Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts

Thursday, September 26, 2013

2 Peribahasa Melayu Yang Mungkin Salah

Teruja, terkejut dan terucap, "Patut pun masa belajar dulu rasa pelik ayatnya."


Tetapi oleh kerana masa sekolah dulu segala benda yang dibaca dan diajar itu dianggap fakta tambahan pula suasana seolah-olah tidak menggalakkan untuk kita berdebat maka didiamkan sahaja.

Ini adalah antara isi hujah tentang peribahasa yang mungkin tersilap itu:

Dua peribahasa MELAYU yang mempunyai maksud yang TIDAK JELAS.

1. Harapkan PAGAR, PAGAR makan padi.
2. Melepaskan BATUK di tangga.

Setelah menerima penjelasan, peribahasa yang tepat ialah

1. Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi.
2. Melepaskan BATOK di tangga.

PEGAR adalah sejenis BURUNG yang dibela oleh pesawah untuk menjaga sawah padi mereka drpd ancaman haiwan-haiwan perosak seperti serangga, tikus dan sebagainya.
Maksud peribahasa ini ialah burung PEGAR yg diharapkan utk menjaga sawah padi tidak boleh diharap kerana bertindak memakan padi milik tuannya.

BATOK pula ialah GAYUNG di yang digunakan untuk membersihkan kaki sebelum naik tangga nak masuk rumah (rumah kampung kan ada tempayan kat depan rumah).
Maksud peribahasa ini ialah sikap membuat kerja sambil lewa, acuh tak acuh serta tidak bertanggungjawab.

Punca kesalahan ini ialah peribahasa yg TEPAT dan TIDAK TEPAT itu sama dan serupa sekiranya ditulis dalam TULISAN JAWI. Mungkin kekeliruan dan kesalahan ini timbul semasa orang Melayu masih aktif munggunakan tulisan jawi.

هارڤکن ڤݢر، ڤݢر ماکن ڤادي
ملڤسکن باتوق د تڠݢ

PEGAR dibaca dengan PAGAR dan BATOK dibaca dengan BATUK.

Memang agak logik juga hujah yang diberikan memandangkan maksudnya lebih tepat dengan pengertian peribahasa itu sendiri.

Apa pun jika anda berminat untuk membaca perbincangan lanjut tentang isu ini maka boleh pergi ke FB Page Dr. Burhanuddin Al-Helmy.

Wednesday, May 18, 2011

Kecewa dengan terjemahan buku

Sebenarnya sangat elok kalau buku diterjemahkan daripada bahasa lain ke bahasa Melayu contohnya daripada buku bahasa inggeris dan arab.

Tetapi aku sering kali kecewa apabila beli buku terjemahan. Sebabnya gaya bahasa dan ayat dalam tu terus buat aku jadi pening akan maksud sebenar yang ingin disampaikan. Aku lebih faham maksud sebenar penulis bila baca buku tu dalam versi bahasa inggeris.

Pada pandangan aku la, kalau nak terjemah buku, jangan terjemah perkataan demi perkataan. Malah, jangan juga terjemah ayat demi ayat. 

Sepatutnya, penterjemah kena terjemah apa yang dia faham daripada ayat atau perenggan itu kemudian baru tulis ayat dalam bahasa melayu melalui apa yang dia faham. Itu baru betul dan itu juga baru buat pembaca puas hati.

Tetapi, setelah aku fikir balik mungkin ada akta yang tidak benarkan penterjemah mengolah ayat mengikut apa yang dia faham dan kena ikut sebijik perkataan demi perkataan. 

Maka bagi pandangan aku memang tidak patut kalau akta ini wujud. Sebab aku pernah baca buku terjemahan yang bagus. Sebab olahan ayat dia tu daripada apa yang penterjemah faham.

Wednesday, May 11, 2011

Baru dan baharu

Kali pertama aku dengar perkataan baharu adalah dalam iklan radio Era. Iklan tu tentang kereta Proton baharu. Aku mula-mula dengar terasa sangat la pelik. Lepas dengar iklan tu sekali lagi maka memang sah la Bahasa Melayu dah tukar lagi.
Baru pula kata padanan bahasa inggerisnya 'just'.
Baharu kata padanan bahasa inggerisnya 'new'.

Jadi semua perkataan kena tukar lepas ni antaranya:
  • Selamat tahun baharu
  • Selamat pengantin baharu
  • Pemgambilan pelajar baharu

Apa pandangan korang dengan penukaran perkataan bahasa ni? Setelah sekian lama baru nak tukar. Berbelas tahun aku sekolah dan selalu dapat A BM baru nak tukar. (chewah..)
Pandangan aku la kan, tak salah kalau nak tukar pun tapi untuk generasi macam aku nak aplikasikan memang agak susah sebab dah terbiasa dengan perkataan baru. Mungkin ambil masa kot nak sesuaikan perkataan baharu ni. Hehe..

Monday, June 7, 2010

Bahasa Melayu yang betul...

Aku cuba untuk menulis dengan tatabahasa Melayu yang betul walaupun dalam blog. Kalau tidak di sini di mana lagi? Lagipun aku sudah tidak melalui peperiksaan seperti zaman sekolah yang ada subjek khas Bahasa Melayu.

Walaupun bagi sesetengah orang lebih selesa menggunakan bahasa Melayu percakapan biasa tetapi aku merasakan perlunya kita mempraktikkan bahasa Melayu yang betul ketika menulis. Ini supaya kualiti bahasa boleh dijaga terutama bagi yang ramai pengunjung.

Jadi. bersamalah kita cuba mempraktikkan bahasa melayu yang betul. 
Hehe...=)