Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Sunday, January 15, 2012

Resepi kejayaan paling penting

Kebanyakan orang lupa dalam mengejar kejayaan hidup ni tentang satu resepi ni. Mungkin ramai orang dah bagitau tetapi untuk buat belum tentu.

Tambahan pula bila mak dan ayah cakap macam ni:
"Mak dan ayah bukan mahukan duit kau nak, cukuplah engkau berjaya dalam hidup dan datang jenguk mak dan ayah sesekali."
Apabila mak dan ayah cakap macam tu maka dalam bajet bulanan kita tiada terselit potongan duit gaji untuk diberikan kepada emak dan ayah.

Ya betul emak dan ayah kita mungkin sudah kaya dan banyak harta tetapi kalau kita ingin berjaya amalkan resepi ini insyaAllah berjaya, hidup berkat dan rezeki datang melimpah.

Resepi kejayaan paling penting yang aku maksudkan ini ialah peruntukkan duit untuk emak dan ayah setiap bulan. Tidak kira sedikit atau banyak jika anda ingin dapat rezeki berkat dan melimpah cuba amalkan resepi ini.

Tanda rezeki berkat ialah duit kita sentiasa cukup walau gaji sikit. Pernah dengar kan orang gaji banyak tapi tak pernah cukup. Itu tanda rezeki tak berkat. Apabila cukup maka boleh kita menyimpan jika ada lebih.

Ada jugak orang naik pangkat saban tahun dan apabila ditanya resepi kejayaan, dia cakap jangan lupa untuk bagi duit kat mak dan ayah setiap bulan.

Kalau kita mampu potong duit gaji untuk rumah dan kereta setiap bulan kenapa tidak boleh potong untuk mak dan ayah di kampung? Ini sebenarnya untuk pelaburan dunia dan akhirat!

Saturday, January 14, 2012

Jika aku ada anak

Pernah terfikir tak apa yang korang nak daripada anak-anak sendiri satu hari nanti. Walaupun aku takde anak lagi sekarang tapi aku selalu gak la terbayang macam mana nak didik dan bentuk diorang. Kihkih..
Antara topik yang aku terbayang ialah bab keputusan peperiksaan samada UPSR, PMR dan SPM kalau ada lagi la. Aku plan tak nak marah diorang jika dapat keputusan rendah. Bagi aku keputusan peperiksaan tidak semestinya menjamin masa depan diorang nanti. 

Apa yang penting dalam pendidikan anak-anak aku ialah potensi diri mereka. Aku kalau boleh nak cungkil sejak dari kecil lagi potensi, minat dan kecenderungan diorang sebab benda nilah yang akan menjamin masa depan mereka.

Aku mahu mereka tahu kemana hala tuju mereka sebaik sahaja habis belajar peringkat menengah. Kalaupun diorang ingin melawan arus aku akan sokong. Kalau mereka ingin mengikut arus aku juga akan sokong.

Aku mahu mereka ada personaliti hebat sejak muda lagi hasil daripada aku tidak menekan mereka dengan sistem peperiksaan dan tidak memaksa mereka untuk mengikut arus tetapi lebih kepada membantu mereka mengenal diri sendiri.

Besar kan impian aku. Hehe..

Sunday, May 8, 2011

Anak saudara yang gemuk

Gambar di atas tu bukan gambar dia la sebab takut nanti dia marah kalau tahu gambar dia masuk dalam blog. Jadi gambar di atas tu hanyalah gambar hiasan tapi penuh makna.

Aku perhatikan cara makan anak saudara aku yang gemuk tu bukan sebab dia banyak makan nasi lemak, tetapi sebab banyak makan benda ni:
  • Burger
  • Air Bikarbonat (soft drink)
  • Nugget
  • Kentang goreng.
  • Ayam goreng.
Aku rasa dalam nasi lemak biasa takde pun benda macam tu. Jadi aku hairan kenapa boleh timbul isu budak sekolah ramai gemuk sebab nasi lemak. Padahal santan dalam nasi lemak yang dijual pun teramatlah kurang.

Kenapa mereka yang timbulkan isu ni tak sentuh pasal senarai makanan di atas. Adakah sebab pengeluar makanan tu syarikat besar (McD, KFC, Pizza Hut) dan penjual nasi lemak ni hanyalah peniaga kecil jer?

Jangan kerana nyamuk kelambu dibakar (Cewah..pandai bermadah pulak sekarang ni..entah kena pada tempat ke tidak..haha)

Friday, April 15, 2011

Cinta lama kembali berputik

Semalam sambil lepak depan TV maka tertontonlah rancangan Semanis Kurma. Kadang-kadang kena tengok jugak rancangan agama ni (padahal tengok sebab takde cerita yang best semalam =).

Tajuk perbincangan ialah Cinta Lama Kembali Berputik. Apa yang aku nak kongsikan ialah ada 2 cerita daripada penonton yang mungkin boleh dijadikan pengajaran kepada kita.

Cerita Pertama:

Seorang adik telefon bagitau yang kakaknya telah berkahwin dengan seorang lelaki. Sebelum kahwin lelaki ni pernah ada hubungan dengan perempuan lain sampai dapat anak. Lepas dapat anak perempuan itu terus menghilangkan diri.

Kakaknya berkahwin dengan lelaki ni dalam keadaan mengetahui lelaki ni ada anak luar nikah dan sanggup menjaganya macam anak sendiri. Besar betul pengorbanan kakak dia.

Selepas 5 tahun, perempuan tu kembali muncul dengan alasan nak tengok anak sedangkan dia seolah-olah macam nak rampas suami kakak ni. Yelah, kalau betul rindukan anak kenapa sampai 5 tahun sanggup tak jumpa? Mengikut adik tu kemungkinan besar kekasih lama abang iparnya itu ada mengamalkan ilmu guna-guna.

Penyelesaian yang diberikan oleh ahli panel ialah supaya selalulah berdoa agar Allah lindungi keluarga dan amalkan ayat dalam Surah al-Hasyr:  ayat 21-24.

Cerita Kedua:

Pemanggil seterusnya ni bernama shidah yang mengadu tentang cinta pertamanya gagal dengan seorang lelaki dan ex-boyfriend dia tu telah pun berkahwin. Oleh kerana isteri kepada ex-boyfriend dia tu tinggal jauh dengan suami dia sebab kerja, maka si lelaki tu tinggal seorang diri kat KL ni.

Nak dijadikan cerita pulak, Shidah ni tinggal di rumah tidak jauh dengan ex-boyfriend dia. Malah ex-boyfriend dia selalu jugak telefon dan sms bagi ayat power dan janji manis malah pernah cakap sanggup ceraikan isteri dia untuk kembali semula kepada Shidah.

Shidah pula dah ada calon suami dan akan berkahwin tahun depan. Shidah risau takut dia tertewas dengan pujuk rayu lelaki ni. Maklumlah cinta pertama dia.

Penyelesaian yang diberikan oleh ahli panel ialah dengan tidak melayan telefon mahupun sms lelaki itu. Setiap kali datang perasaan terhadap lelaki itu cepat-cepat beristighfar. Sebabnya kalau dia layan lelaki itu kemungkinan besar akan merosakkan rumah tangga orang lain. Lagipun dia dah ada calon suami. Jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Semoga cerita ini dapat menjadi teladan kepada kita semua.

Sunday, June 6, 2010

Jadilah pendengar yang baik...

Kita sepatutnya kena menjadi seorang pendengar yang baik. Barulah hubungan persahabatan dan kekeluargaan menjadi makin rapat. Kalau masing-masing nak bercakap jer, maka pada masa itulah akan tercetus pertengkaran.

Kadang-kadang apabila kita merasakan diri kita ini bijak maka kita akan suka membantah cakap orang lain, kita akan mudah menghentikan percakapan orang lain, itu yang bahaya. Aku sendiri pun tidak suka apabila aku bercakap dan ada orang lain potong. Begitulah juga orang lain pun, mereka juga tidak suka apabila mereka bercakap dan kita potong. 

Jadi, jangan buat apa yang kamu tidak suka orang lain buat pada kamu. Mulalah belajar untuk mendengar sahaja apabila orang lain bercakap.