Fatwa Ulama Dunia Tentang Peperangan Syria

Mungkin ada yang tertanya-tanya malah bingung dengan peperangan di Syria. Pihak mana yang perlu kita sokong? Ada orang kata Kerajaan Assad Zalim. Ada orang kata Free Syrian Army (FSA) pemberontak dan mendapat bantuan US untuk jatuhkan kerajaan asal Syria.
Walau bagaimanapun Ulama seluruh dunia sudah mengeluarkan fatwa berkenaan isu ini. Kenyataan dibawah diambil daripada Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif Berhad):
Di sana ada Bashar Assad dan rakyat Syria yang dizaliminya. Ulama wibawa dari seluruh Dunia (yang di naungi oleh Prof Dr Yusuf Qardhawi) telah sepakat mengutuk Bashar Assad dan mengeluarkan fatwa supaya menyokong perjuangan rakyat Syria yang dizalimi oleh Basyar Assad. Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi yakin bahawa kemenangan akan diperolehi rakyat Syria dan berjanji akan turun solat jumaat dan berkhutbah di damsyik apabila peristiwa bersejarah ini menjadi kenyataan. Rabitah Ulama Syria juga menyokong ketetapan dan keputusan Ulama sedunia. Ulama Azhar lebih awal lagi mempunyai pendirian jalur keras ke atas Basyar Assad supaya rakyat Syria terpelihara dari kejahatannya.
Mungkin juga ada yang masih berdolak dalih dengan keputusan Ulama ini dan menafikan perjuangan rakyat Syria. Akan tetapi bukan senang untuk Ulama dunia yang tidak terikat dengan kepentingan mana-mana kerajaan untuk membuat keputusan ini. Lagi tulisan Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor:
Dan akhirnya pegang teguhlah keputusan ulama muktabar. Mereka tidak gopoh dalam membuat satu ketetapan dan pendirian. Mereka mendapat pelbagai maklum balas dari rakyat Syria, gerakan Islam khususnya Ikhwan Muslimin Syria. Itupun setelah hampir 2 tahun (2012) barulah Pertubuhan Ulama sedunia menggariskan beberapa prinsip untuk memandu umat islam dalam menentukan sikap terhadap Basyara Assad setelah hampir 50,000 rakyat Syria terbunuh. Kini bilangannya sudah mencecah 90,000. dan kita masih lagi berdolak dalih untuk tidak membuat satu pendirian yang betul. Apakah kita lebih rela tidak berbuat apa-apa sedangkan hampir 10 orang kanak-kanak dibunuh oleh Basyar Assad setiap hari secara puratanya?
Di saat mereka pemuda Syria bangkit mempertahan diri dan agama kerana Allah malah ada yang syahid. Kita di sini yang tidak berada di tempat mereka masih enggan memberikan sokongan moral dan wang? Sesungguhnya mereka tidak rugi. Allah pun tidak rugi dengan keputusan kita. Tetapi kita sebenarnya yang rugi!

Comments

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Dibaham harimau dan singa

Kena pancung kepala

Sultan Osman Gazi pengasas Othmaniyyah

Sultan Brunei yang hebat