Posts

Showing posts from December, 2013

Nelson Mandela menziarahi makam tokoh ini sebaik bebas dari penjara 30 tahun

Image
Kematian tokoh hebat Afrika dirasai hampir seluruh penduduk dunia. Dia adalah tokoh yang membebaskan Afrika daripada krisis atas dasar kulit. Dia juga adalah tokoh yang menghormati penganut agama Islam di Afrika.
Maka tidak hairanlah jika dia berjaya menukar Afrika Selatan kepada sebuah negara yang hebat dan berdaya maju. Antara tulisan mengenang jasa tokoh hebat ini saya tertarik dengan tulisan Dr. Hafidzi Mohd Noor di Facebook beliau: Kematian Nelson Mandela mengingatkan kita kepada seorang lagi tokoh yang mungkin tidak dikenali di luar dari negara jiran Indonesia dan Afrika Selatan. Tokoh ini digelar sebagai 'Tuanta Salamaka' dan disebut oleh Nelson Mandela sebagai 'Putera terbaik pernah dilahirkan Afrika Selatan'.  Sebaik bebas dari tahanan selama 30 tahun, Nelson Mandela menziarahi makam tokoh ini.  Beliau tidak lain adalah Syeikh Yusuf Tajul Khalwati al Makassari. Berasal dari Gowa, Sulawesi dilahirkan pada tahun 1626 dan meninggal dunia pada tahun 1699 di Afrika Sel…