Kecewa dengan terjemahan buku

Sebenarnya sangat elok kalau buku diterjemahkan daripada bahasa lain ke bahasa Melayu contohnya daripada buku bahasa inggeris dan arab.

Tetapi aku sering kali kecewa apabila beli buku terjemahan. Sebabnya gaya bahasa dan ayat dalam tu terus buat aku jadi pening akan maksud sebenar yang ingin disampaikan. Aku lebih faham maksud sebenar penulis bila baca buku tu dalam versi bahasa inggeris.

Pada pandangan aku la, kalau nak terjemah buku, jangan terjemah perkataan demi perkataan. Malah, jangan juga terjemah ayat demi ayat. 

Sepatutnya, penterjemah kena terjemah apa yang dia faham daripada ayat atau perenggan itu kemudian baru tulis ayat dalam bahasa melayu melalui apa yang dia faham. Itu baru betul dan itu juga baru buat pembaca puas hati.

Tetapi, setelah aku fikir balik mungkin ada akta yang tidak benarkan penterjemah mengolah ayat mengikut apa yang dia faham dan kena ikut sebijik perkataan demi perkataan. 

Maka bagi pandangan aku memang tidak patut kalau akta ini wujud. Sebab aku pernah baca buku terjemahan yang bagus. Sebab olahan ayat dia tu daripada apa yang penterjemah faham.

Comments

bunga said…
betul2..bunga pun pening lau terjemah satu2..
burhan al-hilmi said…
setuju.. aku pernah beli satu buku terjemahan BM kat institut terjemahan malaysia.. buku nipis je, tapi berhari2 nk kena habiskan sebab kdg2 ada frasa yang langsung xmemberi sebarang makna (atau mungkin ak yg xfhm)..
Alan Rizque said…
Bunga..ya, kena terjemah makna sebenar bukan makna perkataan.

Burhan Al-Hilmi...aku pun ingat aku yang payah faham tapi buku lain ok jer dan aklau baca dalam versi inggeris faham pulak maksudnya..
Zalikha said…
betul~kadang2 lagi rela beli buku bahasa asal sebab kalau terjemah ayat2nya terasa kekok dan kaku.

pernah baca buku the choice (ahmad deedat) mmg pening.especially dia banyak citer pasal bible ngan alquran.kalau salah faham mmg boleh goncang la fahaman kite ni

Popular posts from this blog

Sultan Kelantan bakal berkahwin

Apabila agama dipersenda

Negara hidup beragama lebih rendah kadar bunuh diri

Dibaham harimau dan singa

Apabila bapa sanggup noda anak sendiri