Posts

Showing posts from July, 2012

Jangan bercakap agama kalau bukan ustaz?

Image
Isu ini terjadi apabila beberapa orang artis berhijrah ke arah lebih baik dan ada setengahnya bercakap di pentas PAS.
Ada orang ingat bercakap di pentas PAS ini mesti sentuh ilmu agama sehinggakan ada terkeluar daripada mulut seorang ustazah yang menegur supaya jangan bercakap tentang agama kalau dia tu bukan ustaz atau ustazah.
Yup, memang betul kita tidak boleh memandai bercakap dalam ilmu agama ini. Tetapi tidak salah jika kita bercakap tentang cerita penghijrahan kita daripada buruk kepada baik.
Malah memang digalakkan untuk beritahu orang ramai tentang jalan cerita macam mana kita boleh berhijrah dengan harapan ramai lagi yang ikut berubah.
Kadang-kadang mereka yang berada dalam kegelapan ini tidak dengar sangat cakap ustaz dan ustazah disebabkan beberapa faktor. Tetapi mereka mudah dengar jika orang yang bercakap itu asalnya macam mereka juga satu ketika dahulu.
Konsep dakwah dalam Islam ini sangat luas dan kalau boleh jangan sempitkan. Jangan terlampau menghalang kononya nak m…

Kewujudan Proton merugikan rakyat

Image
Sejak akhir-akhir ini timbul beberapa gambar di Facebook tentang harga yang dikenakan untuk kereta keluaran Nasional tidak adil untuk rakyat. Ini kerena cukai yang dikenakan sangat tinggi.  Masakan tidak, di negara lain boleh dijual dengan harga 2 kali ganda lebih murah dengan kualiti jauh lebih baik. Kepada rakyat sendiri dijual dengan harga mahal dengan kualiti rendah terutama untuk kereta Proton. Untuk kereta Perodua dari sudut kualiti agak ok setakat ni.

Tidak cukup dengan itu, cukai yang dikenakan untuk kereta import berganda-ganda dikenakan. Jadi, pilihan yang ada untuk rakyat ialah membeli kereta keluaran tempatan yang lebih murah dan kualiti rendah.
Bayangkan jika kereta keluaran Nasional tidak wujud. Maka sudah tentu rakyat boleh miliki kereta keluaran Jepun dengan harga lebih murah dari sekarang dengan kualiti lebih baik. Sebabnya cukai yang dikenakan mesti tidak setinggi sekarang. Cukai yang tinggi untuk kereta import adalah untuk menyelamatkan syarikat kereta tempatan darip…

Hikmah berpuasa untuk orang Islam

Image
Jika kita mampu berpuasa selama sebulan tanpa meninggalkan solat fardhu InsyaAllah kita akan tinggalkan segala perbuatan yang termasuk dalam kategori dosa besar.
Kenapa begitu? 
Semua perkara yang halal kita makan, minum dan buat seperti makan nasi, minum Milo Ais dan berjimak dengan isteri tidak dibenarkan untuk dibuat pada siang hari dalam bulan Ramadhan.
Kalau kita mampu menahan diri di siang hari daripada melakukan perkara yang dihalalkan pada malam harinya selama sebulan, maka mana mungkin diri kita sanggup melakukan zina, minum arak dan makan babi kerana perkara ini telah diharamkan dalam Islam.
Puasa melatih nafsu untuk akur kepada iman. Puasa melatih kita mengawal nafsu.

Syaratnya puasa itu dilakukan betul-betul dan sebaik mungkin. InsyaAllah kita akan terselamat daripada melakukan dosa besar.
Selamat menjalankan ibadah puasa!

15 sebab mengapa saya bertudung labuh

Image
'Saya' dalam tajuk di atas bukan merujuk kepada diri penulis tetapi merujuk kepada individu asal yang sudi berkongsi pengalamannya. Perkongsian hebat ini aku ambil daripada Facebook. Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua sempena Ramadhan yang bakal menjelma.
15 sebab mengapa saya memilih untuk bertudung labuh:
Menutup Aurat - Allah CintaDapat pahala bila jaga aurat, berganda bila ikhlas.Nampak macam panas tetapi bila pakai nyaman jer.Nampak solehah, kadang-kadang macam ustazah.bantu jaga mata lelaki, lindungi diri dari lelaki jahat.Nampak lebih cantik, ayu dan sopan.Melabuhkan tudung ikut syariat ertinya ikut sunnah.Apabila dah tutup dengan sempurna boleh terus buat pakaian solat.Didik diri hormat diri sendiri sebelum orang lain hormat kita.Menyihatkan badan, tidak kena sinar UV, debu, kuman dan lain-lain.Tingkatkan malu dalam diri kerana malu itu separuh daripada iman.Satu cabang dakwah iaitu dengan membawa manusia cinta pada Islam.Memudahkan jodoh kerana ini adalah …

Cara cari muka surat dalam Al-Quran dengan mudah

Image
Ramadhan semakin mendekati kita. Diharapkan agar Ramadhan kali ini dapat mendidik kita untuk mendekati Al-Quran dengan lebih rapat. Di sini dikongsikan cara untuk cari muka surat dalam Al-Quran dengan mudah iaitu menggunakan sedikit formula matematik. 
Tip yang nak dikongsikan ini sebenarnya cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tahu muka surat setiap juzuk Al-Quran. Jom sama2 kita belajar!
Contoh 1: Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa formulanya 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan nombor 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82. Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?   
Contoh 2: Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan nombor 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182.   
Contoh 3: J…

Arab Spring satu bencana?

Image
Arab Spring ialah gerakan revolusi rakyat di kebanyakan negara timur tengah yang tidak puas hati dengan pemimpin sedia ada. Kebanyakan berkaitan isu hak asasi manusia, kezaliman dan korupsi.
Sehingga hari ini sebanyak 4 negara berjaya menjatuhkan pemimpin korup sedia ada iaitu Tunisia, Mesir, Libya dan Yaman. Sebuah negara lagi menunggu untuk mengikut jejak langkah yang sama iaitu Syria.
Semua kebangkitan ini bermula dengan demonstasi aman dan ada sesetengahnya berakhir dengan pertumpahan darah. Ini adalah harga yang perlu dibayar untuk masa depan mereka yang lebih baik. Sesetengah pemerhati menyifatkan Arab Spring ialah suatu fenomena yang positif tetapi ada juga mereka yang menganggap perkara ini adalah satu bencana besar terhadap umat Islam.
Walau apapun anggapan mereka, kita perlu menghormati pendirian majoriti rakyat sesebuah negara kerana itu melibatkan masa depan mereka.
Kalau kita kaji zaman gelap barat pun, perubahan yang mereka lakukan perlu dibayar dengan darah untuk sampa…

Infinity Downline hidup lagi?

Image
Lebih kurang 2 tahun lepas Infinity Downline muncul di persada bisnes internet di Malaysia. Masa tu ada kawan-kawan aku yang agak berkaliber sertai bisnes ini. Aku hampir terpengaruh untuk sertai tetapi oleh kerana sebelum  ini pernah kena tipu jadi aku kaji betul-betul bisnes ini.
Setelah berjumpa dan bertanya senior dalam bidang bisnes internet ini maka respon yang aku dapat cukup negatif. Pada masa itu juga blog rujukan hukum halal haram terutama dalam bisnes dan pelaburan zaharuddin.net tengah hangat. Jadi aku rujuk di situ dan mujurnya ada orang bertanya Ustaz Zaharuddin tenteng ID (infinity downline).
Kesimpulan jawapannya adalah haram kerana apa yang dikatakan bisnes itu sebenarnya tidak menjual produk tetapi lebih kepada 'head hunting'.
Pada masa itu aku bertekak dengan seorang kawan dan mujur akhirnya dia insaf dan keluar daripada bisnes itu.
Aku ingatkan bisnes ini sudah mati rupanya tidak. Aku agak terkejut kerana ada seorang kawan baru di Facebook mempromosikan bi…

Aku tidak mencuri harta rakyat

Image
Negara Turki terkenal dengan cerita baik dan cerita jahatnya. Cerita baik adalah negara itu pernah menjadi pusat pemerintahan khalifah Islam dan cerita buruk ialah negara itu juga pernah melahirkan individu yang bernama Kamal Atarturk yang dilaknat.
Turki yang sangat sekular sedang dalam proses pencerahan oleh pendakwah dan pemimpin yang berfikrah Islam sekarang.
Ekonomi Turki sebelum ini adalah sangat teruk disebabkan budaya rasuah dan korupsi berleluasa. Kalau dulu nilai duitnya sangat rendah dibandingkan dengan duit Malaysia. Nilai Lira Turki seakan-akan nilai Rupiah Indonesia.
Tetapi sekarang nilai duitnya lebih tinggi berbanding ringgit Malaysia iaitu 1 Lira Turki = 1.75 Ringgit Malaysia. Apabila ditanya Perdana Menteri Turki bagaimana dia lakukan untuk menaikkan ekonomi Turki yang hampir jatuh satu ketika dahulu seterusnya menaikkan nilai matawang negaranya.
Jawab beliau : "Aku tidak mencuri harta rakyat."
Itu adalah jawapan dan tip yang diberikan. Begitulah bahayanya…

Pening dengan krisis di Syria

Image
Apabila bercakap berkenaan krisis di Syria, ada dikalangan kita rasa pening dan tidak tahu pihak mana yang betul dan pihak mana yang salah.

Aku dulu pun terkeliru apabila ada orang cakap krisis di Syria ini tidak lebih daripada propaganda Barat untuk jatuhkan sebuah negara Islam yang kuat menentang Israel.

Disebabkan aku mendapat kurang maklumat tentang isu sebenar kebangkitan rakyat Syria ini maka aku hampir percaya dengan dakwaan tersebut.

Ada juga mengatakan haram kita menentang pemerintah Islam yang zalim dan rakyat perlu bersabar. Cuba bayangkan apa pandangan orang bukan Islam terhadap agama kita seolah-olah agama Islam memberi lampu hijau untuk pemerintah Zalim memerintah.

Hakikatnya apa yang berlaku di Syria jauh lebih teruk. Syria sebenarnya diperintah oleh kaum Syiah Alawis yang dulunya diumumkan bukan daripada pecahan mazhab Syiah oleh Ulama Iran. Dengan kata lain mereka ini bukan Islam. Lebih teruk lagi Syiah sendiri sebenarnya sesat dari sudut akidah apatah lagi kalau Syia…

Kena pancung kepala

Image
Cerita pancung kepala ini berlaku di Arab Saudi yang menjalankan hukum hudud. Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz. Mengikut beliau, pada satu hari dilihat ramai orang berkumpul beserta kenderaan polis dan 5 buah ambulan.

Pada mulanya dia ingatkan ada orang kenamaan datang tetapi dilihatnya seorang yang diikat tangannya dan diletakkan dalam kedudukan antara 2 sujud. Orang ramai terus berkerumun. Ditanya orang tempatan apa yang berlaku, Mereka bagitau hari ini ada orang kena pancung kepala di khalayak ramai.
Dalam hatinya bertanya kenapa sampai 5 buah ambulan untuk seorang pesalah? Saat yang berdebar itu terus berlalu dan akhirnya orang itu dipancung kepala dengan sekali libas sahaja. Seorang dihujung sana dan seorang dihujung sini dikalangan yang menonton dilihat pengsan.
Rupanya 5 buah ambulan itu disediakan untuk penonton yang pengsan.
Sebulan selepas itu sekali lagi ustaz ini bertembung dengan hukuman pancung kepala. Tetapi kali ini dilihat seorang berlari-lari ke arah kereta p…

Utusan menipu lagi

Image
Akhbar Utusan yang suka menipu dan menyebarkan fitnah memang tidak asing lagi. 'Lesen besar' yang dimiliki mereka dipergunakan sepenuhnya untuk menghentam pembangkang.
Bagi aku menghentam pihak lawan adalah satu perkara biasa tetapi biarlah dilakukan dengan berhemah. Tetapi dengan kemudahan sumber informasi zaman ini melalui internet, segala agenda jahat Utusan mudah dikesan dan didedahkan.
Walaupun disaman berkali-kali mereka tetap meneruskan kerja itu. Apa nak risau ada sokongan kewangan yang kukuh la katakan.
Kalau aku jadi wartawan di Utusan sudah lama aku berhenti kerja. Pertama sebab malu dan maruah. Kedua sebab sumber rezeki yang agak meragukan (Syubhah).
Semuanya bergantung kepada kekuatan dalaman masing-masing. Ada yang mampu bertahan bekerja di situ dan ada juga yang tidak mampu bertahan. Prinsip aku dalam bekerja ialah semua kerja yang aku buat dalam menjana kewangan keluarga mestilah yang aku seronok buat, tidak melanggar agama dan tidak menyusahkan orang lain. La…

Duit syiling baru yang menyusahkan

Image
Pandangan pertama aku pada duit syiling baru ini memang mengecewakan. Seingat aku pada waktu kecil dulu, duit baru memang mengujakan terutama bila tiba waktu raya.
Tetapi keluaran kali ini agak mengecewakan terutama yang 20 sen dan 50 sen. Sudah la sukar untuk bezakan antara 2, malah kualiti juga amatlah kurang.
Dalam gambar nampak cantik, tetapi apabila berada di tangan memang mengecewakan. Guna beberapa kali jer sudah nampak berkulat dan lusuh.
Aku ada terdengar beberapa komen daripada pengguna antaranya:
"Duit syiling baru sukar diterima mesin air dan mesin parking." Aku tak faham kenapa bank Negara yang diterajui ramai bijak pandai tak tefikir benda ini? "Perlu tengok betul-betul takut tersilap bagi duit. Yang disangka 20 sen rupanya 50 sen." Ini rungutan pekedai runcit. Duit syiling dulu memang disengajakan besar nombor 20 dan 50 tetapi sekarang agak kurang jelas kalau sekali pandang.
Jawapan yang ada dalam kepala aku sekarang ialah, ini adalah kesan korupsi.…