Thursday, September 26, 2013

2 Peribahasa Melayu Yang Mungkin Salah

Teruja, terkejut dan terucap, "Patut pun masa belajar dulu rasa pelik ayatnya."


Tetapi oleh kerana masa sekolah dulu segala benda yang dibaca dan diajar itu dianggap fakta tambahan pula suasana seolah-olah tidak menggalakkan untuk kita berdebat maka didiamkan sahaja.

Ini adalah antara isi hujah tentang peribahasa yang mungkin tersilap itu:

Dua peribahasa MELAYU yang mempunyai maksud yang TIDAK JELAS.

1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2. Melepaskan BATUK di tangga.

Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah

1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
2. Melepaskan BATOK di tangga.

PEGAR adalah sejenis BURUNG yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka drpd ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya.
Maksud peribahasa ini ialah burung PEGAR yg diharapkan utk menjaga sawah padi tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.

BATOK pula ialah GAYUNG di yang digunakan untuk membersihkan kaki sebelum naik tangga nak masuk rumah (rumah kampung kan ada tempayan kat depan rumah).
Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab.

Punca kesalahan ini ialah peribahasa yg TEPAT dan TIDAK TEPAT itu sama dan serupa sekiranya ditulis dalam TULISAN JAWI. Mungkin kekeliruan dan kesalahan ini timbul semasa orang Melayu masih aktif munggunakan tulisan jawi.

هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي
ملڤسکن باتوق د تڠݢ

PEGAR dibaca dengan PAGAR dan BATOK dibaca dengan BATUK.

Memang agak logik juga hujah yang diberikan memandangkan maksudnya lebih tepat dengan pengertian peribahasa itu sendiri.

Apa pun jika anda berminat untuk membaca perbincangan lanjut tentang isu ini maka boleh pergi ke FB Page Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Strategi Penyebaran Syiah Di Malaysia

Maklumat yang mengejutkan ini saya dapat daripada Facebook Uztaz Zahazan Mohamed. Alhamdulillah, banyak sudah usaha dilakukan oleh ilmuan islam di Malaysia seperti para ustaz tersohor, TV Al-Hijrah dan ustaz-ustaz yang mengajar di masjid untuk menyebarkan betapa bahaya dan sesat fahaman Syiah ini.

Ini adalah penjelasan tentang target syiah dalam masa 20 tahun di Malaysia.

1. Masuk ke dalam pertubuhan harakat Islamiyyah, tanzim haraki seperti Pas, Abim, Jim, Hizbut Tahrir dengan cara taqiyyah, pura pura dan niat menguasai pucuk pimpinan atau menghancurkan dari dalam.

2. Mereka masuk kedalam parti politik Ummat Islam seperti Pas, UMNO , PKR dan lain lain untuk menjadi pemimpin dan sekaligus mencetuskan, merekrut pengikut mereka dijadikan syiah.

3. Mereka menggunakan tarekat seperti tarekat ahlu bait, menyamar atas nama kelaurga Rasulullah saw sebelah Saidina Ali untuk rekrut syiah.

4. Mereka masuk dalam pertubuhan berbaiah seperti Pekida, Al Ehsan, Batas , Simpang 3, Majlis Sabilillah dan seangkatan untuk tujuan yang sama, sama ada merekrut ahli atau mengahncurkan jamaah dari dalam.

5. Mereka akan gunakan kuasa politik, rapatkan diri dengan Perdana Menteri malaysia, menteri-menteri, rapat dengan Menteri Besar Selangor, Kelantan, dan bekas MB kedah bagi tujuan perlindungan politik mereka agar mereka dapat back-up.

6. Mereka Syiah laknatullah menyusup masuk ke dalam PDRM dan ATM untuk merekrut seramai mungkin polis dan askar untuk masuk syiah laknatullah.

7. Mereka mengunakan perniagaan seperti perniagaan air, makanan dan lain untuk dana dan kewangan syiah.

8. Mereka telah memanggil ramai rakyat Iran Syiah untuk masuk belajar dan bekerja di malaysia, dan mereka cuba kahwinkan lelaki Syiah Iran dengan wanita Islam malaysia, mereka masuk dengan cara macam tu melalui belajar dan perkawinan.

9. Mereka masuk dalam pertubuhan pertubuhan amal berbilang bangsa dan kaum untuk merekrut syiah.

10. mereka akan rapat dengan mahasiswi mahasiswa Islam di seluruh IPTA dan IPTS untuk bawak masuk Syiah dengan 9 cara di atas.

Ini adalah Kajian semasa dari Pengerusi Majlis Pekerja-Pekerja Profesional Islam Malaysia PRO-Islam.

Sebarkan kepada seramai mungkin tentang maklumat ini sebelum Malaysia menjadi parah seperti di Syria. Syiah ini rakan kepada musuh Islam seperti Israel. Di hadapan kita mereka pandai berlakon seolah musuh padahal mereka sekutu rapat memerangi Islam.

Agama Syiah dicipta dan direka untuk menghancurkan Agama Islam secara halus.

Friday, September 20, 2013

Travelog di Bumi Iraq Siri 4

Catatan syiah yang kukenali siri 4...

Membina masjid-masjid yang indah bagi penganut syiah dengan kubah-kubah dan dindingnya disalut emas tulen adalah antara kelicikan strategi politik Saddam Hussein untuk mengambil hati penganut syiah yang sebenarnya kalau dinisbahkan rakyat Iraq yang berbangsa Arab, syiah adalah majoriti.

Tetapi kalau dihitung keseluruhan rakyat Iraq yang meliputi bangsa Kurdi dan Turkman, nisbah syiah dan sunni di Iraq adalah seimbang.

Penganut syiah mendominasi wilayah-wilayah di selatan Iraq seperti Najaf, Kufah, Karbala’, Nasiriyyah dan Basrah. Di Baghdad sendiri sunni masih merupakan majoriti.

Walaupun begitu tampuk pemerintahan Iraq dari Presiden, Perdana Menteri serta para menteri adalah sunni termasuk seorang kristian, bernama Tariq Aziz.

Masjid-masjid syiah biasanya terdapat makam-makam yang bukan setakat mereka ziarahi tetapi mereka turut bertawaf sekelilingnya. Ada yang bertawaf sambil menangis dan meratap. Antara yang terkenal adalah Masjid di Kufah, Najaf, Kadhimiya dan Karbala’.

Berbanding masjid-masjid tersebut, Karbala’ adalah yang paling ramai dikunjungi terutamanya menjelang 10 Muharram. Di dalamnya terdapat makam Syaidina Hussin bin Ali, cucu Rasulullah s.a.w yang terbunuh dalam tragedi Karbala’.


Makam Syaidina Ali k.w terdapat di Kufah, ini disokong oleh pendapat Imam Ibnu Kathir dalam al Bidayah wan Nihayah.

Walaupun begitu penganut syiah tidak sependapat dalam hal ini kerana ada qaul di kalangan Kaum Rafidhah, Syaidina Ali dimakamkan di Najaf sementara ada lagi qaul di kalangan mereka, selepas kewafatan khalifah Islam yang keempat ini, jenazahnya dibawa dari satu tempat ke satu tempat hingga akhirnya ghaib tidak diketahui. Wallahu’alam. Saya tidak melakukan penyelidikan mendalam dalam hal ini.

Rasa ingin tahu mendorong saya ke sana ke Karbala’ ketika detik 10 Muharram untuk menyaksikan sendiri apa yang dibaca dan didengar. Memang benar terdapat lautan manusia yang datang dari segenap penjuru.

Terutama apabila sempadan Iran-Iraq dibuka, penganut syiah dari Iran pun turut sama berpusu-pusu datang. Saya memerhatikan hampir keseluruhan mereka datang sambil menangis dan merintih... “Yaa Hussin... Ya Hussin... Ya Hussin... Apa dosa kamu diperlakukan begini, wahai cucu Rasulullah...”

Amalan menangis dan meratap ini amat ketara ketika mereka mengelilingi makam Syaidina Hussin (maaf sahabat-sahabat syiah kalau saya istilahkan ‘tawaf’).

Mungkin sebagai tanda kekesalan atas tragedi Karbala' yang telah berlaku, sambil mereka memukul-mukul badan mereka dengan kain dan tangan.

Amalan memukul dan menyakiti tubuh sendiri dengan senjata tajam dan alat-alat lain seperti rantai besi telah diharamkan dizaman pemerintahan Saddam. Alhamdulillah... tak terdapat lagi mereka yang luka berlumuran darah kerana amalan ini.

============================

Tulisan ini saya petik daripada Facebook Dr.Azman Ibrahim.

Oleh kerana kisah pengembaraannya sangat menarik maka saya abadikan dalam blog ini untuk tatapan saya dan pembaca di masa akan datang.

InsyaAllah menurut kata beliau travelog ini akan dibukukan dalam masa terdekat. Sudah tentu ceritanya lebih teratur, terperinci dan menarik. Sama-sama kita tunggu penerbitannya.

Thursday, September 19, 2013

3 Kelemahan Umat Islam

Moshe Dayan, seorang penulis Yahudi pernah menggariskan 3 kelemahan utama umat Islam dalam satu artikelnya.

1) Umat Islam tidak pernah belajar dari sejarah lampau.

2) Umat Islam tidak merancang dengan teliti.

3) Umat Islam terdiri daripada orang-orang yang malas membaca.

Sebaik sahaja artikel ini diterbitkan, ramai orang Yahudi marah kerana mereka fikir orang Islam akan mengubah kelemah-kelemahan ini selepas mereka tahu.

Namun Moshe Dayan menjawab :

"Usah risau, orang-orang Islam tidak akan tahu. Mereka bukannya baca pun."

Saya kongsi bukan untuk berbahas atau berdebat siapa betul siapa salah. Kalau tidak semua betul, mungkin salah satu ada kelemahan tersebut pada kita.

Cuba lihat dimana kita dan dimana mereka sekarang. Cuba lihat juga sejarah umat Islam yang penuh dengan kehebatan.

Kenapa umat Islam yang ramai sekarang sehingga mencecah berbillion orang tidak kuat?

Jawapannya ada dalam diri kita masing-masing. Berhenti menuduh dan menuding jari dan mulakan perubahan daripada diri kita.

Wednesday, September 18, 2013

Travelog di Bumi Iraq Siri 3

Sambungan catatan syiah yang ku kenali siri 3.

Selalu kawan-kawan syiah berhujah, “kami lebih benar sebab Islam kami ambil terus daripada guru, kamu ambik daripada murid.

”Siapakah guru dan siapa pula murid? Soal saya.

“Guru adalah ahlul bait, kami ambil Islam terus dari ahlul bait. Imam-imam mazhab sunni adalah murid kepada ahlul bait, mana yang lebih alim dan benar antara guru dan murid?” Soalnya penuh keyakinan.

Maksud murid dan guru ialah, Imam Abu Hanifah pernah berguru dengan Imam Ja’far as Sadiq, salah seorang dari Imam 12 yang diakui syiah sebagai imam mereka.

Tetapi siapa yang meneliti secara jujur riwayat hidup Imam Ja’far as Sadiq atau nama sebenarnya Ja’far bin Muhammad bin Ali (k.w), ibunya ialah Fatimah binti al Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar as-Sidiq (r.a).

Jelas bahawa beliau bukannya syiah sebagaimana yang didakwa. Imam Ja’far adalah cucu kepada Syaidina Ali k.w dan cicit kepada Abu Bakar as-Sidiq r.a.

Mereka lebih benar sebab kononnya ajaran mereka adalah berpandukan guru (Ja’far as Sadiq) sementara orang sunni adalah murid (Abu Hanifah).

Sebab itulah beberapa hari sebelum menjelang 10 Muharram setiap tahun, penganut syiah akan berarak dengan berjalan kaki dari satu kawasan penempatan syiah bernama Saddam City, sebuah penempatan masyarakat bawahan yang sangat ketinggalan terletak di pinggir Baghdad menuju ke Karbala’ dengan jarak hampir 200 km.

Kenapa berjalan kaki? Sebab kata mereka Syaidina Hussin dulu juga berjalan kaki dari Madinah ke Kufah sampai beliau terbunuh di Karbala’.

Mereka akan melintasi jalan hadapan Masjid Imam Abu Hanifah di mana di dalamnya terdapat makam Abu Hanifah di Bandar Adhamiya berdekatan rumah sewa saya.


Bila sampai di hadapan masjid Abu Hanifah mereka akan berhimpun seumpama demonstrasi sambil melaungkan “Celaka atas kamu!! Kamulah murid yang derhaka kepada guru!”

Jawapan saya kepada dakwaan di atas mudah sahaja. “Apakah kamu sempat berjumpa dengan ahlul bait?”

Tentu jawapan yang saya dapat adalah.. “tidak pernah!” “Habis tu macam mana kamu dakwa bahawa kamu ambil ilmu dan agama ini terus dari ahlul bait?”

Melihat kawan saya terlopong kelu, saya menjelaskan,

“Sahabatku, ilmu dan agama ini diwarisi dari Rasulullah s.aw kepada para sahabat. Sahabat pula ada di kalangan ahlul bait dan bukan kalangan ahlul bait termasuk ada yang bukan Arab.

Kami orang-orang sunni kasih kepada mereka semua termasuk Syaidina Ali dan Syaidina Hussin serta Syaidatina Fatimah az Zahra’.

Silap besar kalau kamu anggap kami memusuhi dan membenci mereka. Kemudian para sahabat mewariskan ilmu kepada tabi’in seterusnya tabi’ tabi’in seterusnya salafus soleh dan seterusnya... seterusnya... Sehinggalah sampai kepada kita.

Bermakna kita sama-sama tidak mendapat ilmu secara terus daripada Rasulullah atau ahlul bait.

Jadi kalau kamu mendakwa lebih benar sebab kamu mendapat ilmu terus dari guru dan bukannya murid, maka jelas dakwaan kamu palsu!"

============================

Tulisan ini saya petik daripada Facebook Dr.Azman Ibrahim.

Oleh kerana kisah pengembaraannya sangat menarik maka saya abadikan dalam blog ini untuk tatapan saya dan pembaca di masa akan datang.

InsyaAllah menurut kata beliau travelog ini akan dibukukan dalam masa terdekat. Sudah tentu ceritanya lebih teratur, terperinci dan menarik. Sama-sama kita tunggu penerbitannya.

Tuesday, September 17, 2013

Travelog di Bumi Iraq Siri 2

Sambungan catatan bersama syiah di Iraq…

Biasa kawan-kawan syiah berkunjung ke rumah, mereka tak akan solat bersama kerana cara solat mereka berbeza.


Paling penting kena ada batu berbentuk bulat bersaiz lebih kurang sebesar biskut marrie tebal dalam 1 cm yang kata mereka dibuat dari tanah suci Karbala’. Mereka sujud dengan dahi diletakkan di atas batu tersebut. 

Semakin tinggi martabat semakin tinggi lapisan batu. Biasanya di sejadah imam terdapat 2 atau 3 lapis batu. Makmun selapis saja. Sebab itu jangan tersalah masuk masjid.


Bila kawan-kawan minta batu untuk solat, rumah saya mana ada batu. Saya guna sejadah saja. Kata mereka, “Ooo… sejadah boleh guna untuk solat tetapi kita tak boleh sujud ke atasnya sebab sejadah bukannya benda tabi’ie, ia telah diproses dan dikilangkan. 

Kita mesti sujud di atas benda tabi’ie”. Alternatifnya? Cari daun kayu. Nasib baik depan rumah ada pokok-pokok bunga. Daun dijadikan ganti batu. Mereka sujud di atas daun. 

Sambil bergurau saya pernah menyatakan kepada mereka, kalau benda tabi’ie menjadi syarat, bagi saya batu dari tanah Karbala’ tersebut bukan lagi tabi’ie. Ianya telah diproses, dibentuk menjadi bulat, diukir gambar masjid. 

Kalau nak batu yang betul-betul tabi’ie jawabnya kena ambik batu kelikir tepi jalan! Boleh melelas dahi kamu. 

Bergurau dalam bab ni mereka tak akan marah. Tapi awas! Bab sahabat terutamanya mengiktiraf Muawiyyah bin Abu Sufian r.a sebagai sahabat nabi akan mengundang kemarahan besar mereka. Bab ni saya akan ceritakan kemudian…

Nak tunggu mereka selesai solat, punyalah lama. Bila ditanya kenapa kamu semayang lama sangat. Mereka jawab, semayang jamak memanglah lama. 

Saya tanya, jamak apa? Mereka jawab, “jamak semua waktu sembahyang hari ni, buat sekali sahaja”. MasayaAllaaaahh…!! Macam mana boleh jadi lagu tu. 

Yang pertama, kita bukannya dalam musafir. Yang kedua, mana boleh jamak sampai lima waktu sekaligus! Lebih tragis, saya pernah jumpa kawan-kawan syiah yang jamak semayang setiap 3 hari sekali, ada lagi yang lebih hebat, jamak semayang setiap seminggu sekali!

Agama ini sudah tersangat mudah, orang-orang yang jahil akan mencari jalan untuk memudahkan lagi. Biasanya yang mudah walaupun sesat akan menarik perhatian orang untuk menjadi pengikutnya. Boleh semayang sekali sehari, 3 hari sekali atau seminggu sekali, tentu mudah kan?

Puasa mereka tidak sebagaimana kita. Waktu puasa kita dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Waktu puasa penganut syiah dari terbit matahari hingga hilang mega merah di kaki langit, masuk waktu isyak.

Sebab itu jangan pelik bila kita keluar dari masjid selepas solat subuh, kita akan dapati masih ada orang yang makan di gerai-gerai tepi jalan. 
Jangan tersalah tegur kata mereka tak puasa sebab mungkin mereka itu syiah. Waktu puasa mereka belum mula lagi sebab matahari belum terbit! Selepas terbit matahari barulah mereka berhenti makan. 

Sebenarnya ramai juga Arab yang tak puasa terus walaupun mereka bukan syiah dan bukan juga mazhab sunni tetapi menganut ‘mazhab jahil’.

Biasa saya diundang berbuka puasa di rumah kawan-kawan syiah. Kita tetap pergi. Masuk waktu maghrib, kita akan dipersilakan makan sambil meminta maaf, mereka memaklumkan bahawa waktu berbuka mereka belum sampai lagi.

Mereka hanya boleh makan bila hilangnya mega merah di kaki langit, hampir masuk waktu isyak! Sambil bergurau, saya kata… “kalau begitu memang adil sebab kamu start puasa lewat, mana boleh berbuka awal!” Mereka hanya tersenyum… bab ni tak sensitif dan tak akan mengundang kemarahan. Ada bab lain.

============================

Tulisan ini saya petik daripada Facebook Dr.Azman Ibrahim.

Oleh kerana kisah pengembaraannya sangat menarik maka saya abadikan dalam blog ini untuk tatapan saya dan pembaca di masa akan datang.

InsyaAllah menurut kata beliau travelog ini akan dibukukan dalam masa terdekat. Sudah tentu ceritanya lebih teratur, terperinci dan menarik. Sama-sama kita tunggu penerbitannya.

Tuesday, September 10, 2013

Travelog di Bumi Iraq Siri 1

Geger bab syiah seminggu dua ni. Kawan-kawan sekelas saya di Universiti Baghdad dulu dalam 25 orang semuanya. Ada kurdi, Arab Iraq, Arab Palestin, Arab Yaman dan Arab Jordan. 5 orang saja sunni termasuk saya! Bakinya syiah.

Kami belajar bersama, mengulangkaji bersama, buat presentation bersama, latihan praktikal di hospital pun sama-sama. Bukannya sehari dua, tapi 6 tahun. Belum lagi dikira penganut syiah yang hidup bersama dalam masyarakat.

Alhamdulillah, saya tetap teguh dengan aqidah ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun tak berjaya 'mengsunnikan' kawan-kawan syiah.

Terpesongnya amalan dan aqidah orang syiah bukan setakat saya baca di buku dan kitab, tetapi mampu dilihat dengan mata kepala sendiri. Musim peperiksaaan kawan-kawan syiah datang bermalam dirumah sampai 2,3 hari untuk sama-sama mengulangkaji pelajaran. 

Macam mana mereka solat, berapa kali mereka sembahyang dalam sehari, macam mana mereka puasa, apa pandangan mereka tentang sahabat-sahabat nabi, peristiwa pembunuhan Syaidina Hussin di Karbala', kitah 'Nahjul Balaghah' yang menjadi rujukan mereka, taasub mereka dengan imam-imam mereka, kelayakkan imam-imam mereka mengeluarkan ijtihad dan fatwa baru semuanya saya kaji dan lalui secara realiti.

Penganut-penganut syiah di Malaysia, berapa hari kamu semua hidup bersama orang syiah? Kalau syiah itu betul, benar, tidak sesat dan menyesatkan. Saya akan jadi syiah lebih dulu sebelum kamu!

Islam ini agama mudah, samada ibadat atau muamalat. Kenapa nak dipermudahkan lagi dengan solat yang boleh dijamak seminggu sekali?

Apa faedah yang kamu boleh dengan mengutuk dan mencaci sahabat-sahabat Nabi? Mana boleh bulan puasa pun hisap rokok atas alasan fatwa imam? Siapa yang ajar kamu al Quran ada 115 surah? Tambah satu lagi surah 'al Wilaayah' kononnya surah yang menceritakan kelebihan Syaidina Ali.

Kalau Syaidina Ali hidup semula, puak kamulah Syaidina Ali akan kerat kepala dulu! Siapa yang ajar kamu semua, Malaikat Jibril tersalah bagi wahyu kepada Muhammad, sedangkan sebenarnya nak bagi kepada Ali? Kamu ingat Jibril tu macam Tok Ki kamu?

Banyak lagi kalau saya nak senaraikan. Kembalilah kepada aqidah yang benar...

============================

Tulisan ini saya petik daripada Facebook Dr.Azman Ibrahim.

Oleh kerana kisah pengembaraannya sangat menarik maka saya abadikan dalam blog ini untuk tatapan saya dan pembaca di masa akan datang.

InsyaAllah menurut kata beliau travelog ini akan dibukukan dalam masa terdekat. Sudah tentu ceritanya lebih teratur, terperinci dan menarik. Sama-sama kita tunggu penerbitannya.