Tuesday, October 29, 2013

Husam Musa Kena Contohi Zaqhanus

Baru-baru ini, dewan persidangan Dun di Kelantan gempar dengan tindakan Husam mempersoalkan beberapa hal berkaitan pengurusan kerajaan negeri.

Husam dilihat menzahirkan kelemahan kerajaan Kelantan yang tidak sampai setahun dipimpin oleh MB baru.

Apa yang jadi persoalan ialah, adakah Husam yang sebelum ini menjadi Exco tidak nampak dan cuba selesaikan kelemahan kerajaan Kelantan sebelum ini?
Tindakan Husam ini menunjukkan sedikit sebanyak kekecewaan beliau apabila tidak dilantik pemimpin kanan kerajaan negeri apatah lagi Exco walaupun cuba dinafikan beliau.

Kalau ikhlas ingin tegur kepimpinan baru kenapa tidak jumpa terus atau tegur dalam mesyuarat dalaman?

Sangat merisaukan apabila orang sehebat Husam Musa mengikut jejak langkah beberapa orang pemimpin PAS yang seolah-olah tidak boleh bekerja tanpa jawatan dan mengamuk apabila tidak dipilih sebagai pemimpin dalam PAS.

Contohnya adalah seperti Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Dr.Hassan Ali. Sekarang ini kemana mereka? Adakah mereka yang rugi atau PAS yang rugi?

Penyakit ini sebenarnya sering dihidapi oleh mereka yang telah lama memegang jawatan penting. Apabila tidak dilantik mereka akan mula panas punggung tidak tahu buat apa.

Husam sepatutnya mengambil contoh dan iktibar daripada sejarah iaitu Panglima Zaqhanus.

Paglima Zaqhanus adalah antara ketua pasukan tentera yang dilantik oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dalam misi menawan Kota Konstantinopel.

Beliau mengetuai angkatan tentera laut bagi menguasai pelabuhan tanduk emas. Oleh kerana Pelabuhan itu dijaga pintu masuknya oleh rantai besi yang besar dan kukuh maka misi itu dilihat mustahil.

Panglima Zaqhanus yang dilihat lemah semangat akibat kegagalan demi kegalan dihadapinya akhirnya dipecat oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan digantikan dengan Panglima Palta Oglu.

Panglima Palta Oglu juga dilihat gagal dalam misi menguasai pelabuhan itu juga dipecat dan digantikan oleh Panglima Hamzah Pasha.

Apa yang menarik melalui lakaran sejarah ini ialah sikap Panglima Zaqhanus yang tidak marah, kecewa dan malu walaupun dipecat.

Perkara ini dapat dilihat apabila dia ada didatangi wakil Maharaja Konstantinopel untuk belot kepada Sultan. Dia dijanjikan emas, pangkat dan intan permata kalau setuju.
Akan tetapi sebab matlamatnya jelas untuk syahid maka dia menolak tawaran itu.

Dia terus menjalankan tugas sebagai mujahidin di medan perang sampai satu ketika mesyuarat pemutus sama ada misi perlu diteruskan atau tidak. Panglima Zaqhanus lantang bersuara supaya misi perlu diteruskan.

Sultan dan ramai dikalangan orang kanan rasa bersemangat selepas mendengar kata-kata Zaqhanus untuk meneruskan perang.

Selepas Sultan mengambil keputusan untuk teruskan peperangan semua tentera dibahagikan kepada 3 kumpulan dan salah satu kumpulan dipimpin oleh Panglima Zaqhanus.

Apa yang boleh dipuji ialah sikap Zaqhanus yang tidak mudah kecewa dengan jawatan apabila beliau dipecat. Dia terus berjuang dengan ikhlas dan akhirnaya dilantik sekali lagi sebagai ketua sehingga kemenangan terhasil di pihak Islam.

Husam sepatutnya jangan risau. Teruskan bekerja walaupun tiada memegang jawatan dalam kerajaan negeri. Jika dia terus ikhlas lambat laun orang yang sehebat beliau akan dilantik juga memegang jawatan penting apabila tiba masanya.

Jawatan, kejatuhan, kemenangan dan kekalahan adalah milik Allah untuk tentukan. Ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Hanya Allah yang mengetahui.

Husam sepatutnya mengambil jalan yang lebih proaktif dengan cuba menjalankan projek kerajaan negeri sebelum ini dengan lebih cemerlang.

Contohnya projek Lebuh Raya Rakyat, dinar emas dan projek perladangan. Jangan sampai semua itu menjadi projek gajah putih.

Di dalam PAS sendiri berapa ramai contoh terbaik individu yang ada ketika kalah ada ketika menang, ada ketika dilantik dan ada ketika tiada jawatan. Mereka ini terus ikhlas bekerja sehingga orang kagum dengan mereka bukan sebab jawatan tetapi sebab keikhlasan mereka berjuang.

Monday, October 28, 2013

Travelog di Bumi Iraq Siri 6

Catatan syiah yang ku kenali siri 6

Kejatuhan Kerajaan Abbasiyah ke tangan pasukan Mongul Tartar tidak lepas daripada pengkhianatan tokoh Syiah Rafidhah bernama Alauddin Ibnu Alqani dan seorang menteri syiah bernama Nashiruddin Ath-Thusi. 

Wujud pakatan sulit antara pasukan Mongul Tartar dan kelompok Syiah di dalam Kerajaan Abbasiyyah dengan hasrat menjatuhkan pemerintahan Daulah Abbasiyah, kemudian menggantikannya dengan Daulah Fathimiyah.

Kisah sedih ini diceritakan Dr. Raghib As-Sirjani “Qishah At-Tatar min Al-Bidayah ila ‘Ain Jalut” sementara Dr. Muhammad Ali Ash-Shalabi menceritakan dalam bukunya “Al-Moghul Baina Al-Intisyar wa Al-Inkisyar” 
Ibnu Alqani dilantik sebagai perdana menteri oleh Khalifah Al-Mu’tashim Billah sementara Nashiruddin Ath-Thusi sebagai menteri. 

Sepatutnya mereka bertindak mempertahankan Negara tetapi sebaliknya mengadakan hubungan sulit dengan pimpinan bangsa Mongul Tartar dan membuka jalan pasukan kafir tersebut untuk masuk dan menyerang kota Baghdad. 

Ibnu Katsir menceritakan, “Ibnu Alqani menulis surat kepada pasukan Tartar yang isinya menyokong mereka menguasai Baghdad dengan memperincikan setiap peta jalan bagi kemudahan mereka menyerang Baghdad. Kelemahan-kelamahan pertahanan Khilafah Abbasiyah juga didedahkan.” 

Paling keji, Ibnu Alqani menipu Khalifah kononnya suatu pasukan utusan diplomatik dari Mongul akan tiba untuk melawat Baghdad. Kita perlu membuka pintu kota seluas-luasnya untuk menyambut mereka. Maka keluarlah pembesar-pembesar kerajaan Abbasiyah beramai-ramai untuk menyambut mereka tanpa membawa senjata. 

Akhirnya yang tiba bukan utusan diplomatik, tetapi pasukan tentera Mongul yang besar dan ganas. Dengan pintu kota yang sedia dibuka, Baghdad berhasil takluk dengan mudah. Khalifah Al-Mu’tashim Billah terbunuh pada 14 Shafar 656 H. 

Pengkhianatan itu mengakibatkan ramai ulama yang terbunuh, sekolah-sekolah dan masjid yang hancur, perpustakaan sebagai gudang ilmu luluh, ratusan ribu ummat Islam dibunuh dan kekejaman lain sangat yang luar biasa. Kota Baghdad bersimbah darah. Pusat peradaban Islam yang gemilang, tinggal kenangan.

Tujuan sejarah duka kejatuhan Abbasiyyah saya imbas kembali kerana kita manusia perlu belajar dari sejarah. Sejarah ini wajib kita maklumi. 

Iraq adalah sebuah Negara yang mengamalkan sistem khidmat wajib ketenteraan. Setiap rakyatnya yang mencapai umur 20 tahun wajib menyertai tentera. Kalau mereka menyambung pengajian, masa khidmat ditangguhkan sehingga tamat belajar. 

Tempoh khidmat wajib ini berbeza. Sekiranya Negara dalam keadaan aman, tempohnya 3 tahun bagi mereka yang tidak memiliki ijazah atau diploma. Tempoh setahun setengah bagi pemegang ijazah atau diploma. Dalam suasana perang, tempoh khidmat tiada had sehingga selesai konflik peperangan. 

Sedia dimaklumi bahawa penganut syiah Iraq adalah anti kerajaan era Saddam yang didominasi Muslim Sunni. Tetapi kerana mereka tidak memiliki kekuatan, penentangan ini lebih kepada silent protest serta kadang-kadang gerakan subversif. 

Walaupun anti kerajaan, lantaran undang-undang khidmat wajib tentera, mereka wajib berkhidmat sebagai askar. Dengan nisbah muslim dan sunni yang seimbang, bilangan mereka juga dalam tentera tentunya sangat ramai. Walaupun begitu, pegawai-pegawai tinggi tentera hampir keseluruhannya adalah Muslim Sunni. 

Ketika keadaan kelam kabut dan kacau bilau ekoran serangan Amerika yang membawa kejatuhan Saddam pada 2003, tidak keterlaluan kalau saya senaraikan, antara punca kelemahan pertahanan Iraq adalah kerana ramainya tentera yang berjuang sambil lewa serta lari meninggalkan medan pertempuran. 

Siapakah tentera yang khianat ini? Saya tidak berhajat memberikan jawapannya.
Tetapi lihatlah siapakah yang dipilih oleh Amerika sebagai boneka untuk menerajui Iraq selepas era Saddam. Nuri al Maliki, seorang tokoh syiah yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika, terlibat dalam gerakan subversif menentang kerajaan sehingga beliau melarikan diri dari Iraq pada tahun 1979 dan mendapat perlindungan politik di Syria dan Iran sehinggalah beliau kembali ke Iraq setelah kejatuhan Saddam pada 2003. 

Adakah beliau turut berperanan dengan kejatuhan Iraq kepada Amerika? Ya! Sudah tentu! Dengan perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri serta kerajaan yang didominasi penganut syiah, maka bermulalah mimpi ngeri kepada Muslim Sunni di Iraq. 

Sehingga sekarang, saya masih berhubung dengan kawan-kawan sekuliah di kalangan muslim sunni yang merantau membawa diri ke pelbagai negara seperti Turki, Swiss, Qatar, Dubai, Jordan dan lain-lain termasuk Malaysia ekoran desakan hidup serta ancaman terhadap nyawa dan keselamatan. Saya akan ceritakan kisah sedih mereka nanti.

Mungkin ada yang bertanya. Adakah Saddam seorang Islamik? Jawabnya tidak. Parti Baath yang diterajuinya adalah sebuah parti Sosialis. 

Semoga Allah merahmati seorang Syeikh yang alim lagi wara’ bila saya ajukan persoalan berkenaan Saddam sebelum kepulangan saya dulu. Jawapan beliau cukup dalam dan tidak saya fahami ketika itu. “Adanya Saddam adalah bala kepada Islam di Iraq, jatuhnya Saddam akan mengundang bala yang lebih besar.” Sahabat semua tentu telah dapat memahaminya.

============================

Tulisan ini dipetik daripada Facebook Dr.Azman Ibrahim.

Oleh kerana kisah pengembaraan beliau sangat menarik maka saya abadikan dalam blog ini untuk tatapan kita semua di masa akan datang.

InsyaAllah menurut kata beliau travelog ini akan dibukukan dalam masa terdekat. Sudah tentu ceritanya lebih lengkap, teratur, terperinci dan menarik. Sama-sama kita tunggu penerbitannya.

Kuih Naik Harga 50sen Sebiji!

Sekali fikir gula naik 34sen sahaja. Bukan banyak sangat pun. Paling banyak untuk sekeluarga mungkin 4 - 7kg sebulan beli gula.

Katakan 5kg sebulan untuk sebuah keluarga, sebulan baru RM1.70 kos yang akan meningkat.

Dua kali fikir kita akan nampak gula naik maka harga makanan di restoren mamak dan kuih Mak Jah yang kita beli setiap pagi ditepi jalan semasa hendak pergi kerja turut akan naik.

3 tahun lepas sebiji kuih boleh dapat harga 30sen. Setahun lepas 40sen sebiji dan mungkin selepas ini akan naik 50sen untuk sebiji kuih.
Kita pula selepas ini tidak lagi boleh beli 3 biji kuih untuk sarapan, mungkin 2 biji kuih supaya tidak lebih bajet bulanan.

Orang kata kita kena belajar untuk berjimat mulai sekarang, hentikan tabiat bermewah-mewah.

Bagi saya sangat setuju dan sokong 100% untuk belajar berjimat kalau negara kita tiada hasil bumi yang banyak, tanah tidak subur, sering berlaku bencana alam dan ada perang saudara.

Hakikatnya negara kita aman tanpa semua di atas. Rakyat sekarang kena berjimat bukan sebab-sebab di atas tetapi sebab lain.

Sebab utama ialah kerajaan sekarang tidak pandai mengurus kewangan negara hingga banyak tiris. Buktinya laporan audit negara.

Projek sebuah sekolah sepatutnya RM13juta sudah cukup jadi RM30juta sebab ramai orang nak komisyen. Kalau macam ini gaya pemimpin berbelanja memang sentiasa tidak cukup duit kerajaan walaupun seribu satu cukai baru dikenakan.

Tiga kali fikir mungkin ini bala daripada Allah sebab orang Islam di Malaysia sendiri masih ramai tidak amalkan cara hidup Islam sebenar. 

Nama sahaja Islam, pakaian seksi mengalahkan orang bukan Islam.
Nama sahaja tudung, baju ketat sampai nampak bentuk macam-macam.
Nama sahaja ulama, tetapi sokong pemimpin korup, tidak jaga aurat.

Golongan seperti inilah sebenarnya yang akan terus memberi nyawa kepada pemimpin bermasalah. Sebab itu orang kata pemimpin itu cerminan rakyat. Nak tengok rakyat majoriti macam mana di sesebuah negara itu tengoklah pemimpinnya.

Mungkin bala kecil ini cara Allah ingatkan kita untuk kembali kepadanya. Bukan kita sahaja tetapi kena usaha ajak orang lain sekali.

Tugas pendakwah di Malaysia masih jauh dan mencabar. Dakwah orang Islam sendiri satu hal dan dakwah kepada orang bukan Islam hal yang lain pula.

Kalau kita tidak hiraukan bala kecil ini jangan terkejut kalau bala besar datang seperti ekonomi negara jatuh bankrup menyebabkan kita merana seperti berlaku kepada sebuah negara di Eropah.

Adakah masa itu baru kita insaf?

Sunday, October 27, 2013

Travelog di Bumi Iraq Siri 5

Catatan syiah yang ku kenali siri 5.

Tanggapan buruk dan tuduhan melampau penganut syiah terhadap para sahabat r.a adalah perkara yang sudah dalam makluman sejak sekian lama. Lantaran itu saya sentiasa mengambil sikap berhati-hati untuk membincangkan topik ini bersama mereka. 

Ibarat anak dagang di rantau orang, kena pandai membawa diri. Apatah lagi di Kuliyah Perubatan dan Pergigian University of Baghdad ketika itu, bukan setakat saya anak Malaysia tunggal malah saya satu-satunya pelajar bukan Arab yang wujud. 

Mungkin sahabat-sahabat berpendapat, kebenaran wajib dizahirkan walau di mana kita berada. Ya! Saya akui hakikat dan tuntutan itu tetapi kita perlu berpijak di bumi nyata. 

Siapalah kita yang bersendirian di rantau orang untuk mengubah suatu anutan dan pegangan yang telah diwarisi dari datuk nenek moyang mereka lagi. 

Lantaran itu saya lebih bertindak sebagai pencari fakta dan maklumat untuk dibawa balik ke tanah air dan di sinilah medan kita untuk menyatakan kebenaran.

Walaupun dalam keadaan beringat, akhirnya hari panas dan tegang berlaku juga tanpa diundang. Seorang teman (tentunya syiah) yang tinggal di pinggir Baghdad berkali-kali memaklumkan keluarganya sangat ingin untuk bertemu dan berkenalan dengan saya. 
Undangan mereka saya tunaikan sebaik sahaja selesai menghadapi peperiksaan akhir di tahun keempat pengajian. Sekitar bulan Julai 1997, ketika cuaca panas membahang dengan suhu melebihi 45°C, di satu penempatan syiah dipanggil Hayyu Adil.

Sebagaimana lazimnya, air sejuk di dalam teko akan diangkat sebagai memuliakan tetamu sebelum kita dijemput menikmati hidangan tengah hari. 

Bersama beberapa orang abang teman saya, kami berbual-bual sebelum hidangan tengah hari disiapkan. Bertamu ke rumah orang Arab, jangan mimpi kita nak tengok ahli keluarga wanita mereka, ini adat yang mereka pegang samada sunni atau syiah.

Tanpa diduga, keluar satu soalan dari mulut seorang abangnya, “Azman, kamu di Malaysia orang Islam yang baik. Apa pandangan kamu tentang sahabat-sahabat Rasulullah?” 

“Sahabat Rasulullah ramai, yang mana satu saudara maksudkan?” soal saya balik sebenarnya dengan tujuan ingin mengelak. 

“Muawiyyah!” jawabnya tegas. 

“Ya Allah! Cari penyakit sungguh aku hari ini...”

“Kalau jawapan saya tak sependapat dengan saudara semua, bolehkah kita sama-sama berlapang dada menerimanya?” Soal saya lagi. “Tak apa, kami nak dengar saja apa pandangan Muslim di Malaysia.” Saya lega...

Lalu saya memulakan bicara. Bagi saya para sahabat Rasulullah s.a.w adalah generasi terbaik selepas Rasulullah. Merekalah generasi yang telah mengorbankan masa, tenaga, harta dan nyawa demi dakwah Islam yang diperjuangkan Baginda Rasul. 

Setiap mereka ada fungsi dan kehebatan masing-masing. Ali adalah gedung ilmu, Uthman adalah gedung kekayaan ummat, Umar dengan keberaniannya dan Abu Bakar dengan kebenarannya. Semoga Allah meredhai mereka semua. 

Rasulullah juga berpesan; “Ikutlah sunnahku dan sunnah para sahabatku.” Nabi yang mulia juga turut berpesan; “Jangan kamu caci-maki para sahabatku.” Kemulian mereka dengan kita terlalu jauh sehingga Nabi pernah bersabda mafhumnya; Kalau kita sedekahkan emas sebesar Bukit Uhud sementara sahabat nabi hanya bersedekah secupak emas, sedekah kita tidak akan dapat menandingi para sahabat. 

Memang saya akui terdapat peristiwa-peristiwa yang menyedihkan berlaku selepas kewafatan Rasulullah yang melibatkan para sahabat Nabi seperti Peperangan Siffin dan Perang Jamal, yang kita telah pelajari kisahnya. 

Tetapi kita bukanlah hakim untuk menentukan siapa benar dan siapa salah. Tidak pernah saya ketemu seorang ahli sejarah Islam yang muktabar apabila membicarakan hal kedua-dua peperangan ini membuat kesimpulan dengan menentukan siapa benar dan siapa salah.

Panjang lebar saya bersyarah. Kemudian di sambung; “berhubung dengan Muawiyyah, pendirian kami, beliau juga adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang berjasa besar kepada Islam dan perjuangan Islam. Jasa Syaidina Ali k.w tentunya lebih besar.” 

Bila saya menyebut “Muawiyyah adalah salah seorang sahabat Rasulullah...” sangat ketara air muka mereka berubah dengan mendadak, nafas menjadi turun naik menahan kemarahan.

Walaupun begitu, saya cuba menyambung lagi, “Khalifah Umar Abdul Aziz pernah ditanya pandangannya tentang Muawiyyah, lalu Umar Abdul Aziz menyatakan... debu-debu yang melekat di hidung kuda Muawiyyah yang berjihad di jalan Allah lebih mulia dari batang tubuh manusia yang bernama Umar Abdul Aziz...”

Saya tak sempat menjelaskan lebih lanjut, dengan nada tinggi mereka membantah…

“Azman! Kamu memuji Abu Bakar, sedangkan Abu Bakar adalah perampas!” 

“Yaa akhie, apa yang Abu Bakar telah rampas?” 

“Dia telah merampas hak Imam Ali untuk menjadi khalifah!” 

“Silap tu wahai saudaraku, tahukah kamu bagaimana kaedah pemilihan khalifah selepas kewafatan Rasulullah? Abu Bakar dipilih secara syura di kalangan kaum muslimin dan di bai’ah oleh mereka semua termasuk Imam Ali k.w.” 

“Mana adil Abu Bakar menjadi khalifah sedangkan Imam Ali lebih baik dan lebih layak?” 

“Apa ukuran yang kamu guna wahai saudaraku untuk mendakwa bahawa Imam Ali lebih layak?” 

“Imam Ali telah Islam semenjak kanak-kanak lagi, dia tidak pernah sujud kepada berhala. Abu Bakar Islam ketika telah dewasa dan dia pernah sujud kepada berhala.” 

“Astaghfirullah... mengucap saudaraku. Silap besar kamu berfikiran begitu. Aturan Allah menentukan perutusan Nabi berlaku ketika Ali masih kanak-kanak sementara Abu Bakar telah dewasa. Sebagaimana Ali adalah generasi yang paling awal beriman, begitulah juga Abu Bakar. Tuduhan kamu bahawa Abu Bakar adalah penyembah berhala merupakan tuduhan keji dan batil terhadap sahabat Nabi yang agung. Abu Bakar seorang ‘hanifah’. Dia tidak menganut agama penyembahan berhala walaupun ketika zaman jahiliah.” 

“Azman! Imam Ali seorang yang sangat berani, dia yang tidur di atas tempat tidur Nabi ketika hijrah dalam keadaan rumah Nabi dikepung kaum musyrikin!” 

“Yaa, tepat sekali. Syaidina Ali adalah seorang yang sangat berani. Dialah yang memegang panji-panji tentera Islam ketika pembukaan Khaibar. Tetapi kamu jangan nafikan bahawa Abu Bakar yang menemani Nabi dalam perjalanan hijrah ke Madinah. Saudaraku, siapa yang mereka-reka tuduhan yang begini buruk terhadap Abu Bakar?” 

“Ianya diajar oleh Imam-Imam kami ahlul bait!” 

“Saya tak percaya! Imam mana yang ajar begitu? Contohnya Imam Ja’far as Sadiq, salah seorang Imam 12. Betul dia cucu Imam Ali k.w dari sebelah bapanya, tapi dia juga adalah cicit Abu Bakar dari sebelah ibunya. Mustahil dia akan menuduh begitu terhadap moyangnya sendiri!”

Buntu bab Abu Bakar, mereka beralih kepada Umar.

“Umar juga perampas! Dia seorang penyembah berhala yang kufur di zaman jahiliah. Pernah membunuh anaknya sendiri. Manusia sebegini kamu akui sebagai Khalifah Rasulullah?” 

“Saudaraku! Islamnya seseorang akan memadamkan segala kisah silamnya. Apa hak kamu semua untuk mengungkit semua ini? Lebih-lebih lagi Umar seorang ‘Ahli Badar’ yang dijamin syurga oleh Rasulullah. Dia juga dilantik sebagai khalifah dengan bai’ah kaum Muslimin termasuk dibai’ah oleh Imam Ali k.w. Sebagaimana Imam Ali syahid ditikam, Umar juga seorang syuhada’. Siapa kita nak mengeji dan menghukum Umar sebagai kufur. Dia adalah khalifah yang sangat adil, memikul gandum untuk fakir miskin dengan bahunya sendiri. Wafat tanpa meninggalkan apa-apa harta.”

Mereka beralih pula kepada Muawiyyah bin Abi Sufian r.a.

“Celaka atas kamu dan laknat Allah ke atas Muawiyyah yang kamu iktiraf sebagai sahabat Rasulullah! Bagaimana manusia yang kamu iktiraf sebagai sahabat nabi yang berjasa besar kepada Islam boleh memerangi seorang ‘Waliyullah’? Ini manusia pembunuh! Kufur! Laknat! Anaknya juga seorang pembunuh! Semoga Allah mencampakkan dia ke dalam neraka jahannam!”

Saya melihat kepanasan telah mendidih, kata-kata yang keluar adalah dari luapan emosi marah yang melampau. Lebih baik saya mengundur diri.

“Saudaraku, saya telah mengingatkan diawal tadi. Pendirian saya akan bertentangan dengan saudara semua, tapi saudara nak dengar juga. Saya di sini sebagai tetamu. Aib bagi saya untuk berbalah dengan tuan rumah. Izinkan saya berundur. Ma’assalaamah...”

Pergilah diriku tanpa sempat menjamah makan tengah hari.

============================

Tulisan ini dipetik daripada Facebook Dr.Azman Ibrahim.

Oleh kerana kisah pengembaraan beliau sangat menarik maka saya abadikan dalam blog ini untuk tatapan kita semua di masa akan datang.

InsyaAllah menurut kata beliau travelog ini akan dibukukan dalam masa terdekat. Sudah tentu ceritanya lebih lengkap, teratur, terperinci dan menarik. Sama-sama kita tunggu penerbitannya.

Friday, October 25, 2013

Eropah Lebih Aktif Tekan Israel?

Eropah yang kedudukan negara lebih jauh daripada Palestin dilihat lebih aktif menekan Israel berbanding negara arab yang berjiran.

Cuba lihat beberapa berita di bawah:
  1. Sekumpulan aktivis Perancis bertindak melancarkan kempen memboikot barang keluaran Israel di pasar raya terkemuka di Perancis dengan disertai lebih 170 pertubuhan bukan kerajaan.Kempen itu bertujuan memberi tekanan ke atas Israel supaya menghentikan peneroka haram di wilayah Palestin.
  2. Kesatuan Eropah (EU) turut mengharamkan 28 negara anggota menggunakan dana EU bagi projek penempatan haram Israel di wilayah Palestin.
  3. EU juga menambahkan tekanan apabila mensyaratkan semua kontrak dua hala antara negara anggota EU dan Tel Aviv perlu memasukan klausa bahawa Baitulmuqaddis, Genting Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan bukan milik Israel.
Kadang-kadang terfikir juga apa peranan OIC?

Maaf, terlupa yang Arab Saudi juga menyokong kudeta As-Sisi yang berpakat dengan Israel mengepung rakyat palestin di Semenanjung Gaza.

Kalau penjaga 2 kota suci itu boleh belot dengan rakyat Palestin apalah sangat kuasa yang ada pada anggota OIC lain. Memang tepat singkatan OIC untuk "Oh, I see".

Jika dilihat balik, rakyat di Negara Eropah memang memperjuangkan nilai kemanusiaan lebih lantang daripada rakyat negara Islam walaupun daripada segi agama mereka tidak kuat.

Kenapa? sebab mereka faham manusia perlu menghormati manusia lain.

Maka tidak hairan di negara-negara Islam sendiri masih dibelenggu dengan pemimpin diktator, korupsi dan sistem beraja yang sudah tentu nilai keadilan boleh dibakul sampah.

Ini kerana rakyat di kebanyakan negara Islam tidak berani bersuara dan lakukan perubahan. Puncannya mereka malas membaca, berfikir dan mereka juga tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik menyebabkan minda mereka mudah didoktrin oleh pemimpin negara sekarang.

Paling sedih, mana-mana pemimpin negara Islam boleh dibeli oleh 'mastermind' barat dengan mudah untuk memastikan Islam tidak bangkit lagi.

Mungkin ada yang bertanya, habis tu kenapa Amerika dan negara sekutu asyik serang negara Islam kalau rakyat mereka perjuang nilai kemanusiaan?

Itu bukan keputusan rakyat mereka tetapi lebih kepada keputusan pemimpin negara yang sudah dikawal oleh Zionis Israel. Sebab itu kebanyakan keputusan mereka pro Israel.

Sekarang kita lihat semakin ramai rakyat di negara Eropah terutama di UK memeluk Islam sebab mereka mula mengkaji dan faham apa itu Islam.

Thursday, October 24, 2013

Andainya Brunei Bersatu Dengan Malaysia

Bayangkan jika Brunei bersatu dengan Malaysia sudah tentu nasib rakyatnya berbeza daripada sekarang dan lebih kurang sama seperti Sabah dan Sarawak.
Antara andaian menarik untuk kita fikirkan ialah:

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai untuk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM2.10 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam daripada PTPTN.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

Dengan ungkit perkara ini, bukan bermakna kita tidak bersyukur dengan apa yang ada tetapi kita sebagai manusia yang dikurniakan akal perlu sentiasa membaiki diri kearah yang lebih baik.

Kalau Malaysia hari ini lebih teruk daripada Brunei dan Singapura maka kita sebagai manusia dan bukan seekor monyet kena berfikir macam mana nak ubah jadi lebih baik.

Semua orang yang berfikiran waras idamkan Malaysia yang lebih baik. Hari ini rakyat Malaysia hanya mampu melihat dengan bangga rakyat Islam Brunei telah mengurus negara lebih baik dan berjaya.

Tahniah Brunei!

Wednesday, October 23, 2013

Ramalan Masa Depan Mesir

Noam Chomsky seorang penulis dan pemikir berbangsa Amerika telah berkata dalam ucapannya:
Aku telah menjangkakan keteguhan para penunjuk perasaan.
Aku telah menjangkakan akan tercetus perbalahan di kalangan askar.
Aku telah menjangkakan akan berlaku pembunuhan beramai-ramai.
Aku telah menjangkakan banyak perkara.
Dan sekarang, di dewan yang sama tempat presiden Mesir Muhammad Mursi belajar, aku berkata kepada kamu, sesungguhnya presiden akan kembali memimpin dan Mesir akan menjadi lebih kuat daripada sebelumnya. 
Mangsa-mangsa Rabi'ah adalah harga kepada kebebasan rakyat yang jumlahnya hampir 100 juta orang. Dunia enggan memberikan mereka kebebasan. Lalu mereka memberontak dengan cara pemberontakan mereka yang suci. Dan mereka akan berjaya. Percayalah kepadaku tentang perkara ini.
Mereka menuduh aku sayang kepada Mursi. Salah seorang kawanku memberitahuku bahawa aku diperalatkan oleh Ikhwan. Aku berkata: Ya, memang aku sayangkan Mursi kerana dia merupakan presiden yang dipilih dan tidak pernah dijumpai satu kerosakanpun yang telah dia lakukan. 
Namun, aku bukan ahli Ikhwan, malah bukan seorang muslim pun. Tetapi aku benci kepada orang-orang yang berkata tentang Ikhwan apa yang mereka (Ikhwan) tidak pernah lakukan.
Sebenarnya ini bukan ramalan yang berbentuk tahyul tetapi lebih kepada bacaan apa yang akan berlaku selepas ini melalui pengalaman dan ilmu tentang sejarah.

Sesungguhnya sejarah itu berulang dan perangai pemerintah zalim ini sama. Malah kesudahan mereka juga sama.

Jika ingin nama kita dikutuk dan dicemuh oleh generasi akan datang maka jadilah pemimpin zalim.

Walaupun pemimpin yang dizalimi ini hidup mereka penuh seksaan tetapi kesudahan mereka biasanya baik.

Nama mereka harum sepanjang zaman, malah jika mereka beriman kepada Allah sudah tentu Syurga adalah sebaik-baik balasan untuk pemimpin adil. Pilihan di tangan kita.

Sumber : Mesir Kini

Tuesday, October 22, 2013

Terpaksa Makan Daging Kucing Dan Anjing

Penduduk Syria di sebuah kawasan dikepung. Jalan masuk dan keluar disekat. Segala bantuan tidak dibenarkan masuk.

Ini tindakan tentera rejim Basyar Assad untuk menyeksa penduduk Syria.

Situasi ini berlarutan menyebabkan penduduk terpaksa makan apa yang ada termasuk kucing dan anjing. Ulama telah mengeluarkan fatwa boleh memakan binatang tersebut kerana situasi darurat.

Saudara seaqidah yang kami sayangi dan rindukan di Syria, Qaboun, Daraya, Hama, Insha'at, maafilah Ummat Islam kerana kami tidak mampu membantu dan menambah baik keadaan di sana.
Pada hari Jumaat (11-10-13), Imam Masjid di Qabon, Syria telah memberi kebenaran kepada muslim di sana memakan kucing dan anjing demi meneruskan hidup kerana kesemua makanan halal telah habis, malah rumput-rumput yang tumbuh di jalanan turut habis. Selama hampir 300 hari pengepungan oleh Syiah laknatullah keatas kawasan Sunni, mereka langsung tidak membenarkan sebarang makanan dan haiwan melepasi kawasan yang dikepung. Syiah menggelar kempen pengepungan itu sebagai "Kelaparan sehingga Sunni sujud kepada Syiah" dan Sunni pula menganggap kempen itu sebagai "Kelaparan sehingga ke Jannah".
Foto ini diambil dari kota Homs yang dikepung rejim Syiah Assad. Saudara-saudara kita disana sudah tak dapat lagi mempunyai makanan sehingga mereka terpaksa memakan daging kucing dan anjing yang telah terbunuh akibat serangan-serangan bom dikawasan ini.
Ya Allah, bantulah saudara seaqidah kami di Syria, sesungguhnya kami berusaha, berusaha, dan berusaha mengurangi derita mereka tetapi ternyata usaha begitu minima. Kami disini memperolehi makanan yang baik dan halal, tetapi mereka di sana menderita dengan pelbagai bentuk derita dan hanya kucing dan anjing sahaja dapat mengurangkan derita lapar mereka. Sesungguhnya, hanya kepada Kau kami memohon dan mengharapkan pertolongan. Bantulah mereka Ya Allah.

Sumber : Syria Care

Monday, October 21, 2013

Sniper Wanita di Syria

"Kami lebih rela mati di medan perjuangan."

"Kami tidak sanggup dihina lagi, sebab itu kami mengangkat senjata."

Ini antara kata-kata wanita di Syria yang sanggup bersama mujahidin berjuang di barisan hadapan menentang tentera Basyar Assad dan sekutunya yang dilaknat Allah.

Kebanyakan posisi yang diminati mujahidin ini ialah sebagai seorang sniper. Jangan disangka wanita tidak mampu menggalas tugasan ini. Ada diantara mereka yang begitu disegani dan digeruni musuh disebabkan rekod baik di barisan hadapan.

MARWAH KAILA, SNIPER TERKENAL DIKALANGAN MUJAHIDEEN FSA
“Aku tak sanggup melihat kezaliman dan pemandangan memilukan terhadap orang-orang tak berdosa di kalangan bangsaku melalui TV. Maka aku membulatkan tekad dan bergabung dengan FSA.”
Inilah kata-kata dari Marwah Kaila, sniper wanita paling terkenal di kalangan mujahidin FSA di kota Aleppo, kepada pemberita dari Turki Anatolia.
“Sebagai sniper FSA, aku mesti berada di barisan hadapan di medan pertempuran, untuk menghalang dan mengawasi pergerakan sniper rejim,” kata Kaila kepada Anatolia dan Ugarit News.
Salah seorang mujahid FSA berkata beliau berkali-kali melihat dan menyertai Kaila dalam pertempuran-pertempuran FSA di Aleppo. Salah satunya adalah pertempuran di desa Shalahuddin, di mana Kaila memperlihatkan ketangkasan dan keberaniannya di barisan paling hadapan mujahidin, tanpa sebarang rasa gentar.
Sebahagian dari ahli briged "Ibu Aisyah" sedang menjalani latihan ketenteraan di Aleppo. Jangan pandang sebelah mata pada tangan yang menghayun buaian.
Apabila sesuatu umat itu ditekan dan dizalimi akan keluar permata keras yang akan menghancurkan golongan zalim lagi sesat.