Travelog di Bumi Iraq Siri 2

Sambungan catatan bersama syiah di Iraq…

Biasa kawan-kawan syiah berkunjung ke rumah, mereka tak akan solat bersama kerana cara solat mereka berbeza.


Paling penting kena ada batu berbentuk bulat bersaiz lebih kurang sebesar biskut marrie tebal dalam 1 cm yang kata mereka dibuat dari tanah suci Karbala’. Mereka sujud dengan dahi diletakkan di atas batu tersebut. 

Semakin tinggi martabat semakin tinggi lapisan batu. Biasanya di sejadah imam terdapat 2 atau 3 lapis batu. Makmun selapis saja. Sebab itu jangan tersalah masuk masjid.


Bila kawan-kawan minta batu untuk solat, rumah saya mana ada batu. Saya guna sejadah saja. Kata mereka, “Ooo… sejadah boleh guna untuk solat tetapi kita tak boleh sujud ke atasnya sebab sejadah bukannya benda tabi’ie, ia telah diproses dan dikilangkan. 

Kita mesti sujud di atas benda tabi’ie”. Alternatifnya? Cari daun kayu. Nasib baik depan rumah ada pokok-pokok bunga. Daun dijadikan ganti batu. Mereka sujud di atas daun. 

Sambil bergurau saya pernah menyatakan kepada mereka, kalau benda tabi’ie menjadi syarat, bagi saya batu dari tanah Karbala’ tersebut bukan lagi tabi’ie. Ianya telah diproses, dibentuk menjadi bulat, diukir gambar masjid. 

Kalau nak batu yang betul-betul tabi’ie jawabnya kena ambik batu kelikir tepi jalan! Boleh melelas dahi kamu. 

Bergurau dalam bab ni mereka tak akan marah. Tapi awas! Bab sahabat terutamanya mengiktiraf Muawiyyah bin Abu Sufian r.a sebagai sahabat nabi akan mengundang kemarahan besar mereka. Bab ni saya akan ceritakan kemudian…

Nak tunggu mereka selesai solat, punyalah lama. Bila ditanya kenapa kamu semayang lama sangat. Mereka jawab, semayang jamak memanglah lama. 

Saya tanya, jamak apa? Mereka jawab, “jamak semua waktu sembahyang hari ni, buat sekali sahaja”. MasayaAllaaaahh…!! Macam mana boleh jadi lagu tu. 

Yang pertama, kita bukannya dalam musafir. Yang kedua, mana boleh jamak sampai lima waktu sekaligus! Lebih tragis, saya pernah jumpa kawan-kawan syiah yang jamak semayang setiap 3 hari sekali, ada lagi yang lebih hebat, jamak semayang setiap seminggu sekali!

Agama ini sudah tersangat mudah, orang-orang yang jahil akan mencari jalan untuk memudahkan lagi. Biasanya yang mudah walaupun sesat akan menarik perhatian orang untuk menjadi pengikutnya. Boleh semayang sekali sehari, 3 hari sekali atau seminggu sekali, tentu mudah kan?

Puasa mereka tidak sebagaimana kita. Waktu puasa kita dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Waktu puasa penganut syiah dari terbit matahari hingga hilang mega merah di kaki langit, masuk waktu isyak.

Sebab itu jangan pelik bila kita keluar dari masjid selepas solat subuh, kita akan dapati masih ada orang yang makan di gerai-gerai tepi jalan. 
Jangan tersalah tegur kata mereka tak puasa sebab mungkin mereka itu syiah. Waktu puasa mereka belum mula lagi sebab matahari belum terbit! Selepas terbit matahari barulah mereka berhenti makan. 

Sebenarnya ramai juga Arab yang tak puasa terus walaupun mereka bukan syiah dan bukan juga mazhab sunni tetapi menganut ‘mazhab jahil’.

Biasa saya diundang berbuka puasa di rumah kawan-kawan syiah. Kita tetap pergi. Masuk waktu maghrib, kita akan dipersilakan makan sambil meminta maaf, mereka memaklumkan bahawa waktu berbuka mereka belum sampai lagi.

Mereka hanya boleh makan bila hilangnya mega merah di kaki langit, hampir masuk waktu isyak! Sambil bergurau, saya kata… “kalau begitu memang adil sebab kamu start puasa lewat, mana boleh berbuka awal!” Mereka hanya tersenyum… bab ni tak sensitif dan tak akan mengundang kemarahan. Ada bab lain.

============================

Tulisan ini saya petik daripada Facebook Dr.Azman Ibrahim.

Oleh kerana kisah pengembaraannya sangat menarik maka saya abadikan dalam blog ini untuk tatapan saya dan pembaca di masa akan datang.

InsyaAllah menurut kata beliau travelog ini akan dibukukan dalam masa terdekat. Sudah tentu ceritanya lebih teratur, terperinci dan menarik. Sama-sama kita tunggu penerbitannya.

Comments

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Dibaham harimau dan singa

Kena pancung kepala

3 kisah pentingkan diri sendiri

Sultan Osman Gazi pengasas Othmaniyyah