Posts

Showing posts from October, 2011

Bagaimana Taliban difitnah

Image
Dulu aku pernah tulis tentang Taliban dan Osama dalam blog ni. Aku mengatakan Taliban dulu iaitu semasa berperang dengan Rusia tidak seperti Taliban sekarang. Maklumat ini aku dapat daripada warga Pakistan sendiri.
Dia mengatakan Taliban sekarang suka melakukan huru hara di Pakistan dengan pengebom berani mati. Atas dasar apakah perjuangan jihad jika sanggup membunuh orang Islam sendiri di negara Islam Pakistan?
Pelik kan? Taliban yang mengaku berjihad melakukan serangan bom di negara Pakistan?Dengan kata lain melakukan pembunuhan terhadap saudara seIslam?
Maklumat terbaru yang aku dapat ialah rupanya semua ini adalah perancangan jahat pihak Zionis dan Crusaders yang memang berdendam dengan Islam sejak dari dulu.
Macam mana mereka buat dan kenapa Taliban yang menjadi mangsa? Aku akan sambung dalam tulisan akan datang.

Tip menjadi pakar

Image
Mengikut sebuah buku yang aku baca, untuk seorang menjadi pakar dalam sesuatu bidang mereka memerlukan masa selama 7 tahun ataupun 10,000 jam diluangkan untuk aktiviti menambah kemahiran dan ilmu dalam bidang yang kita ingin jadi pakar.

Antara tip menjadi pakar ialah: Luangkan masa sejam sehari untuk baca buku berkaitan bidang yang kita diceburi.Semasa dalam kereta, elok mendengar CD Audio berkaitan bidang yang diceburi daripada mendengar muzik.Hadiri kursus berkaitan daripada mereka yang pakar.Peruntukkan sekurang-kurangnya 3% daripada gaji bulanan untuk menambah kemahiran dan ilmu dalam bidang yang diceburi samada beli buku atau hadiri kursus.

Seorang lagenda untuk beberapa dekad

Image
Seorang yang digelar lagenda adalah mereka yang berbakat luar biasa dan genius dalam bidang yang diceburi. Banyak benda dan perkara yang hebat dan mengkagumkan dilakukan mereka ini dalam bidang masing-masing.
Dalam bidang sukan bola sepak Malaysia ini ada 2 individu yang aku gelarkan mereka ni lagenda iaitu Mokhtar Dahari dan Khairul Fahmi Che Mat.

Mokhtar Dahari memang diakui ramai seorang yang sangat gagah di padang. Kalau kita tengok video serangan beliau memang ala pemain Eropah bermain bola.
Khairul Fahmi pula memang banyak kali dia membuatkan aku terlopong dengan aksi genius menjaga gawang. Setelah banyak kali aku ulang tengok aksi beliau memang aku tabik dan kagum. 
Mana tidaknya, semasa lawan dengan Singapura baru ni ada cubaan satu lawan satu yang berjawa diselamatkan beliau dengan menguis bola dari kaki penyerang tanpa menjatuhkan penyerang itu dalam kotak penalti. Hebat!
Seorang lagenda bagi aku akan lahir seorang dalam beberapa dekad. Mereka ini tanpa diminta akan menjadi tumpu…