungkin 5 sebab di bawah ini boleh membuka mata kenapa Syria di bawah regim Assad begitu penting buat Rusia: Kawan Lama - Keluarga Assad sebenarnya telah berkawan lama dengan Rusia. Sejak Hafez al-asaad (1971-2000) memegang tampuk pemerintahan Rusia lagi, hubungan ini telah bermula.Bekalan Senjata - Sebanyak $5 billion nilai bekalan senjata sedang dan telah dibuat antara Rusia dan Syria. $1 billion telah dibekalkan pada tahun 2011 dan tinggal $4 billion lagi masih dalam kontrak untuk bekalan.Hubungan perdagangan - Diangarkan sekitar $2 billion hubungan d…

Bukti Syiah Keji

Image
Mengaku beriman tetapi hakikatnya akidah mereka jauh menyimpang. Mereka berlakon baik dihadapan orang tetapi dibelakang mereka caci malah sanggup membunuh orang Islam.

Ya! Mereka inilah penganut Syiah yang sesat! Tidak salah kalau dikatakan Syiah ini lebih keji daripada Yahudi. Antara bukti terbaru ialah video dan gambar di bawah:

Video kekejaman tersebut: Mungkin ada masih tidak tahu dan bertanya kenapa kita perlu berbalah sesama Islam? Persoalan sekarang ialah mereka iaitu Syiah yang dididik sejak daripada kecil untuk membenci golongan sunni sampai sanggup membunuh. Mereka yang memulakan pertumpahan darah. Malah mereka menuduh sunni sesat sedangkan mereka mengutuk para sahabat seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar malah ada yang mengkafirkan para sahabat.

Ini yang terjadi di Iran dan Iraq saban hari dan sekarang berlaku di Syria. Tentera Syria dibantu tentera Iran dan HisbuSyaiton daripada Lubnan.
Peperangan di Syria bukan antara sesama Islam tetapi antara Islam dan Kesesatan (S…

Kenapa Iran Dan China Sekat Facebook

Image
Gempar seketika dunia Facebook Malaysia apabila ada orang cadangkan supaya Kerajaan menyekat Facebook seperti apa yang dibuat Iran dan China.
Kenapa China dan Iran sekat Facebook?
China yang rakyatnya melebihi 1 billion orang menyekat Facebook kerana mereka lihat ada potensi bisnes di situ. Daripada membiarkan duit mengalir keluar kepada syarikat gergasi Amerika melalui pengiklanan lebih baik terus sekat dan buat Sosial Media sendiri seperti QQ dan Sino.
Kita juga perlu faham yang china sekarang sedang bersaing dengan Amerika untuk menguasai ekonomi dunia. Malah sejak akhir-akhir ini Negara China yang terkenal dengan amalan komunisma membuka pintu pelaburan kepada negara luar, Malaysia ada sebab seperti itu?
Iran pula seperti yang ramai tidak tahu ialah negara yang mengamalkan ajaran sesat Syiah dan suka berlakon menunjuk baik. Mereka tunjuk mereka berani melawan US dan Israel. Sedangkan di belakang tabir berapa ramai orang Sunni mereka bunuh.
Malah, kalau perasan walaupun mereka dida…