Thursday, July 12, 2012

Pening dengan krisis di Syria

Apabila bercakap berkenaan krisis di Syria, ada dikalangan kita rasa pening dan tidak tahu pihak mana yang betul dan pihak mana yang salah.

Aku dulu pun terkeliru apabila ada orang cakap krisis di Syria ini tidak lebih daripada propaganda Barat untuk jatuhkan sebuah negara Islam yang kuat menentang Israel.

Disebabkan aku mendapat kurang maklumat tentang isu sebenar kebangkitan rakyat Syria ini maka aku hampir percaya dengan dakwaan tersebut.

Ada juga mengatakan haram kita menentang pemerintah Islam yang zalim dan rakyat perlu bersabar. Cuba bayangkan apa pandangan orang bukan Islam terhadap agama kita seolah-olah agama Islam memberi lampu hijau untuk pemerintah Zalim memerintah.

Hakikatnya apa yang berlaku di Syria jauh lebih teruk. Syria sebenarnya diperintah oleh kaum Syiah Alawis yang dulunya diumumkan bukan daripada pecahan mazhab Syiah oleh Ulama Iran. Dengan kata lain mereka ini bukan Islam. Lebih teruk lagi Syiah sendiri sebenarnya sesat dari sudut akidah apatah lagi kalau Syiah Alawis.

Dakwaan mereka dan setengah pihak yang mengatakan Basyar Assad adalah  pemimpin Islam dan kita mesti taat adalah tidak benar. Mereka ini telah terkeluar daripada akidah Islam sebenar.

Oleh kerana orang Syiah memandang orang Ahli Sunnah sebagai umat yang kotor dan sesat, Iran dan Hizbullah Lubnan sudi menyokong dan bekerjasama kepimpinan Basyar Assad untuk membunuh rakyat Syria yang majoriti Ahli Sunnah.

Kaum perempuan dirogol dan kanak-kanak dibunuh adalah pendengaran biasa kita dengar berlaku di Syria setiap hari dan cuba ditutup jenayah ini kepada pihak antarabangsa.

Jika anda mendengar rakyat Malaysia yang lantang menyokong kepimpinan Basyar Assad di Syria ketahuilah yang mereka ini adalah penganut akidah Syiah yang sesat!

4 comments:

nadira shahid said...

Tak semua betul tahu tentang krisi di Syria. http://www.youtube.com/watch?v=2DPtGXpN3_Y

AL AZRUL said...

knape Taliban di kutuk hebat?? tidak Hizbullah??
knape Libya doserang NATO?? tdak pula di Syria??
knape Iran masih x diserang Amerika?? tak pula masa Iraq dulu??
konfius..

nadira shahid said...

al azrul. hm. konpius jugak. tak berani nak kata lebih. kalau nak baca dekat internet, bukan semua betul. makin cari, makin dalam, makin konpius.

Alan Rizque said...

Sebab Barat/Amerika tahu siapa musuh mereka sebenar iaitu Islam yang digelar Ahli Sunnah.

Kenapa perlu cemarkan tangan sendiri untuk membunuh orang Islam jika ada golongan (syiah) yang sanggup membunuh orang Islam.