Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Empower Network adalah Scam?

Ada terbaca iklan berkenaan satu cara untuk dapat duit sampingan dengan menyertai Empower Network. Bermacam-macam testimoni dan janji kejayaan bagi mereka yang menyertainya.

Lebih spesifik lagi dengan cara berblog mengikut sistem mereka kita mampu menjana keuntungan. Ada juga baca beberapa blog yang mengatakan Empower Network ini adalah Scam. Boleh rujuk sini dan sini.

Ya, tidak dapat dinafikan yang program ini telah membantu sesetengah orang memperoleh pendapatan begitu jugak dengan program 'Login Facebook dapat RM100' (Infinity Downline) juga dapat jana pendapatan bagi sesetengah orang.

Tetapi adakah cara itu bermaruah dan beretika untuk kita cari duit memandangkan produk yang ditawarkan tidak berkualiti dan boleh dapat percuma di tempat lain?

Kalau dulu sangat banyak program sebegini dan akhirnya akan mati disebabkan pasaran sudah tepu ataupun orang sudah tahu teknik kotornya. Adakah kita akan masuk dikalangan mereka yang tertipu?

Kalau betul anda serius ingin berbisnes bermula dengan apa yang ada di tangan. Cuba jual contohnya buku terpakai secara online di blog, Facebook ataupun boleh mula menjual dikalangan rakan-rakan. Boleh juga jual produk yang hanya terdapat di kampung anda secara online. Biar bermula kecil asalkan anda ada impian besar. 

Belajar teknik pemasaran yang beretika dan betul dan elakkan SPAM. Jangan hanya fikir ingin cepat untung dan mudah mengalah. Beri masa untuk orang kenali produk yang anda jual.

Tambah produk sedikit demi sedkit berdasarkan keuntungan yang anda dapat.

Cadangan ini jika anda ingin serius ingin berniaga. Tetapi jika anda hanya ingin dapat duit cepat, mudah dan tidak pentingkan kredibiliti nama anda sebagai usahawan maka silakan mempromosi bisnes, produk dan sistem SCAM sebegini.

Saturday, December 31, 2011

Tak suka kot

Aku sebenarnya tak pasti la korang macam mana kan. Sekarang ni macam ada satu gadget kat blog yang kalau kita masuk blog dia maka akan keluar pop up suruh like page dia. kalau tak kena tunggu beberapa saat.

Bagi pendapat aku benda ni sedikit mengganggu sebab nak kena tunggu dan melambatkan loading blog dia lagi. Ada pernah sekali tu terus hang browser aku. Kalau buka banyak page sebab blog dia menarik lagi la mengganggu.

Sebab tu kadang-kadang kalau blog ada benda ni dan melambatkan loading aku terus tutup jer walaupun dalam hati ni nak baca jer tulisan dia. Tapi nak buat macam mana kan sebab banyak blog lagi kita nak lawat.

Sunday, July 24, 2011

Ujian Hacker GaySec

Hari ini aku ada terbaca beberapa isu berkenaan Hacker yang digelar GaySec. Menariknya Hacker ini ada niat baik untuk menguji keselamatan laman web tersohor di Malaysia yang ada banyak pengkalan data pengguna seperti nuffnang, gengblogger dan advertlets.

Niatnya untuk memastikan pembangun laman web di Malaysia melangkah lebih kehadapan dalam membina laman web yang lebih selamat seperti negara maju lain.

GaySec ini tidak mengacau sistem laman web tersebut tetapi cuma mencuri data pengguna daripada laman web yang digodamnya.

Katanya maklumat seperti nama, alamat, no.telefon dan password dapat dicuri daripada laman web tersebut. 

Jika anda ada akaun di laman web tersebut maka lebih baik terus tukar password sebagai langkah berjaga-jaga. Macam laman web gengblogger aku hanya remove aplikasi daripada facebook aku.

Patut pun ada seorang pembaca mengadu beberapa hari lepas yang setiap kali masuk laman web ni terpaksa masukkan username dan password untuk gengblogger. Jadi aku terus buang widget gengblogger baru ok. Rupanya website tu dah kena godam.

Saturday, May 14, 2011

Akhirnya blogger kembali elok


Alhamdulillah, syukur kepada Allah dengan izinNya pada pagi ini bila aku buka blogger dashboard sudah dapat masuk. Semua artikel aku juga sudah kembali walaupun semua komen masih lagi hilang.

Apabila aku buka status blogger diorang bagitau yang mereka masih lagi dalam proses kembalikan semua data yang hilang.

Memang sedikit cuak la apabila kita menumpang tapak dan domain orang untuk menulis ni dan terjadi pulak masalah macam ni. Terasa macam nak beli domain dan hosting sendiri jer lepas ni.

Saturday, April 16, 2011

Jom Join Bloglist Penulis Senja

Ini kali kedua aku sertai aktiviti yang dianjurkan oleh bloggers. Yang pertama hari tu Ben Ashaari yang buat.

Apa yang menarik tentang Penulis Senja ni ialah ada banyak puisi hasil idea sendiri dalam blognya. Jarang blogger yang suka buat macam ni. Mungkin takde idea dan mungkin juga bimbang pembaca mudah boring. Tetapi yang Penulis Senja ni buat agak lain sikit.

Apa pun harapan aku bila sertai aktiviti macam ni semoga dapat lebih ramai kawan daripada bloggers yang mantap dan hebat. Aku baru je jadi blogger yang aktif ni. Banyak nak kena belajar lagi.

Semoga Penulis Senja terus maju kehadapan.

Thursday, April 14, 2011

BEN ASHAARI Gegar lagi!


Pagi ni masa asyik blog walking dari satu blog ke satu blog maka aku terjumpa artikel yang sebijik macam tajuk ni. Maka selepas aku menyelidik dan membaca beberapa artikel tentang Ben Ashaari ni maka terus terdetik di hati untuk join sama.

Bukan apa hanya untuk mengenali blogger-blogger yang hebat kat luar sana. Semakin hari aku membaca blog orang semakin asyik aku dengan dunia blogging ni.

Kadang-kadang penting untuk blogger yang hebat memberi tunjuk ajar kepada blogger baru macam aku ni dengan buat kontest macam ni.

Kalau ada yang berminat nak join jugak boleh angkat tangan macam saya..eh silap..pengaruh cerita Hantu Kak Limah la ni..boleh klik DI SINI.

Saturday, March 19, 2011

Keyword lucah untuk tarik trafik

Ada satu perkara yang bermain di fikiran aku sejak menulis blog iaitu berkenaan dengan tarik trafik ke laman web dengan menggunakan keyword tertentu.

Kenapa perlu tarik trafik yang banyak? Sebab utama biasanya nak dapat duit daripada iklan yang disiarkan.

Paling aku ragui ialah sesetengah daripada penulis blog yang beragama Islam menggunakan perkataan lucah sebagai umpan untuk orang ke blognya. Memang kadang-kadang mereka ni hanya menggunakan tajuk jer atau huraian tentang keyword jer. Kalau isinya mengajak ke arah kebaikan dan menginsafkan ok lagi. Tetapi, paling teruk ada juga yang letakkan gambar tak senonoh.

Aku terfikir sejenak, halal ker duit hasil daripada iklan yang trafiknya hasil daripada keyword lucah?

Bagi aku lebih baik elakkan sebab perkara ini sangat diragui. Allah berikan kita akal dan banyak pilihan keyword yang lain. Jadi jangan sampai terdesak sangat sampai ketepikan halal dan haram. Biar dapat sikit asal berkat.

Peringatan untuk diriku..