Posts

Showing posts from October, 2012

Adakah perlu bangga diri?

Image
Jika ditanya kepada diri, adakah kamu ini seorang yang bangga diri? Jawapannya mesti tidak kerana sukar untuk mengakui kita ini memiliki sikap buruk tersebut.
Mungkin juga ada yang berani mengatakan YA mengakui mereka memiliki sikap tersebut kerana bagi pandangan mereka sikap bangga diri ini satu perkara positif untuk berjaya. Mungkin ada betulnya pandangan ini jika kena pada tempatnya. Tetapi kali ini aku ingin bercerita tentang sikap ini yang negatif dan boleh membunuh perkembangan individu tersebut dan banyak aku lihat situasi ini berlaku dalam masyarakat sekeliling.
Jika kita ada kelulusan di dalam sesuatu bidang dan tiba-tiba ada seorang individu berkongsi tip/hujah sedangkan dia tiada kelulusan dalam bidang itu dan bercakap berdasarkan pengalaman semata-mata. Biasanya kita akan mula persoalkan beliau dengan soalan yang 'Killer'.
Contohnya: "Ada bukti saintifik untuk tip/hujah ini?" "Apa kelulusan yang awak ada?"
Soalan ini sebenarnya bagus untuk dita…

Empower Network adalah Scam?

Image
Ada terbaca iklan berkenaan satu cara untuk dapat duit sampingan dengan menyertai Empower Network. Bermacam-macam testimoni dan janji kejayaan bagi mereka yang menyertainya.
Lebih spesifik lagi dengan cara berblog mengikut sistem mereka kita mampu menjana keuntungan. Ada juga baca beberapa blog yang mengatakan Empower Network ini adalah Scam. Boleh rujuk sini dan sini.
Ya, tidak dapat dinafikan yang program ini telah membantu sesetengah orang memperoleh pendapatan begitu jugak dengan program 'Login Facebook dapat RM100' (Infinity Downline) juga dapat jana pendapatan bagi sesetengah orang.
Tetapi adakah cara itu bermaruah dan beretika untuk kita cari duit memandangkan produk yang ditawarkan tidak berkualiti dan boleh dapat percuma di tempat lain?
Kalau dulu sangat banyak program sebegini dan akhirnya akan mati disebabkan pasaran sudah tepu ataupun orang sudah tahu teknik kotornya. Adakah kita akan masuk dikalangan mereka yang tertipu?
Kalau betul anda serius ingin berbisnes be…

Sultan Brunei yang hebat

Image
Jika bercerita berkenaan Sultan Brunei mesti terlintas kehebatan kekayaannya dan kemakmuran negaranya yang rakyat kebanyakannya terdiri dari kalangan mereka yang berada. Apa yang menyentak fikiran aku ialah setelah mendengar satu kuliah maghrib di sebuah masjid berkenaan Sultan Brunei yang suka kepada dakwah dan penyebaran Islam.
Antara ceritanya ialah: Ramai dijemput Ustaz daripada Malaysia untuk mengajar agama di madrasah yang baru ditubuhkan di sana bagi menyebarkan ajaran Islam kepada rakyatnya.Hampir keseluruhan orang Asli di sana memeluk Islam hasil usaha Sultan ini. Mana tidaknya, cuba anda bayangkan seorang Sultan sanggup turun padang berjumpa dengan rakyat biasa dalam program dakwah dan mengajak mereka memeluk Islam. Sudah tentu mereka sangat mudah bersetuju untuk memeluk Islam memandangkan reputasi Sultan ini dimata rakyat jelata sangat baik.Oleh kerana dana untuk dakwah di sana disalurkan daripada duit kerajaan maka aktiviti dakwah berlaku dengan sangat rancak.Hebatnya pema…